Matan hadith
أَكْثِرُوا ذِكْرَ اللَّهِ
حَتَّى يَقُولُوْا مَجْنُونٌ
Terjemahan
Perbanyaklah berzikir kepada Allah, sehingga mereka (orang-orang
munafik) berkata: Dia orang gila.
Takhrij
HR. Ahmad no. 11674, al-Hakim no. 1839, Ibnu Asakir 6/29/2, Ibnu Hibban
no. 817, Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 523, daripada Abu Said Al-Khudri ra.
Sanad hadith ini dari jalur Darraj Abus Samh al-Mishri, dari Abul Haitsam
Sulaiman bin ‘Amr al-Mishri, dari dari Abu Sa’id al-Khudri ra. dari Rasulullâh
Shallallahu ‘alaihi wa sallam.
Hadith ini adalah hadith yang lemah bahkan munkar, dalam sanadnya
terdapat perawi yang bernama Darraj Abus Samh (Tahzibut Kamal 3/479)
Imam Ahmad rahimahullah dan Imam an-Nasaie rahimahullah berkata
tentangnya: “Hadithnya munkar (diingkari kerana kelemahannya)”.
Imam Abu Hâtim rahimahullah dan Imam ad-Daraquthni rahimahullah berkata,
“Dia lemah dalam meriwayatkan hadith”.
Imam Ibnu ‘Adi rahimahullah berkata, “Majoriti hadith-hadith yang
diriwayatkannya tidak didukung (dari jalur lain)”.
Khususnya riwayat perawi ini dari Abul Haitsam, seperti sanad ini,
kelemahannya sangat jelas, sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Abu Daud
rahimahullah.
Hadith ini juga dilemahkan oleh Ibnu Adi dalam kamil fi Dhuafa’ 3/115,
Az-Zahabi dalam Mizan ‘Itidal 2/25.
Syeikh Al-Albani setelah menjelaskan kelemahan hadith ini, beliau
berkata: “dari penjelasan ini, anda dapat diketahui bahawa penetapan status sahih/hasan
untuk hadith ini, seperti yang dilakukan oleh Ibnu Hajar sebagaimana dinukil
Al-Munawi, Ibnu Hibban dan al-Hakim adalah sesuatu yang ghayru hasan (tidak
baik)” (Silsilah hadith Dhaif no. 517).
No comments:
Post a Comment