Tuesday, 8 September 2020

Hadith 4 golongan mendapat syafaat kerana memuliakan ahlul bait


Matan hadith

عن علي بن موسى الرضا، عن آبائه، عن أمير المؤمنينن علي قال:
« قال رسول الله صلى الله عليه وآله:
" أربعة أنا لهم شفيع يوم القيامة: المكرم لذريتي، والقاضي لهم حوائجهم،
والساعي في امورهم ما اضطروا إليه، والمحب لهم بقلبه ولسانه عندما اضطروا

Terjemahan

Dari amirul mukminin 'Ali ra, ia berkata bahawa Rasulullah saw bersabda : "4 golongan, akulah pemberi syafaat bagi mereka di hari kiamat, iaitu ; orang yang menghormati keturunan ku, orang yang membantu memenuhi keperluan mereka, membantu mereka dalam urusan-urusan mereka ketika mereka sangat memerlukan dan orang yang mencintai mereka dengan hatinya ( yang tulus ) dan dengan kata-katanya ".

Takhrij

HN. as-Suyuthi dalam Ihya'ul Mayyit hal. 34 no. 48. Dhaiful isnad menurut pentahqiq kitab ini.

Hadith ini juga dijumpai secara masyhur dalam kitab-kitab hadith Syiah Bihar al-Anwar 27/78, al-Amali al-Thusi 1/376, Jamiul Akhbar 2/393 dan banyak lagi.

Hadith ini pula dinilai palsu oleh as-Syaukani dalam al-Fawaid Majmu'ah hal. 397 no. 1173.

Al-Maqdisi menilai hadith ini palsu dalam Tazkirah Madhuat no. 98.

as-Suyuthi sendiri memasukkan hadith ini dalam kitab hadith lemah dan palsu Dzil al-La'ali no. 144.

Ini kerana terdapat perawi pendusta bernama Ali bin Musa ar-Ridha (Lisanul Mizan 2/417).

No comments:

Post a Comment

Hadith amalan diangkat di hari Nisfu Syaaban

  Matan hadith   إن جبريل أتاني ليلة النصف من شعبان قال قم فصل وارفع رأسك ويديك إلى السماء قال فقلت يا جبريل ما هذه الليلة قال يا محمد ي...