Monday, 7 September 2020

Hadith wajib taat pemerintah walau punggung (iaitu belakang) dipukul & harta dirampas)



Matan hadith

  تَسْمَعُ وَتُطِيعُ لِلأَمِيرِ وَإِنْ ضُرِبَ ظَهْرُكَ وَأُخِذَ مَالُكَ فَاسْمَعْ وَأَطِعْ


Terjemahan

Dengar dan taatlah pada pemerintah walaupun punggung(iaitu belakang) mu dipukul dan hartamu dirampas! Dengarlah dan taatilah" (sebahagian hadith yang panjang).


Takhrij

HR.  Muslim no. 1847 daripada Huzaifah al-Yaman.

Walaupun hadith ini dikeluarkan oleh Imam Muslim, ia didhaifkan oleh Imam al-Daraquthni, at-Thabarani (Mu’jam al-Awsath 3/190),  Imam Muslim sendiri, bahkan juga didhaifkan oleh Syaikh Muqbil Hadi al-Wadi'I.

Ini tidaklah sesuatu yang mengejutkan. Kerana ijma’ ulama akan kesahihan hadith-hadith Sahih Muslim tidaklah semua, bahkan menurut mereka majoritinya secara am ia sahih. Maka di sini terdapat beberapa hadith yang dikira tidak sampai darjat sahih.

Jaminan sahih hanyalah untuk hadith-hadith usul, manakala hadith-hadith yang dijadikan mutabaat dan syawahid ini statusnya pelbagai, sebahagiannya Sahih dan sebahagiannya dhaif. Dan hadith yang sedang kita bincangkan ini bukanlah termasuk hadith-hadith usul dalam Sahih Muslim, namun Imam Muslim hanya memasukkanya sebagai mutabaat dan syawahid sahaja. 

Ini terbukti apabila seseorang itu memahami metodologi penyusunan hadith dalam Sahih Muslim sendiri. Imam Muslim akan menyusun hadith-hadith paling sahih yang dijadikan usul pada kedudukan awal bab dan seterusnya derajatnya berkurangan sehingga dhaif yang dijadikan syawahid da mutabaat.

Mereka yang membaca Sahih Muslim dengan kaca mata ahli hadith sahaja yang akan dapat mengecam bahawa hadith ini telah didhaifkan oleh Imam Muslim dengan isyarat dalam kitab Sahihnya sendiri. Imam Muslim memasukkan hadith ini bersama-sama hadith semakna yang tiada ziyadah (tambahan lafaz) dalam satu bab, dan hadith tanpa ziyadah disebut dahulu sebelum hadith dengan ziyadah, tujuan beliau lakukan sedemikian rupa ialah sebagai isyarat untuk menjelaskan bahawa ziyadah itu lemah, dan ini adalah antara metod Imam Muslim mendhaifkan sesebuah hadith dalam kitab Sahihnya, demikian juga para huffaz hadith lain semisal al-Bukhari, Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban.

Kata al-Daruquthni hadith tersebut mursal Abu Salam tidak pernah sama sekali mendengar dari Huzaifah (al-Ilzamat wa al-Tatabbu' hal. 181).

Kata Syaikh Muqbil al-Wadie, Dan pada hadith Huzaifah ini terdapat ziyadah (tambahan lafaz) yang tidak terdapat pada hadith Huzaifah yang muttafaq 'alaih (disepakati al-Bukhari dan Muslim) iaitu kata-kata "walaupun punggung(iaitu belakang) mu dipukul dan hartamu dirampas"! Maka ini adalah ziyadah (tambahan lafaz) yang lemah kerana ia dari jalan yang terputus ini" (Tahqiq al-Ilzamat wa al-Tatabbu' hal. 181).

Melihat jalur sanad di atas, maka yang dimaksudkan mursal oleh ad-Daruquthni adalah mursal dalam pengertian ahli hadith mutaqaddimin. Iaitu setiap hadith yang terputus sanadnya.

Khatib Al-Baghdadi berkata, “Hadith mursal adalah hadith yang terputus sanadnya. Iaitu hadith yang salah satu perawinya tidak mendengar langsung dari yang di atasnya. Akan tetapi yang sering disebut mursal adalah seorang tabiien meriwayatkan dari Nabi SAW. (Al-Kifayah 21)


Hadith mahfuz (terpelihara) yang muttafaq 'alaih (disepakati al-Bukhari dan Muslim) dari riwayat Abu Idris dari Huzaifah, yang dimaksudkan ialah satu hadith panjang yang lafaznya menyebut: ..

.فَاعْتَزِلْ تِلْكَ الْفِرَقَ كُلَّهَا وَلَوْ أَنْ تَعَضَّ بِأَصْلِ شَجَرَةٍ حَتَّى يُدْرِكَكَ الْمَوْتُ وَأَنْتَ عَلَى ذَلِكَ

Maka tinggalkanlah semua puak-puak tersebut yang ada walaupun kamu terpaksa menggigit akar kayu sehingga mati dalam keadaan itu" (HR. Bukhari no. 3338 dan Muslim no. 3434).

Ada juga ulama yang menguatkan hadith di atas, tapi malangnya kedhaifan hadith di atas tidak boleh ditampung.

Lafaz Abu Daud:-

إِنْ كَانَ لِلَّهِ خَلِيفَةٌ فِي الْأَرْضِ فَضَرَبَ ظَهْرَكَ، وَأَخَذَ مَالَكَ، فَأَطِعْهُ

Jika Allah mempunyai Khalifah di muka bumi, lalu dia memukul punggung(iaitu belakang)  dan merampas hartamu, maka taatilah dia (HR. Abu Daud no. 4244)

Manakala lafaz al-Hakim pula berbunyi:

 فَإِنْ كَانَ لِلَّهِ يَوْمَئِذٍ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةٌ جَلَدَ ظَهْرَكَ، وَأَخَذَ مَالَكَ فَالْزَمْهُ

Jika Allah mempunyai Khalifah di bumi dan dia memukul belakangmu dan merampas hartamu, maka lazimilah dia (HR. al-Hakim dalam al-Mustadrak no. 8322)

Menurut Dr. Fathi usaha penguatan itu adalah sia-sia, kerana hadith yang dibawa itu adalah dhaif bahkan munkar (iaitu silap) juga! pada isnadnya terdapat Subai’ bin Khalid dan dia adalah majhul (tidak dikenal). Bahkan selain dhaifnya isnad hadith itu juga adalah munkar kerana menyalahi hadith usul yang disepakati al-Bukhari dan Muslim yang telah saya sebutkan sebelum ini.  

Berkenaan hadith Abu Daud, berkata al-Hafiz al-Muhaddith `Abdul `Aziz al-Tharifi dalam tahqiqnya atas Sunan Abu Daud:

 أصله في الصحيحين بغير هذه الألفاظ ...وقوله (فَضَرَبَ ظَهْرَكَ، وَأَخَذَ مَالَكَ) منكر

Asalnya hadith ini adalah dalam al-Sahihain (Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim) tanpa lafaz ini  dan kata-kata (dia memukul belakangmu dan merampas hartamu) adalah munkar (Zawaid Sunan Abu Daud, 2/938).

Manakala berkenaan hadith al-Mustadrak pula, berkata Syaikh al-Muhaddith al-Yaman, Muqbil Hadi al-Wadi’i dalam tahqiqnya atas al-Mustadrak:

 سبيع بن خالد روى عنه جماعة ولم يوثقه معتبر فهو مجهول الحال

Beberapa kelompok telah meriwayatkan dari Subai’ bin Khalid ini, namun dia tidaklah dinilai thiqah secara muktabar (oleh mereka-mereka yang muktabar) dan dia adalah Majhul al-hal (tidak dikenali).  (al-Mustadrak, tahqiq Muqbil al-Wadi’i 4/597).

Riwayat dari Shakhr bin Badr al-Ajaly, dari Subai’ bin Khalid, dari Huzaifah diriwayatkan oleh Ahmad dalam al-Musnad no. 23427, Abu Awanah dalam al-Mustakhraj no. 7168, ath-Thayalisi no. 443 dengan redaksi: “Jika engkau melihat ada seorang khalifah di bumi pada saat itu, maka lazimilah ia meski ia memukul punggungmu dan mengambil hartamu.”

Sedangkan riwayat Nashr bin ‘Ashim dari Subai’ bin Khalid dari Huzaifah diriwayatkan oleh Ahmad dalam al-Musnad no. 23429, al-Hakim dalam al-Mustadrak no. 8332 al-Baghawi no. 4219, dan Abu Daud no. 4244 dengan redaksi:

“Apabila pada saat itu Allah memiliki seorang khalifah di muka bumi yang memukul punggungmu dan mengambil hartamu, maka tetaplah lazimi (patuhi) ia.”

Riwayat Nashr ini hampir mirip dengan riwayat Huzaifah dari Abu Idris dan Abu Sallam. Mengapa? Sebab, yang meriwayatkan dari Nashr ada 2 perawi, iaitu Humaid bin Hilal al-Adawi yang tidak ada sedikit pun memuat redaksi di atas dan Qatadah yang memuat redaksi di atas. Redaksi di atas adalah sanad dari Qatadah, dari Nashr bin Ashim, dari Subai bin Khalid, dari Hudzaifah.

Adapun riwayat Humaid bin Hilal dari Nashr, dari Subai, dari Huzaifah diriwayatkan oleh Abu Daud no. 4246, Ahmad dalam al-Musnad no. 23282, Ibn Hibban no. 5963 dan ath-Thayalisi dalam al-Musnad no. 443, tanpa menyebutkan redaksi tambahan yang kita sedang kita bahas ini.

Mengenai Qatadah, ia terkenal suka melakukan tadlis (penyisipan sanad hadith), di antara bentuk tadlisnya diriwayatkan oleh ath-Thayalisi dalam al-Musnad no. 444, di mana Qatadah meriwayatkan langsung dari Subai’ tanpa menyertakan Nashr bin Ashim. Kerana itu para ulama berhati-hati dengan periwayatannya kecuali jika Qatadah benar-benar menyebut penyimakannya dari rawi yang ia riwayatkan.

Kesimpulannya, riwayat pendukung terhadap Abu Salam yang mursal sebelumnya hanya berasal dari Subai bin Khalid saja. Periwayatan dari Subai bin Khalid yang memuatkan adanya redaksi tambahan yang kita bahas berasal dari Shakhr bin Badr dan Nashr bin Ashim.

Namun yang meriwayatkan dari Nashr ada dua bentuk, iaitu adanya tambahan redaksi yang kita bahas, inilah yang berasal dari Qatadah, dan tidak adanya tambahan redaksi, inilah yang berasal dari Humaid bin Hilal.

Dalam erti lain, riwayat Humaid bin Hilal, dari Nashr bin Ashim, dari Subai’ dari Huzaifah hampir sama dengan riwayat Abu Idris al-Khaulani dari Huzaifah yang telah disepakati keshahihannya, iaitu sama-sama tidak ada tambahan redaksi. Mengenai Humaid bin Hilal, Abu Hatim, Yahya bin Main, an-Nasai, Ibn Adi menilainya tsiqah (terpercaya). (Tahdzib al-Kamal 7/405-406).

Kesimpulan dan fiqh hadith

Maka jelaslah tambahan pada hadith Huzaifah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim sebagai mutabaah (hadith yang semakna dengan kesamaan pada rawi sahabat) bukan pada hadith utama.

Tambahan “Engkau tetap mendengar dan taat kepada pemimpin, meskipun punggungmu dipukul dan hartamu diambil, tetaplah mendengar dan taat” dalam hadith atas adalah tambahan yang lemah secara sanad. Kerana rawi yang meriwayatkan bernama Abu Sallam tidak mendengar langsung redaksi tambahan tersebut dar sahabat Huzaifah bin Yaman. Inilah yang menjadi titik lemah hadith ini menurut Daruquthni. Dan sanad pendukung pada hadith ini juga tidak cukup kuat untuk meningkatkan derajat hadith ini.

Maka wajiblah bagi para penuntut ilmu mengetahui bahawa lafaz tambahan (وإن ضرب ظهرك وأخذ مالك - walaupun punggungmu dipukul dan hartamu dirampas) yang munkar seperti ini semuanya adalah kata-kata yang munkar yang perlu hadith yang mulia disucikan daripadanya. Malah wajib ke atas seseorang Muslim untuk mempertahankan harta dan kehormatan serta maruahnya, dan sekiranya dia dibunuh (ketika mempertahankan harta dan kehormatan serta maruahnya) maka dia mati syahid".


Tambahan itu,


Ulama ijma' melarang memberontak kepada ulil amri
Larangan untuk memberontak kepada ulil amri adalah ijma' (kesepakatan) ulama. Bukan masalah khilafiyah. Imam An Nawawi rahimahullah mengatakan:
أجمع العلماء على وجوب طاعة الأمراء في غير معصية

“Para ulama ijma akan wajibnya taat kepada ulil amri selama bukan dalam perkara maksiat” (Syarah Sahih Muslim, 12/222).

Beliau juga mengatakan:

وأما الخروج عليهم وقتالهم فحرام بإجماع المسلمين وإن كانوا فسقة ظالمين وقد تظاهرت الأحاديث بمعنى ما ذكرته وأجمع أهل السنة على أنه لا ينعزل السلطان بالفسق

“Adapun memberontak kepada ulil amri dan memerangi ulil amri, hukumnya haram berdasarkan ijma ulama. Walaupun ulil amri tersebut fasiq dan zalim. Hadits-hadits yang telah saya sebutkan sangat jelas dan ahlussunnah sudah sepakat tentang tidak bolehnya memberontak kepada penguasa yang fasiq” (Syarah Sahih Muslim, 12/228).

Al Hafiz Ibnu Hajar Al Asqalani mengatakan:

قال بن بطال في الحديث حجة في ترك الخروج على السلطان ولو جار وقد أجمع الفقهاء على وجوب طاعة السلطان المتغلب والجهاد معه وأن طاعته خير من الخروج عليه لما في ذلك من حقن الدماء وتسكين الدهماء

“Ibnu Bathal mengatakan bahawa dalam hadits ini terdapat hujjah terhadap haramnya memberontak kepada penguasa (Muslim) walaupun ia zalim. Dan ulama telah ijma akan wajibnya taat kepada penguasa yang berhasil menguasai pemerintahan. Serta wajibnya berjihad bersama dia. Dan taat kepadanya lebih baik daripada memberontak. Kerana taat kepadanya akan menjaga darah dan menstabilkan keamanan masyarakat” (Fathul Bari, 7/13).

Imam Abul Hasan Al Asy’ari mengatakan:

وأجمعوا – أي العلماء – على السمع والطاعة لأئمة المسلمين

“Para ulama ijma wajibnya mendengar dan taat kepada para pemimpin kaum Muslimin” (Risalah ila Ahlits Tsughur, 296).

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata:

الصبر على جور الأئمة أصل من أصول أهل السُنة والجماعة

“Sabar terhadap kezaliman penguasa adalah salah satu pokok Ahlussunnah wal Jama’ah” (Majmu’ Al Fatawa, 28/179).

Imam Ath Thahawi rahimahullah mengatakan:

ولا نرى الخروج على أئمتنا وولاة أمورنا وإن جاروا ولا ندعوا عليهم ولا ننزع يداً من طاعتهم ونرى طاعتهم من طاعة الله فريضة ما لم يأمروا بمعصية وندعوا لهم بالصلاح والمعافاة

“Kami berpandangan tidak diperbolehkan memberontak pada para imam dan ulil amri walaupun mereka zalim. Dan tidak boleh mendoakan keburukan atas mereka. Dan tidak boleh melepaskan ketaatan dari mereka. Dan kami berpendapat bahwa taat kepada ulil amri merupakan bentuk taat kepada Allah dan hukumnya wajib. Selama bukan dalam perkara maksiat. Dan kita hendaknya mendoakan kebaikan dan kesehatan kepada ulil amri” (Matan Al Aqidah Ath Thahawiyah).

Al Barbahari rahimahullah mengatakan:

من خرج على إمام من أئمة المسلمين فهو خارجي قد شق عصا المسلمين وخالف الآثار وميتته ميتة جاهلية ، ولا يحل قتال السلطان ولا الخروج عليه وإن جار

“Orang yang memberontak kepada pemimpin kaum Muslimin, maka ia adalah seorang Khawarij yang telah merosak tonggak Islam dan menyelisihi atsar dan jika ia mati, ia mati jahiliyyah. Dan tidak halal memerangi penguasa, dan juga tidak boleh memberontak walaupun penguasa tersebut zalim” (Matan Syarhus Sunnah).

Asy Syaikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah mengatakan:

ليس من منهج السلف التشهير بعيوب الولاة وذكر ذلك على المنابر لأن ذلك يفضي إلى الفوضى وعدم السمع والطاعة في المعروف ، ويفضي إلى الخوض الذي يضر ولا ينفع ، ولكن الطريقة المتبعة عند السلف النصيحة فيما بينهم وبين السلطان ، والكتابة إليه ، أو الاتصال بالعلماء الذين يتصلون به حتى يوجه إلى الخير

“Bukan termasuk manhaj salaf, menyebarkan aib-aib pemerintah dan menyebutkannya di mimbar-mimbar. Karena hal ini akan membawa pada (kekacauan) dan akan hilangnya ketaatan pada pemerintah dalam perkara-perkara yang baik. Dan akan membawa kepada perdebatan yang bisa membahayakan dan tidak bermanfaat. Adapun metode yang digunakan para salaf adalah dengan menasehati penguasa secara privat. Dan menulis surat kepada mereka. Atau melalui para ulama yang mampu menyampaikan nasehat kepada mereka, hingga mereka boleh diarahkan kepada kebaikan” (Majmu Fatawa wal Maqalat Mutanawwi’ah, 8/194).



No comments:

Post a Comment

Hadith amalan diangkat di hari Nisfu Syaaban

  Matan hadith   إن جبريل أتاني ليلة النصف من شعبان قال قم فصل وارفع رأسك ويديك إلى السماء قال فقلت يا جبريل ما هذه الليلة قال يا محمد ي...