Matan hadith
ثُمَّ انْطَلَقَ بِي فَإِذَا
بِنِسَاءٍ تَنْهَشُ ثَدْيَهُنَّ الْحَيَّاتُ, قُلْتُ: مَا بَالُ هَؤُلَاءِ؟ قِيلَ:
هَؤُلَاءِ اللَّاتِي يَمْنَعْنَ أَوْلَادَهُنَّ أَلْبَانَهُنَّ
Terjemahan
Kemudian Malaikat itu mengajakku melanjutkan perjalanan, tiba-tiba aku
melihat beberapa wanita yang payudaranya dicabik-cabik ular yang ganas. Aku
bertanya: ‘Kenapa mereka?’ Malaikat itu menjawab: ‘Mereka adalah para wanita
yang tidak mahu menyusui anak-anaknya (tanpa alasan syar’i)’.
Takhrij
HR. Ibnu Hibban dalam sahihnya no. 7491, Ibnu Khuzaimah no. 1986, dan
Syaikh Muqbil rahimahullah dalam Al-Jami’ush Sahih menyatakan: “Ini hadith
sahih dari Abu Umamah Al-Bahili radhiyallahu ‘anhu.”
Sanadnya dinilai sahih oleh Syeikh al-Arnauth dalam Takhrij Sahih Ibnu
Hibban.
Disahihkan oleh Syeikh al-Albani dalam Sahih Mawarid no. 1509.
Penjelasan
Ancaman ini hanya berlaku kepada ibu yang sengaja tidak memberikan susu
ibu kepada anaknya tanpa uzur syarie.
Jika si ibu ada halangan untuk beri susunya atas alasan kesihatan, atau
anak tidak mahu menerima susu tersebut, atau faktor yang lain maka dia tidaklah
termasuk dalam golongan diazab tersebut.
Allah Ta’ala berfirman,
وَإِنْ تَعَاسَرْتُمْ
فَسَتُرْضِعُ لَهُ أُخْرَى
“Jika kamu menemui kesulitan, maka perempuan lain boleh menyusukan (anak
itu) untuknya.” (QS. Ath-Thalaq [65]: 6)
Terdapat beberapa keadaan ketika seorang ibu justru tidak boleh menyusui
anaknya secara langsung, baik keadaantersebut bersifat sementara atau bersifat
kekal. Misalnya, si ibu sedang menjalani rawatan sehingga harus rutin meminum
ubat-ubatan tertentu (semacam ubat-ubat kemoterapi); seorang ibu yang dalam
keadaab sakit infeksi ; atau payudara ibu mengalami infeksi oleh virus
tertentu; kelainan (penyakit) tertentu pada bayi; dan keadaan - keadaan lainnya
yang menurut para doktor ahli di bidang ini merupakan satu keburukan ketika
susu ibu diberi.
Ulama dalam Fatwa Lajnah Daimah 7/21 menjelaskan bahawasanya dibolehkan
memberikan gantian susu ibu seperti susu formula dengan dua syarat:-
a) mendapat izin suaminya
b) susu formula tersebut tidak membahayakan bayi
Rujukan
Fatwa Soaljawab Islam no. 238779
No comments:
Post a Comment