Monday, 7 September 2020

Hadith musalsal kelebihan surah al-Hasyr


Matan hadith

عن علقمة والأسود: قرأنا على عبد الله بن مسعود، فلما انتهينا إلى خاتمة سورة الحشر قال: ضعا أيديكما على رؤوسكما فإني قرأت على النبي صلى الله عليه و سلم فلما بلغت هذه الآية قال: ضع يدك على رأسك فإن جبريل عليه السلام لما نزل بها علي قال لي: ضع يدك على رأسك فإنها شفاء من كل داء إلا السام، وهو الموت.

 Terjemahan

Dari Alqamah dan al-Aswad: Kami membaca al-Qur'an kepada ‘Abdullah bin Mas‘ud رضي الله عنه, lalu tatkala kami sampai di penutup Surah al-Hasyr, beliau berkata: Letakkan tangan kamu berdua di kepala kamu, sesungguhnya aku pernah membaca kepada Nabi maka ketika aku sampai pada ayat ini baginda bersabda: “Letakkan tangan kamu di kepala kamu, sesungguhnya Jibril ketika menurunkannya kepadaku beliau berkata kepadaku: Letakkan tangan kamu di kepala kamu, sesungguhnya ia adalah penawar dari segala penyakit kecuali mati”.

Takhrij

HR. Ad-Dailami dalam musnadnya, Abu Nua'im, al-Khatib dalam Tarikhnya dan al- Alusi dalam Tafsirnya 28/65 dan Syeikh Yasin Fadani dalam Ujalah fi Hadith Musalsah hal. 95.

Hadith ini juga ada diriwayatkan dari jalur sahabat yang lain iaitu Ali ra.

az-Zahabi menilai hadith ini batil dalam Fathul Qadir 5/297.

Menurut Fatwa Syabakah Islamiyah no. 126229, hadith ini dhaif.

No comments:

Post a Comment

Hadith amalan diangkat di hari Nisfu Syaaban

  Matan hadith   إن جبريل أتاني ليلة النصف من شعبان قال قم فصل وارفع رأسك ويديك إلى السماء قال فقلت يا جبريل ما هذه الليلة قال يا محمد ي...