Matan kisah
مَا يَذْكُرُونَ من أَن
النَّبِي لَمَّا أُسْرِيَ بِهِ لَيْلَةَ الْمِعْرَاجِ إِلَى السَّمَوَات العلى ،
وَوَصَلَ إِلَى الْعَرْشِ الْمُعَلَّى : أَرَادَ خَلْعَ نَعْلَيْهِ ، أَخْذًا مِنْ
قَوْلِهِ تَعَالَى لِسَيِّدِنَا مُوسَى حِينَ كَلَّمَهُ: (فَاخْلَعْ نَعْلَيْكَ
إِنَّكَ بِالْوَادِ الْمُقَدَّسِ طوى) . فَنُودِيَ مِنَ الْعَلِيِّ الأَعْلَى: يَا
مُحَمَّدُ! لَا تَخْلَعْ نَعْلَيْكَ فَإِنَّ الْعَرْشَ يَتَشَرَّفُ بِقُدُومِكَ
مُتَنَعِّلا ، وَيَفْتَخِرُ عَلَى غَيْرِهِ مُتَبَرِّكًا، فَصَعِدَ النَّبِيُّ
إِلَى الْعَرْشِ وَفِي قَدَمَيْهِ النَّعْلانِ وَحَصَلَ لَهُ بِذَلِكَ عِزٌّ
وَشَأْنٌ
Terjemahan
bahawa Nabi ketika malam mikraj ke langit yang tinggi dan baginda sampai
ke Arasy yang tinggi baginda ingin menanggalkan capal kerana mengingati firman
Allah ketika berkata dengan Musa: tanggalkanlah capalmu kerana sesungguhnya
kamu berada di lembah suci Tuwa dan baginda diseru oleh yang Maha tinggi: wahai
Muhammad, jangan Tanggalkan dua capalmu kerana sesungguhnya Arasy berasa mulia
dengan kehadiranmu memakai capal dan berbangga dengan yang lain untuk mengambil
berkat. Maka Nabi pun naik ke Arasy dalam keadaan di kakinya ada capal dan
baginda memperolehi kemuliaan dan kehebatan.
Takhrij
Kisah ini dibawa oleh Ahmad al-Muqri al-Maaliki dlm kitabnya Fathul
Mut’aal dan allamah Radiayuddin al-Qazwini dan Abdul Baqi al Azzurqani dalam
syarah al Mawaahib al Ladunniyah 2/174.
Kisah ini dinilai palsu oleh al-Lakhnawi dalam Al-Athar al-Marfu’ah fi
al-Ahadith al-Maudhu’ah hal. 92-93.
Rujukan
Fatwa Soaljawab Islam no. 278131
No comments:
Post a Comment