Matan kisah
قصة رائعة لأسرة فقيرة
استغنت في عهد كليم الله موسى وكان السبب
في عهد موسى عليه الصلاة
والسلام كليم الله
عاشت اسرة فقيرة مكونه من
زوجين
قد أخذ منهم الفقر مأخذه
..سنين طويلة
يعانون قساوة العيش والصبر
على مُرِّ الايام
وبينما كانوا مضطجعين على
فراشهم
سألت الزوجة زوجها قائلة
يا زوجي أليس موسى نبي الله
وكليمه
قال لها نعم
قالت له اذاً لماذا لا نذهب
إليه ونشكوا له حالنا وما أصابنا من الفقر ونطلب منه ان يكلم ربه عن حالنا ويسأله
ان يغنينا من فضله ,كي نعيش ما بقي من عمرنا في هناء ورغد من العيش , فقال الرجل
نِعمَ الرأي يا امرأة
فلما اصبح الصبح ذهبا إلى
نبي الله وكليمه عليه افضل الصلاة والسلام
وشرحا له حالهما وطلبا منه
ان يكلم ربه ان يغنيهما من فضله وكرمه
فذهب موسى للقاء ربه وكلمه
عن حال تلك الاسرة
وهو السميع العليم سبحانه لا
يخفى عليه مثقال ذرة في السموات ولا في الارض , فقال الله لموسى يا موسى قل لهم
اني سوف اغنيهم من فضلي ولكن لمدة عام واحد فقط …فإذا انقضى العام عادوا لِما
كانوا عليه من الفقر
فذهب موسى وبلغهم بأن الله
قد استجاب لهم وانه سوف يغنيهم …ولكن لمدة عام واحد فقط
فاستبشر الزوجان وسُرا سرور
عظيما
وفجأة , وإذ بالارزاق تأتيهم
من حيث لا يعلمون ولا يحتسبون ..وخلال مدة وجيزة صارا من اغنياء القوم
وبدأت حياتهما تتغير وعاشا
في رغد من العيش
فقالت الزوجه يا رجل تذكر
اننا سننعم لمدة عام وبعد انقضاء المدة سوف نعود لفقرنا
قال نعم
فقالت له اذاً نقوم باستخدام
هذا المال ونصنع لنا معروفا عند الناس
فإذا مر العام وعدنا إلى
فقرنا
ذكر الناس معروفنا الذي
صنعناه لهم فيعطونا ولا يردوننا إن طلبنا منهم قوتا أو احتجنا لشيء عندهم
فقال الزوج اصبت يا امرأة
فقاما ببناء منزل كبير على
مفترق طرق المسافرين
وجعلا في كل واجهة من المنزل
باباً مشرفا على الطريق
وكانت سبع طرق ففتحوا سبعة
ابواب
واخذوا يقومون باستقبال
الغادي والرائح ويصنعون الطعام لهم ليلا ونهارا
وظلوا يشتغلون على هذه
الحال..وتمر الايام والشهور
وموسى يتأمل حالهم يوما بعد
يوم
انقضى العام ..وهم على حالهم
منشغلين بصنع الطعام واكرام الضيف وإطعام الفقراء والمساكين
حتى انهم نسوا تلك المهلة
التي حددها لهم ربهم
مر العام ودخل عليهم عام
جديد ..وهم على ما هم عليه , ولم يفتقروا
فتعجب موسى وكلم ربه وقال يا
رب , قد اشترطتَ عليهم عاما واحدا فقط ,والان هم في عام جديد ولم يفتقروا
فقال المولى الكريم عز وجل
يا موسى
فتحت لهم بابا من ابواب رزقي
ففتحوا سبعة ابواب يرزقون منها عبادي
ياموسى …..استحيتُ منهم
يا موسى أيكون عبدي اكرم مني
سبحانك يا اكرم من كل كريم
ويا ارحم من كل رحيم
Terjemahan
Di zaman Nabi Musa AS,
Ada sepasang suami isteri yang hidup dengan penuh kemiskinan namun
mereka menghadapinya dengan penuh
kesabaran. Suatu ketika, tatkala mereka beristirehat, si isteri bertanya kepada
suaminya:
"Wahai suamiku, bukankah Musa adalah seorang Nabi yang boleh
berbicara dengan Tuhannya (Allah)..?"_
Lalu sang suami menjawab :
"Ya, benar."
Si isteri berkata lagi:
"Kenapa kita tidak pergi saja kepadanya untuk mengadukan keadaan
kita yang penuh dengan kemiskinan dan memintanya agar ia berbicara kepada Rabbnya,
agar Dia menganugerahkan kepada kita kekayaan ?"
Akhirnya mereka mengadukan kemiskinannya itu kepada Nabi Musa AS.
Lalu Nabi Musa bermunajat menghadap Allah SWT dan menyampaikan keadaan
keluarga tersebut.
Allah SWT pun berfirman kepada Musa:
"Wahai Musa, katakanlah kepada mereka, aku akan memberikan kepada
mereka kekayaan, tetapi kekayaan itu aku berikan hanya satu tahun, dan setelah
satu tahun, akan aku kembalikan mereka menjadi orang miskin kembali."
Lalu Nabi Musa menyampaikan kepada mereka bahawasanya Allah telah
Mengabulkan permohonan mereka, dengan syarat kekayaan itu hanya satu tahun
lamanya. Mereka menerima kabar tersebut dengan penuh kebahagiaan dan
kegembiraan.Beberapa hari kemudian datanglah rezeki yang melimpah dari jalan
yang tak diketahui darimana arahnya.
Dan merekapun menjadi orang terkaya pada saat itu.
Keadaan mereka pun berubah dengan kekayaan yang berlimpah.
Lalu si isteri berkata kepada suaminya:
"Wahai suamiku, selama setahun ini kita akan memberi makan
orang-orang miskin dan menyantuni anak-anak yatim selama kita masih punya
kesempatan, kerana setelah setahun kita akan kembali miskin."
Si suami menjawab: "Baiklah, kita akan menggunakan harta ini untuk
membantu orang-orang yang membutuhkannya."
Kemudian mereka membantu orang-orang yang memerlukan, dan membangunkan
tempat-tempat singgah para musafir, serta menyediakan makanan percuma bagi
orang yang memerlukan.
Setelah satu tahun berlalu, mereka masih tetap sibuk menyediakan makanan
sampai mereka lupa bahawasanya sudah setahun lebih mereka menjadi orang kaya
dan mereka lupa bahawa akan kembali menjadi orang miskin.
Nabi Musa pun heran melihat keadaan mereka yang tetap kaya.
Kemudian Nabi Musa bertanya kepada Allah SWT :
"Ya Rabb, bukankah Engkau berjanji memberikan mereka kekayaan hanya
satu tahun saja, kemudian setelah itu Engkau akan kembalikan mereka pada kemiskinan
seperti semula?"
Allah SWT pun berfirman:
"Wahai Musa, Aku telah membuka satu pintu rezeki kepada mereka,
tetapi mereka membuka beberapa pintu rezeki untuk hamba-hamba Ku. Wahai Musa,
maka Aku titipkan lebih lama kekayaan itu pada mereka. Wahai Musa, Aku sangat
malu jikalau ada hambaKu yang lebih mulia dan lebih pemurah daripada Aku."
Nabi Musa menjawab:
سبحانك اللهم ماأعظم شأنك
وأرفع مكانك
"Maha Suci Engkau Ya Allah, betapa Maha Mulia urusanMu dan Maha
Tinggi kedudukanMu."
Takhrij
Tak dijumpai asal dari kitab muktabar sunnah, palsu.
Rujukan
https://t.me/IncorrectAhadithDiffused/3748
https://www.almrsal.com/post/797226
No comments:
Post a Comment