Matan hadith
لَتُنْقَضَنَّ عُرَى
الْإِسْلَامِ عُرْوَةً عُرْوَةً، فَكُلَّمَا انْتَقَضَتْ عُرْوَةٌ تَشَبَّثَ
النَّاسُ بِالَّتِي تَلِيهَا، وَأَوَّلُهُنَّ نَقْضًا الْحُكْمُ وَآخِرُهُنَّ
الصَّلَاةُ.
Terjemahan
Demi sesungguhnya tali simpulan yang mengikut setiap ajaran islam akan
dirungkai (dirombak) satu demi satu (satu selepas satu). Maka setiap kali satu
ikatan dirungkai nescaya orang ramai terpaksa bergantung dengan ikatan simpulan
yang masih ada lagi. Maka yang mula-mula dirungkai ialah perkara hukum (Allah)
dan yang paling akhirnya ialah solat.
Takhrij
HR. Ahmad no. 22160, daripada Abu Umamah al-Bahili RA. Syeikh al-Arnauth
dan Ibn Bazz menilai sanadnya jayyid (baik).
Hadith tersebut juga dinilai sahih oleh Syeikh al-Albani dalam Sahih
al-Mawarid no. 216 dan Mustafa al-'Adhawi dalam Sahih Musnad Min Ahadith
Fitan hal. 381.
No comments:
Post a Comment