Tuesday, 29 September 2020

Larangan menyisir rambut setiap hari

 

Matan hadith

 

ﻧَﻬَﻰ ﺭَﺳُﻮﻝُ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﻋَﻦْ ﺍﻟﺘَّﺮَﺟُّﻞِ ﺇِﻻَّ ﻏِﺒًّﺎ

 

Terjemahan

 

Rasulullah shalllallahu alaihi wa sallam melarang menyisir kecuali ‘ghibban’ (jarang-jarang)

 

Takhrij

 

HR. Abu Daud no. 4159, Tirmidzi no. 1756, Nasaie no. 5055, Ahmad no. 16793, daripada Abdullah bin Mughaffal ra.

 

Didiamkan oleh Abu Daud. Imam Tirmidzi menilai hadith ini hasan sahih.

 

Syeikh al-Albani pula menilai hadith ini sahih dalam Silsilah Hadith Sahih no. 501, 502.

 

Maksud “ghibban” adalah meminyaki sehari dan sehari (tidak terlalu sering). Imam Ahmad berkata,

 

ﻳﺪﻫﻦ ﻳﻮﻣﺎً ﻭﻳﻮﻣﺎً

 

“Meminyakinya sehari dan sehari (saja)“. (Al-Mughni 1/67)

 

 

Demikian juga dalam hadith lainnya.

 

ﻛَﺎﻥَ ﻧَﺒِﻲُّ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﻳَﻨْﻬَﺎﻧَﺎ ﻋَﻦْ ﺍﻟْﺈِﺭْﻓَﺎﻩِ ﻗُﻠْﻨَﺎ ﻭَﻣَﺎ ﺍﻹِﺭْﻓَﺎﻩُ ﻗَﺎﻝَ ﺍﻟﺘَّﺮَﺟُّﻞُ ﻛُﻞَّ ﻳَﻮْﻡٍ

 

“Nabi shalallahu alaihi wa sallam melarang kami dari ‘al-Irfah’ ” Kami bertanya : “Apa itu al-Irfah ?” ia (sahabat) itu menjawab : “menyisir sepanjang hari”. (HR. Nasaie no. 5058, disahihkan oleh Syeikh al-Albani dan al-Arnauth)

 

Asy-Syaukani rahimahullah menjelaskan bahawa hadith ini merupakan larangan bagi laki-laki menyisir sepanjang hari (seharian dan terlalu kerap). Beliau berkata:-

 

ﻭﺍﻟﺤﺪﻳﺚ ﻳﺪﻝ ﻋﻠﻰ ﻛﺮﺍﻫﺔ ﺍﻻﺷﺘﻐﺎﻝ ﺑﺎﻟﺘﺮﺟﻴﻞ ﻓﻲ ﻛﻞ ﻳﻮﻡ؛ ﻷﻧﻪ ﻧﻮﻉ ﻣﻦ ﺍﻟﺘﺮفه

ﻭﺍﻹﺭﻓﺎﻩ : ﺍﻻﺳﺘﻜﺜﺎﺭ ﻣﻦ ﺍﻟﺰﻳﻨﺔ ﻭﺃﻥ ﻻ ﻳﺰﺍﻝ ﻳﻬﻴﺊ ﻧﻔﺴﻪ

 

“Hadith ini menunjukkan makruhnya menyibukkan diri dengan menyisir sepanjang hari, kerana ini termasuk bermegah-megah. Al-Irfah maksudnya adalah terlalu banyak berhias dan selalu mempersiapkan dirinya untuk berhias.” (Nailul Authar 1/159)

 

Memang ada perintah dan sunnah agar kita menyisir, meminyaki dan menjaga rambut, akan tetapi tidak bertentangan dengan hadith ini. Berikut penjelasan dari Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah rahimahullah, beliau berkata:

 

ﻭﺍﻟﺼﻮﺍﺏ ﺃﻧﻪ ﻻ ﺗﻌﺎﺭﺽ ﺑﻴﻨﻬﻤﺎ – ﺃﻱ ﺑﻴﻦ ﺣﺪﻳﺚ ‏( ﻣﻦ ﻛﺎﻥ ﻟﻪ ﺷﻌﺮ ﻓﻠﻴﻜﺮﻣﻪ ‏) ، ﻭﺑﻴﻦ ﺣﺪﻳﺚ ‏( ﺍﻟﻨﻬﻲ ﻋﻦ ﺍﻟﺘﺮﺟﻞ ﺇﻻ ﻏﺒﺎً ‏) – ، ﻓﺈﻥ ﺍﻟﻌﺒﺪ ﻣﺄﻣﻮﺭ ﺑﺈﻛﺮﺍﻡ ﺷﻌﺮﻩ ﻭﻣﻨﻬﻲ ﻋﻦ ﺍﻟﻤﺒﺎﻟﻐﺔ ﻭﺍﻟﺰﻳﺎﺩﺓ ﻓﻲ ﺍﻟﺮﻓﺎﻫﻴﺔ ﻭﺍﻟﺘﻨﻌم

 

“Yang benar adalah tidak ada pertentangan dari kedua hadith tersebut, iaitu hadith “Barangsiapa yang memiliki rambut maka muliakanlah” dengan hadith “larangan terlalu sering menyisir rambut kecuali jarang-jarang”. Seorang hamba diperintahkan untuk memuliakan rambutnya dan dilarang untuk berlebihan dalam bermegah-megahan.” (Hasyiatus Sunan 11/147).

 

Para ulamā berbeda pendapat tentang larangan Nabi shallallāhu ‘alayhi wa sallam ini.

 

√ Ada yang mengatakan makruh bagi yang menyisir setiap hari.

 

√ Ada yang membolehkan setiap ada kebutuhan.

 

Syeikh Abdullah Al-Fauzan, setelah menjelaskan pendapat para ulama tentang masalah menyisir rambut. Beliau berkata:

 

“Dan yang nampaknya benar, Wallahu A’lam, tidak adanya waktu tertentu dalam menyisir rambut ini, bahkan ketika seseorang itu memerlukan maka ia boleh melakukannya.”

 

Namun jika seorang ingin mengikuti sunnah maka menyisir sehari dan meninggalkan sehari (Itulah sunnahnya).

 

Dan selalu menyisir rambut setiap saat itu juga tidak baik, sebagaimana pandangan sebahagian masyarakat.

 

Namun jika ia memang sangat memerlukan untuk menyisir rambutnya kerana rambutnya tidak kemas dan mengerbang dan tidak boleh menggunakan tangan maka ia boleh menyisir rambutnya dengan sikat sebagaimana dikatakan oleh Syaikh Abdullah Al-Fauzan dalam kitab beliau yang berjudul Raudhatul Afham 1/213 dengan teks terpotong.

No comments:

Post a Comment

Hadith amalan diangkat di hari Nisfu Syaaban

  Matan hadith   إن جبريل أتاني ليلة النصف من شعبان قال قم فصل وارفع رأسك ويديك إلى السماء قال فقلت يا جبريل ما هذه الليلة قال يا محمد ي...