Tuesday, 19 May 2020

Tidur yang dilarang dalam islam




1. Tidur sebelum Isya.

وكان يكره النوم قبلها

Nabi saw tidak suka tidur sebelum isya.
HR. Bukhari no. 599 dan  Muslim no. 657, daripada Abi Barzah al-Aslami ra, sahih ijma.

Imam Ramli dalam kitab Nihayah;

ويكره النوم قبلها أي صلاة العشاء لما فيه من خوف استمراره إلى خروج الوقت

Dan makruh tidur sebelum isya kerana bimbang terus tidur sampai ke subuh.


2. Tidur bahagian atas rumah (rooftop) yang tiada penghadang.

Nabi saw bersabda:

 من بات على ظهر بيت ليس له حجار فقد برئت منه الذمة

Sesiapa yang tidur diatas rumah yang tiada penghadang sesungguhnya telah terlepas dari tanggungan.
HR. Abu Daud no. 5041, daripada Ali bin Syaiban ra. Didiamkan oleh Abu Daud dan disahihkan oleh Syeikh al-Albani.


3. Tidur terdedah sebahagian badan pada matahari.

Nabi saw bersabda:

إِذَا كَانَ أَحَدُكُمْ فِي الشمس ، فَقَلَصَ عَنْهُ الظِّلُّ ، وَصَارَ بَعْضُهُ فِي الشَّمْسِ وَبَعْضُهُ فِي الظِّلِّ، فَلْيَقُمْ

Apabila kami berada tengah panas kemudian mengecut bayang sehingga menjadi sebahagian dalam bayang dan sebahagian terdedah cahaya matahari hendaklah dia bangun. HR. Abu Daud no. 4821, daripada Abi Hurairah ra. Didiamkan oleh Abu Daud dan Disahihkan oleh Syeikh al-Albani.

Dalam kitab Kasyaful Qina:

وَيُكْرَهُ َنَوْمُهُ وَجُلُوسُهُ بَيْنَ الظِّلِّ وَالشَّمْسِ ، لِنَهْيِهِ عَنْهُ

Dilarang tidur dan duduk antara bayang dan sinaran matahari kerana ada larangan.


4. Tidur selepas subuh.

Imam as-Safarini berkata:

يكره نومك ـ أيها المكلف ـ بعد صلاة الفجر؛ لأنها ساعة تقسم فيها الأرزاق، فلا ينبغي النوم فيها

Makruh tidurmu selepas solat subuh kerana sesungguhnya ia waktu dibahagi-bahagikan rezeki maka tidak patut tidur.

Nabi saw bersabda bila melihat Fatimah tidur selepas subuh:

يا بنية قومي اشهدي رزق ربك، ولا تكوني من الغافلين،
 فإن الله يقسم أرزاق الناس ما بين طلوع الفجر إلى طلوع الشمس

Wahai anakku bangunlah saksikan rezki tuhanmu dan jangan tergolong dari orang yang lalai sesungguhnya Allah membahagi-bahagikan rezeki antara terbit fajar hingga terbit matahari.
HR. Baihaqi dalam Syuabul Iman 4/1708, daripada Fatimah ra. Sanadnya didhaifkan al-Baihaqi. Syeikh al-Albani berkata dalam Dhaif Targhib no. 1047, hadith ini palsu.


5. Tidur lepas asar.

Khawwat bin Jubair ra berkata:

كان نوم أول النهار خرق، وأوسطه خلق، وآخره حمق

Tidur pagi merosakkan, tengahari akhlak yang baik dan tidur petang menyebabkan kebodohan.
HR. Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 4407, 4408. Ibnu Hajar berkata sanadnya sahih dalam al-Ishabah. (Alukah.net)


6. Tidur berseorang di rumah.

أن النبي صلى الله عليه وسلم نهى عن الوحدة، أن يبيت الرجل وحده أو يسافر وحده

Nabi saw melarang dari berseorang iaitu bermalam berseorangan dan bermusafir berseorangan.
HR. Ahmad no. 5650, daripada Abdullah bin Amru ra. Sanadnya disahihkan Syeikh Ahmad Syakir.

Ibnu imad as-Syafie dlm kitab Tashilil Maqasid menyatakan makruh tidur berseorangan.


7. Tidur meniarap

مرَّ رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم على رجلٍ مُنبطِحٍ ، فقال : هذه ضَجعةٌ لا يُحبُّها اللهُ عزَّ وجلَّ

Rasulullah saw lalu pada seorang laki meniarap dan bersabda: Ini baring yang Allah tidak suka.
HR. Baihaqi dalam Syuabul Iman 4/1704, daripada Abu Hurairah ra. Hadithnya kacau (غلط).

Ada lafaz: إن هذه ضجعة يبغضها الله
Sesungguhnya ini baring yg Allah murka. (HR. Abu Daud no. 5040, didhaifkan Syeikh al-Albani).

Ada lafaz: إنها ضجعة أهل النار sesungguhnya ini baring ahli neraka. (HR. Abu Daud no. 5040, didhaifkan Syeikh al-Albani).


8. Tidur sambil meletakkan sebelah kaki pada yang lain jika terdedah aurat.

وأن يرفع الرجل إحدى رجليه على الأخرى وهو مستلق على ظهره

Nabi saw melarang baring menelentang sambil meletakkan satu kaki pada yg lain.
HR. Muslim no. 2099, daripada Jabir bin Abdillah ra.

Imam nawawi berkata:

أحاديث النهي عن الاستلقاء رافعا إحدى رجليه على الأخرى، محمولة على حالة تظهر فيها العورة أو شيء منها

Hadis larangan ditafsirkan sekiranya bimbang terdedah aurat atau sebahagiannya.


9. Tidur berjunub tanpa mandi dan berwuduk.

 ثلاث لا تقربهم الملائكة : جيفة الكافر ، والمتضمخ بالخلوق ، والجنب إلا أن يتوضأ

3 manusia tidak dihampiri oleh malaikat : mayat non Muslim, lelaki yg mewarna tubuhnya dan berjunub hingga dia berwuduk.
HR. Abu Daud no. 4180, daripada Amar bin Yasar ra. Didiamkan oleh Abu Daud dan dihasankan oleh Syeikh al-Alabani.


10. Tidur tidak bersihkan diri.

مَنْ بَاتَ وَفِي يَدِهِ رِيحُ غَمَرٍ، فَأَصَابَهُ شَيْءٌ، فَلاَ يَلُومَنَّ إِلاَّ نَفْسَهُ

Sesiapa yang tidur dan tangannya ada bau daging lalu ditimpa sesuatu maka jangan cela melainkan dirinya.
HR. Tirmidzi  no. 1859, daripada Abu Hurairah ra. Gharib menurut imam Tirmidzi dan palsu menurut syeikh al-Albani.


11. Tidur di laluan binatang (dan juga manusia)

وَإِذَا عَرَّسْتُمْ فَاجْتَنِبُوا الطَّرِيقَ فَإِنَّهَا طُرُقُ الدَّوَابِّ وَمَأْوَى الْهَوَامِّ بِاللَّيْلِ

Dan apabila kamu nak singgah diakhir malam jauhi dari jalan kerana ia adalah laluan binatang dan serangga.
HR. Muslim no. 1926, daripada Abu Hurairah ra. Sahih ijma'.

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...