Thursday, 18 June 2020

Zikir melancarkan rezeki (haqqul mubin, tasbih, istighfar 100 kali)




Berikut adalah amalan yang disunnahkan kepada para sahabat Rasulullah SAW dengan faedah untuk memudahkan saluran-saluran rezeki yang disebutkan Abu Bakar bin Sayid Muhammad Syatha Dimyathi dalam karyanya Hasyiyah I‘anatut Thalibin ala Fathil Mu‘in 1/286-287:-

وردت عن النبي صلى الله عليه وسلم في أحاديث صحيحة كثيرة، أمر بها بعض أصحابه لتوسعة الرزق، وقال بعض العارفين: وهي مجربة لبسط الرزق الظاهر والباطن، وهي هذه: لا إله إلا الله الملك الحق المبين، كل يوم مئة مرة. سبحان الله وبحمده، سبحان الله العظيم، أستغفر الله، كل يوم مئة مرة. واستحسن كثير من الأشياخ أن تكون بين سنة الصبح والفريضة، فإن فاتت في ذلك فبعد صلاة الصبح وقبل طلوع الشمس، وإن فاتت في ذلك فعند الزوال. فلا ينبغي للعبد أن يخلي يومه عنها.

Tersebut dalam banyak hadits sahih sebuah riwayat di mana Nabi Muhammad SAW memerintahkan sejumlah sahabatnya untuk mengamalkan bacaan ini demi memperlapang rezeki. Sebagian ‘arifin mengatakan, amalan ini teruji dalam melapangkan rezeki lahir maupun batin. Bacaan yang dimaksud ialah “La ilaha illallah. Almalikul haqqul mubin” setiap hari 100 kali. “Subhanallahi wa bihamdih, subhanallahil adzim, astaghfirullahal adzim” setiap hari 100 kali. Banyak guru besar menganggap baik melazimkan bacaan ini saat di antara sembahyang sunah Subuh dan sembahyang Subuh. Kalau kesempatan itu luput, maka bacalah setelah Subuh hingga sebelum fajar menyingsing.

Analisis

Pernyataan al-Dimyathi ini ada dasarnya daripada gabungan beberapa hadith yang darjatnya berbeza-beza, antaranya:-

1)      Hadith zikir La Ilaha Ilallah Al Malikul Haqqul Mubin 100 kali

مَنْ قَالَ لَا إِلهَ إِلَّا اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِينُ فِي كُلِّ يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ كَانَ لَهُ أَمَانًا مِنَ الْفَقْرِ، وَيُؤْمَنُ مِنْ وَحْشَةِ الْقَبْرِ، وَاسْتُجْلِبَ بِهِ الْغِنَى، وَاسْتُقْرِعَ بِهِ بَابُ الْجَنَّةِ

Barangsiapa membaca Laa Ilaaha Illallaah Al-Malikul Haqqul Mubin seratus kali dalam sehari maka memperoleh jaminan aman dari kemiskinan, diselamatkan dari azab kubur, mendapat kekayaan dan terbuka baginya pintu-pintu syurga.”

Takhrij
HR. Abu Nu’aim dalam Hilyatul Auliya’ 8/280, daripada Anas bin Malik ra; Al-Khatib al-Baghdadi di Tarikhnya 12/358-359, Ibnu Asakir dalam Mu’jam Syuyukh no. 266, daripada Ali bin Abi Thalib ra.

Abu Nu’aim berkata hadith sanad dari Anas ra, gharib melalui Salim bin Maimun dari Malik. Abu Hatim dan al-Uqaili berkata hadithnya tidak boleh ditulis (Mizan ‘Itidal 2/186-187).

Ad-Daraquthni mendhaifkan hadith dari sanad Ali ra, dalam Ilalnya 3/106, gharibnya hadith-hadith Malik.

Az-Zahabi menilai hadith ini palsu dalam Talkhish al-“Ilal Mutanahiyah no. 306.

Ibn Rajab menilai hadith ini mursal dalam Kalimah al-Ikhlas 3/84.

As-SaKhawi berkata dalam al-Ajuwbah Mardhiyyah 1/337 hadith marfu’tidaklah sahih.

Dalam takhrij dan tahqiq Syaikh Thariq ‘Athif Hijazi di Alukah.net, hadith ini dhaif jiddan. Sebahagian perawinya lemah (Fadhl bin Ghanam) dan sebahagaian yang lain mursal.

Syeikh al-Albani menilai hadith ini munkar dalam Silsilah hadith Dhaif no. 3310.


2)      Hadith Subhanallahi wa bihamdihi subhanallahil 'adzim  dan istighfar 100 kali

كَلِمَتَانِ خَفِيفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ, ثَقِيلَتَانِ فِى الْمِيزَانِ, حَبِيبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ; سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ

Ada dua kalimat zikir yang ringan diucapkan di lidah, tetapi berat, besar pahalanya pada timbangan amal kebaikan, dan sangat dicintai oleh Ar-Rahman (Allah Ta’ala yang  Maha Luas Rahmat-Nya), iaitu: Subhaanallaahi wa Bihamdihi, Subhaanallahil ‘Azhiim

Takhrij

HR. Bukhari no. 6682 dan Muslim no. 2694 daripada Abu Hurairah ra.

Lafaz hadith di atas tidak pula menyebutkan bilangan 100 kali. Adapun yang menyebut lafaz

Subhanallah Wa Bihamdihi Subhanallahil Adzim dan istighfar 100 kali berasal dari hadith berikut:

جاء رجلٌ إلى النَّبيِّ صلّى اللهُ عليه وسلَّم فشكى إليه فقرًا ، فقال: أين أنت من صلاةِ الملائكةِ ، وتسبيحِ الخلائقِ ، وبها ينزِلُ الرِّزقُ ، تقولُ من طلوعِ الفجرِ إلى صلاةِ الصُّبحِ: سبحانَ اللهِ وبحمدِه سبحانَ اللهِ العظيمِ ، أستغفِرُ اللهَ مائةَ مرَّةٍ تأتيك الدُّنيا راغمةً ذاخِرةً ، ويخلُقُ اللهُ من كلِّ كلمةٍ ملَكًا يُسبِّحُ ، لك ثوابُه إلى يومِ القيامةِ

Takhrij

HR. ad-Dailami dalam Musnad Firdaus no. 3731, daripada Abdullah bin Umar ra.

Ibnu Adi dalam Kamil Fi Dhuafa’ 1/558 berkata sanad hadith ini bathil dari Malik.

Az-Zahabi berkata dalam Tartib maudhuat no. 276, sanad hadith ini terdapat perawi bernama Ishaq, dia munkarul hadith jiddan.

Terdapat satu lagi riwayat yang menggabungkan amalan di atas dengan beberapa amalan lain, yang dinaqalkan oleh al-Subki dalam Thabaqat Syafieyyah Kubra 6/306, dan beliau menyatakan sanadnya tidak diketahui.

حديثُ كلماتٍ وردَ في تكرارِها فضائلٌ وهيَ عشرٌ الأولى لا إلهَ إلا اللهُ وحدهُ لا شريكَ لهُ إلى آخرِهِ الثانيةُ سبحانَ اللهِ والحمدُ للهِ إلى آخرهِ الثالثةُ سبوحٌ قدوسٌ ربُّ الملائكةِ والروحِ الرابعةُ سبحانَ اللهِ العظيمِ وبحمدهِ الخامسةُ أستغفرُ اللهَ العظيمَ الذي لا إلهَ إلا هوَ الحيُّ القيومُ وأسألهُ التوبةَ السادسةُ اللهمَّ لا مانعَ لما أعطيتَ إلى آخرهِ السابعةُ لا إلهَ إلا اللهُ الملكُ الحقُّ المبينُ الثامنةُ بسم اللهِ الذي لا يضرُّ معَ اسمِهِ شيءٌ في الأرضِ ولا في السماءِ إلى آخرهِ التاسعةُ اللهمَّ صلِّ على محمدٍ عبدِكَ ونبيكَ ورسولِكَ النبيِّ الأميِّ وعلى آلِ محمدٍ العاشرةُ أعوذُ باللهِ السميعِ العليمِ مِنَ الشيطانِ الرجيمِ الواردُ في فضلِ قراءةِ {لَقَدْ صَدَقَ اللَّهُ رَسُولَهُ الرُّؤْيا بِالْحَقِّ} إلى آخرِ السورةِ وفي فضلِ قراءةِ {الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي لَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا} إلى آخرِ السورةِ وفي قراءةِ أول الحديدِ


Rujukan

Fatwa Soaljawab Islam no. 110949



No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...