Yang sahih
Daripada Abu Qatadah bahawasanya Nabi saw bersabda:-
صِيَامُ يَومِ عرفة
أَحْتَسِبُ عَلَى الله أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ التي قَبْلَهُ والسنة التي
بَعْدَهُ
Puasa pada hari Arafah,Aku berharap pada Allah agar dihapuskan dosa yang
sebelum dan selepas tahun itu (HR. Muslim no. 1162).
Yang Dhaif/ dikuatkan
حَدَّثَنا أَحْمَدُ بْنُ
بُشَيْرٍ ، قَالَ : نا يَحْيَى بْنُ مَعِينٍ ، قَالَ : نا مُعْتَمِرُ بْنُ
سُلَيْمَانَ ، قَالَ : قَرَأْتُ عَلَى الْفَضْيلِ بْنِ مَيْسَرَةَ ، قَالَ :
حَدَّثَنِي أَبُو حَرِيزٍ ، أَنَّهُ سَمِعَ سَعِيدَ بْنَ جُبَيْرٍ ، يَقُولُ :
سَأَلَ رَجُلٌ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ ؟ فَقَالَ
: ” كُنا وَنَحْنُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
نَعْدِلُهُ بِصَوْمِ سَنَتَيْنِ “
Ahmad bin Busyair menuturkan kepadaku, ia berkata: Yahya bin Ma’in
menuturkan kepadaku, ia berkata: Mu’tamir bin Sulaiman menuturkan kepadaku, ia
berkata: aku membaca dari Al Fadhl bin Maisarah, ia berkata: Abu Hariz
menuturkan kepadaku bahwa ia mendengar Sa’id bin Jubair berkata: ‘Seorang
lelaki bertanya kepada Abdullah bin Umar tentang puasa Arafah’. Beliau lalu
berkata: ‘Ketika kami dahulu bersama Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam,
kami menganggap puasa Arafah itu sama seperti puasa dua tahun‘” (HR. At-Thabrani
dalam Al-Awsath no. 768)
Semua perawi hadith ini tsiqah kecuali Abu Hariz (Abdullah bin Husain Al
Azdi), Al Hafiz Ibnu Hajar berkata: “Ia shaduq yukhti‘”. Az Zahabi berkata: “ia
diperselisihkan, sebahagian men-tsiqah-kannya”. Oleh kerana itu sanad hadith
ini minimalnya hasan li ghairihi dengan adanya syawahid.
Di antaranya hadith:
صوم يوم عرفة يعدل سنتين:
سنة مقبلة، وسنة متأخرة
Puasa Arafah sebanding dengan puasa dua tahun, iaitu setahun yang akan
datang dan setahun yang telah berlalu.
Dikeluarkan oleh Tamam Ar-Razi dalam Al Fawaid 241/2 dari jalan: Qutbah
bin ‘Ala Al Ghanawi, ia berkata, Umar bin Dzar menuturkan kepadaku, dari
Mujahid, dari Abdullah bin Umar secara marfu’.
Qutbah bin ‘Ala Al Ghanawi statusnya dhaif, sehingga sanad hadith ini lemah.
Namun hadith ini memiliki syawahid diantaranya hadith:
صَوْمُ يَوْمِ عَرَفَةَ
كَفَّارَةُ السَّنَةِ الْمَاضِيَةِ وَالسُّنَّةِ الْمُسْتَقْبَلَةِ
“Puasa Arafah menghapuskan dosa tahun lalu dan tahun yang akan datang”
(HR. at-Thabrani dalam Al-Awsath no. 2109, disahihkan Syeikh al-Albani dalam
Sahih al-Jami’ no. 3805).
Rujukan
Silsilah hadith Dhaif no. 5191
No comments:
Post a Comment