Monday, 7 September 2020

Hadith palsu kelebihan selawat, ditolong oleh empat malaikat di akhirat


Matan hadith


هبط الملائكة الأربعة ؛ جبريل ، ميكائيل ، إسرافيل ، عزرائيل على النبى محمد صل الله عليه وسلم ، فقال جبريل : يا حبيبى يا محمد ، قال : نعم يا جبريل من صلى عليك عشرة صباحا وعشرة مساءا خطفته من على الصراط كالبرق . وقال ميكائيل : يا حبيبى يا محمد ، قال : نعم يا ميكائيل ، قال : من صلى عليك عشرة صباحا وعشرة مساءا اعطيته شربة لم يظمأ بعدها أبدا . وقال إسرافيل : يا حبيبى يا محمد ، قال : نعم يا إسرافيل ، قال : من صلى عليك عشرة صباحا وعشرة مساءا سجدت سجدة تحت العرش لم أرفع رأسى منها حتى يغفر له . قال عزرائيل : يا حبيبى يا محمد ، قال : نعم يا عزرائيل ، قال : من صلى عليك عشرة صباحا وعشرة مساءا أخذت روحه كما تأخذ الشعرة من العجين


Terjemahan

Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa : "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail as telah berkata kepadaku :

Berkata Jibril a.s: "Wahai Rasulullah s.a.w, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Malaikat Malik a.s pula berkata : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata Malaikat Israfil a.s: "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

Berkata Malaikat Izrail as : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi".


Takhrij


Hadith palsu. Tidak ditemui asal dalam kitab-kitab hadith muktabar sunnah (Fatwa Soaljawab Islam no. 242247; Fatwa Syabakah Islamiyah no. 321454).

No comments:

Post a Comment

Hadith amalan diangkat di hari Nisfu Syaaban

  Matan hadith   إن جبريل أتاني ليلة النصف من شعبان قال قم فصل وارفع رأسك ويديك إلى السماء قال فقلت يا جبريل ما هذه الليلة قال يا محمد ي...