Thursday, 23 April 2020

Hadith baca Yasin di malam hari dan Ad-Dukhan malam Jumaat



Hadith


حدثنا إسحاق بن أبي إسرائيل حدثنا حجاج بن محمد عن هشام بن زياد عن الحسن قال سمعت أبا هريرة يقول قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من قرأ يس في ليلة أصبح مغفور له ومن قرأ حم التي يذكر فيها الدخان في ليلة الجمعة أصبح مغفور له .


Terjemahan

Telah menceritakan kepada kami Ishaq bin Abi Israil, menceritakan kepada kami Hijaj bin Muhammad, dari Hisyam bin Ziyad, dari Al-Hasan ia berkata, Aku mendengar Abu Hurairah ra, mengatakan: Bersabda Rasulullah saw, “Siapa yang membaca surat Yasin dalam suatu malam, maka ketika ia bangun pagi hari diampuni dosanya dan siapa yang membaca surat Ad-Dukhan pada malam Jumaat maka ketika ia bangun pagi hari diampuni dosanya.


Takhrij

HR. Abu Ya’la dalam Musnadnya no. 6224 daripada Abu Hurairah ra. Ibnu Katsir Dalam Tafsirnya 6/547 menilai hadith ini sanadnya jayyid. Tetapi penilaian ini dibantah oleh Dr. Khaldun al-Ahdab dalam Zawaid Tarikh Baghdad ala Kutub Sittah 3/34, kerana Hisyam bin Ziyad dilemahkan oleh Jemaah ulama jarh wa ta’dil (Tahzibut Tahzib 11/38-39). Al-Azdi  berkata dia matruk. Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaimah berkata hadithnya tidak boleh dijadikan hujjah. Ad-Daruqutni menilainya dhaif dan hadithnya ditinggalkan oleh Ibn Mubarak. Ibnu Hajar membuat kesimpulan setelah mengumpulkan penilaian para nuqqad, maka tidak ada satupun nuqqad memujinya/mentsiqahkannya. Maka beliau ditinggalkan/matruk (Tqaribut Tahzib 2/318).

Ibnu Jauzi juga meriwayatkan hadith ini dalam al-Maudhu’at 1/247  dari jalur Muhammad bin Zakaria dari Utsman bin Hisyam, dari Hisyam, dari al-Hasan, dari Abu Hurairah ra. Secara marfu’ dengan lafaz sama seperti Abu Ya’la. Beliau berkata hadith ini melalui semua jalan riwayat adalah batil dan tiada asal. Sanadnya terdapat Muhammad bin Zakaria yang beliau dituduh pemalsu hadith oleh Ad-Daruqutni.

As-Syaukani pula menilai sanad hadith ini palsu dalam Fawaid Majmuah no. 301.

As-Suyuthi dalam al-La’li Muadhu’at 1/234-236 berkata hadith ini mempunyai banyak riwayat penyokong hingga ke Abu Hurairah ra. Ada dari al-Baihaqi dan Ibnu Hibban (dari Jundub).

Secara kesimpulannya, setelah melihat kesemua jalur riwayat, Dr. Khaldun Ahdab bersetuju dengan penilaian Ibnu Jauzi bahawa hadith ini palsu. Hadith penyokong dari Baihaqi dan Ibnu Hibban dari Jundub sama-sama munqati’ (Zawaid Tarikh Baghdad ala Kutub Sittah 3/35).

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...