Thursday, 23 April 2020

Kisah pertelingkahan Muhajirin dan Ansar



Matan hadith

كُنَّا فِي غَزَاةٍ قَالَ سُفْيَانُ يَرَوْنَ أَنَّهَا غَزْوَةُ بَنِي الْمُصْطَلِقِ فَكَسَعَ رَجُلٌ مِنْ الْمُهَاجِرِينَ رَجُلًا مِنْ الْأَنْصَارِ فَقَالَ الْمُهَاجِرِيُّ يَالِلْمُهَاجِرِينَ وَقَالَ الْأَنْصَارِيُّ يَالِلْأَنْصَارِ فَسَمِعَ ذَلِكَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ مَا بَالُ دَعْوَى الْجَاهِلِيَّةِ قَالُوا رَجُلٌ مِنْ الْمُهَاجِرِينَ كَسَعَ رَجُلًا مِنْ الْأَنْصَارِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَعُوهَا فَإِنَّهَا مُنْتِنَةٌ

Terjemahan

Jabir bin Abdillah yang meriwayatkan kisah kami berada dalam suatu peperangan. Sufyan berkata; seingat mereka, perang tersebut adalah perang Bani Al Mushthaliq , seorang lelaki dari kalangan Muhajirin memukul belakang lelaki dari kalangan ansar. Lelaki ansar menjerit: "wahai kaum Ansar-tolong aku-,", lelaki dari Muhajirin juga turut menjerit: "wahai kaum Muhajirin-tolong aku-". Berita ini disampaikan kepada Nabi sallallahu alaihi wassallam, lalu Baginda bersabda: "adakah kalian masih menyeru dengan seruan Jahiliyyah-seruan berbau perkauman-,sedang Aku masih di sisi kalian?". Nabi sallallahu alaihi wassallam seterusnya bersabda: "Tinggalkan sikap seperti itu kerana baunya busuk!"

Takhrij

HR. Tirmidzi no. 3315, disahihkan oleh Syeikh al-Albani

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...