Matan hadith
إن أشد أمتي حبا لي قوم
يأتون من بعدي يؤمنون بي ولم يروني يعملون بما في الورق المعلق
Terjemahan
Sesungguhnya orang yang paling mencintaiku di antara umatku adalah satu
kaum yang akan datang sesudah masa ku. Mereka beriman kepadaku padahal mereka
tidak melihatku. Mereka mengamalkan semua yang ada dalam lembaran-lembaran yang
terpadu (Al-Quran)."
Takhrij
HR. Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyq 39/244 daripada Abu Hurairah.
Az-Zahabi berkata hadith ini palsu kerana terdapat perawi tertuduh dusta dan
hadithnya tidak ditulis bernama Ahmad bin Ishak (Mizan I’tidal 1/83).
Syeikh al-Albani berkata dalam Silsilah hadith dhaif no. 649, hadith ini
palsu dengan lafaz seperti ini.
Tetapi terdapat satu riwayat senada yang sahih sanadnya bersumber dari
Rasulullah saw., tetapi hanya sebahagiannya, iaitu hadits dengan matan seperti
berikut:
تغدينا مع رسول الله
صلى الله عليه وسلم ومعنا أبو عبيدة بن الجراح فقال يا رسول الله أحد منا خير منا
أسلمنا وجاهدنا معك قال نعم قوم يكونون من بعدكم يؤمنون بي ولم يروني
Suatu ketika kami makan siang bersama Rasulullah saw. dan pada saat itu
ada Abu Ubaidah Ibnu Jarrah ra., ia bertanya, 'Wahai Rasulullah, adakah orang
yang lebih baik dari kami? Kami masuk Islam dan berjihad bersama engkau. 'Beliau
menjawab, ' Ya ada, iaitu kaum yang akan datang sesudah kalian yang beriman
kepadaku padahal mereka tidak melihat aku.' (HR. ad-Darimi, Ahmad, dan al-Hakim
yang disepakati oleh az-Zahabi, dan semuanya bersumber dari Abu Jum'ah ra.,
Ibnu Mandah dalam al-Iman li Ibni Mandah no. 107, Ahmad Syakir dalam Umdatul
Tafsir 1/78 dan Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih 7/907, menilai
sanad hadith ini sahih).
Terdapat hadith yang mirip maksudnya seperti itu di dalam Sahih Muslim
no. 249 - yang merupakan hadith panjang. di tengah-tengah hadith itu disebutkan
bahawa Nabi SAW mengucapkan
وددت أن رأينا
إخواننا
aku berharap aku dapat bertemu dengan 'ikhwan' ku (saudara-saudaraku)
Para sahabat bertanya tentang 'ikhwan' itu dan Nabi SAW bersabda:
أنتم أصحابي
وإخواننا الذين لم يأتوا بعد
Kamu semua adalah sahbat-sahabatku, ikhwanku adalah mereka yang belum
datang lagi (mereka umat akan datang).
Maka sahabat-sahabat bertanya lagi tentang cara Rasulullah SAW mengenali
mereka (ikhwan) itu di akhirat sedangkan Rasulullah SAW tidak bertemu mereka di
dunia. Maka Rasulullah SAW menyatakan Baginda mengenali mereka dari kesan wudhu'
mereka.
No comments:
Post a Comment