Matan
hadith
أَكْثِرُوا
من الصلاةِ عَلَيَّ في يومِ الجُمُعَةِ وليلةِ الجُمُعَةِ، فمَن فعل ذلك كنتُ له
شهيدًا وشافِعًا يومَ القيامةِ
Terjemahan
Banyaklah
berselawat kepadaku di hari Jumaat dan malam Jumaat. Barang siapa melakukan hal
itu, maka aku menjadi saksi dan pemberi syafaat baginya di hari kiamat
Takhrij
HR.
Baihaqi dalam Syuabul Iman 3/110, daripada Anas bin Malik. Didhaifkan (munkar)
oleh Ibu Adiy dalam Kamil al-Dhuafa 3/102 dan Syeikh al-Albani dalam Dhaif
jami’ no. 1117.
Sanadnya
terdapat perawi bernama Durustu bin Ziyad. Abu Zur’ah dan Ibn Main berkata dia
tidak kuat dan beliau didhaifkan oleh Abu Daud (Tahdzib Kamal 8/481-482). Az-Zahabi
berkata hadith ini dhaif kerana terdapat perawi yang dilemahkan Abu Zur’ah Durustu
bin Ziyad dan Yazid ar-Raqashi dijarh
matruk oleh an-Nasaie (Faidhul Qadir bi Syarah Jamius Saghir min Ahadith
al-Bashir al-Nazir 2/110 no. 1405).
Akan
tetapi terdapat hadith sahih lain menceritakan kelebihan berselawat akan
mendapat pahala syafaat Nabi saw:
Matan hadith
عَنْ
أَبِى أُمَامَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَكْثِرُوا
عَلَىَّ مِنَ الصَّلاَةِ فِى كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ فَإِنَّ صَلاَةَ أُمَّتِى
تُعْرَضُ عَلَىَّ فِى كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ ، فَمَنْ كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَىَّ
صَلاَةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّى مَنْزِلَة
Terjemahan
Dari
Abi Umamah berkata, Rasulullah SAW bersabda: Banyakkanlah berselawat ke atasku
di setiap hari Jumaat kerana selawat umatku diperlihatkan kepadaku pada setiap
hari Jumaat. Maka sesiapa yang paling banyak selawatnya ke atasku, dialah yang
paling dekat kedudukannya denganku.
Takhrij
HR
al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, 3/249, no. 6208. Syeikh al-Albani menilai hadith
ini hasan lighairih dalam Sahih Targhib no. 1673.
Matan
hadith
مَنْ
صَلَّى عَلَيَّ أَوْ سَأَلَ لِي الوَسِيْلَةَ حَقَّتْ عَلَيْهِ شَفَاعَتِي يَوْمَ
القِيَامَةِ
Terjemahan
Barangsiapa
berselawat kepadaku atau meminta agar aku mendapatkan wasilah, maka dia berhak
mendapatkan syafaatku pada hari kiamat nanti
Takhrij
HR.
Muslim no. 384 daripada Amru bin al-Ash ra.
Manakala
hadith anjuran berselawat pada hari Jumaat ada yang sahih dan ada yang dhaif
1. Matan hadith
حدثنا
عبد الرحمن بن سلام قال : حدثنا إبراهيم بن طهمان ، عن أبي إسحاق ، عن أنس بن مالك
قال : قال رسول الله ﷺ : « أكثروا الصلاة علي يوم الجمعة وليلة الجمعة فمن صلى علي
صلاة صلى الله عليه عشرا
Terjemahan
“Perbanyaklah
selawat kepadaku pada hari dan malam Jumaat. Kerana orang yang berselawat
kepadaku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali
Takhrij
HR.
Baihaqi dalam Sunan Kubra 3/249 no. 5994, disahihkan oleh Syeikh al-Albani
dalam Silsilah Hadith Sahih no. 1407
2. Matan hadith
( أخبرنا
) : إبراهيمُ بن محمد حدثني : صَفْوان بن سُلَيم
- أن
رسول اللَّه صلى اللَّه عليه وسلم قال : " إذا كان يَوْمُ الْجُمُعة وليلةُ
الجمعة فَأَكْثِرُوا الصلاةَ عَلَيَّ
Terjemahan
Ibrahim
bin Muhammad mengabarkan kepada kami, Shufwan bin Sulaim mengabarkan kepadaku:
Bahawa Rasulullah bersabda, "Jika pada hari Jumaat atau malam Jumaat, maka
perbanyaknya berselawat kepadaku.
Takhrij
HR.
as-Syafi’e dalam Musnadnya no. 497, mursal, sanadnya dhaif jiddan (Takhrij
Musnad Syafi’e 1/341). Ibrahim bin Muhammad bin Yahya al-Aslami dia didhaifkan
jemaah imam Jarh wa Ta’dil. An-nasaie menilai beliau dia matrukul hadith dan
Ibn Main menilai beliau pendusta (Tazkirah Huffaz 1/246; Tahzib Kamal 2/183).
As-Sakhawi
dalam Qaul Badi’ hal. 120 mengatakan hadith ini mempunyai syawahid dari hadith
Umar ra. Secara marfu’, tetapi sanadnya dhaif.
Abi
Hatim dalam al-‘Ilal 1/205 pula berkata hadith ini dari jalur Said bin Bishir
dari Qatadah dari Anas ra pula tak menyebutkan “malam jumaat” tetapi hadith ini
munkarul isnad.
3. Matan hadith
إن
أفضل أيامكم يوم الجمعة فيه خلق آدم وفيه قبض وفيه النفخة وفيه الصعقة فأكثروا علي
من الصلاة فيه فإن صلاتكم معروضة عليَّ، إن الله حرم على الأرض أن تأكل أجساد
الأنبياء
Terjemahan
Hari
kalian yang terbaik adalah hari Jumaat. Di hari itu Adam diciptakan. Di hari
itu sangkakala ditiup dan di hari itu juga mereka dibangkitkan. Maka kalian
perbanyaklah selawat di hari tersebut kerana selawat kalian akan dipamerkan kepadaku. Allah mengharamkan bumi untuk memakan jasad para nabi.
Takhrij
HR.
Abu Daud no. 1047 daripada Aus bin Aus ra. , disahihkan oleh Syeikh al-Albani.
No comments:
Post a Comment