Tuesday, 8 September 2020

Hadith melihat anak bulan/ masuk bulan baru


Matan hadith

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا رَأَى الْهِلَالَ قَالَ اللَّهُمَّ أَهْلِلْهُ عَلَيْنَا بِالْيُمْنِ وَالْإِيمَانِ وَالسَّلَامَةِ وَالْإِسْلَامِ رَبِّي وَرَبُّكَ اللَّهُ

Terjemahan

Bahawa Nabi apabila melihat bulan sabit baginda mengucapkan:
"ALLAAHUMMA AHLILHU 'ALAINAA BILYUMNI WAL AIMAANI WAS SALAAMATI WAL ISLAAM, RABBII WA RABBUKALLAAH" (Terbitkanlah bulan tersebut kepada kami dengan berkah, iman, keselamatan serta Islam! Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah).

Takhrij

HR. At Tirmidzi no. 3451, Ahmad no. 1397, Darimi no. 1730, daripada Thalhah bin 'Ubaidillah ra. Imam Tirmidzi menilai hadith ini hasan gharib, manakala Syeikh al-Albani menilai ia sahih.

Hadith ini dinilai hasan oleh Syeikh Ahmad Syakir dan Syeikh Syu'aib Al-Arnauth dalam Musnad Ahmad no. 1397.


Ada lagi satu riwayat dalam Mu'jam al-Awsath at Thabarani

كَانَ أَصْحَابُ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَتَعَلَّمُونَ هَذَا الدُّعَاءَ إِذَا دَخَلْتِ السَّنَةُ أَوِ الشَّهْرُ: اللَّهُمَّ أَدْخِلْهُ عَلَيْنَا بِالْأَمْنِ، وَالْإِيمَانِ، وَالسَّلَامَةِ، وَالْإِسْلَامِ، وَرِضْوَانٍ مِنَ الرَّحْمَنِ، وَجَوَازٍ مِنَ الشَّيْطَانِ»

Para sahabat Rasulullah shalallahu alaihi wasallam mempelajari doa berikut jika memasuki tahun atau bulan “Ya Allah, masukan kami ke dalamnya dengan aman, iman, selamat dan Islam. Mendapatkan redha Allah dan dijauhkan dari gangguan syaitan” (HR. Thabrani dalam Mu’jam al-Awsath 6/221, daripada Abdullah bin Hisyam ra).

Atsar ini dinilai dhaif oleh Imam at-Thabarani.

Hadith mauquf, kerana bersendirinya seorang perawi bernama Risydin bin Sa'ad, dan dia juga dhaif (Futuhat Rabbaniyah 4/333).

No comments:

Post a Comment

Hadith amalan diangkat di hari Nisfu Syaaban

  Matan hadith   إن جبريل أتاني ليلة النصف من شعبان قال قم فصل وارفع رأسك ويديك إلى السماء قال فقلت يا جبريل ما هذه الليلة قال يا محمد ي...