Tuesday, 15 December 2020

Hadith Allah rindu, lalu ditimpakan ujian kepada hambaNya?

 

Matan hadith

 

 

أن الله يقول للملائكة انطلقوا إلى عبدي فصبوا عليه البلاء صبا فإني أحب أن أسمع صوته

 

Terjemahan

 

Dari Abu Umamah al-Bahili, " Allah berfirman kepada MalaikatNya, "Pergilah kamu kepada hambaKu, lalu kamu timpakan bermacam-macam ujian kepadanya kerana Aku suka mendengar rintihannya."

 

Takhrij

 

HR. at-Thabarani dalam Mu'jam al-Kabir 8/166 no. 7697.

 

Ia juga didhaifkan oleh al-Mundziri dalam Taghriib 4/224.

 

Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 4994, menilai hadith ini amat dhaif.

 

Juga didhaifkan oleh al-Dimyathi  dalam Mutajir Rabih no. 296

No comments:

Post a Comment

Hadith amalan diangkat di hari Nisfu Syaaban

  Matan hadith   إن جبريل أتاني ليلة النصف من شعبان قال قم فصل وارفع رأسك ويديك إلى السماء قال فقلت يا جبريل ما هذه الليلة قال يا محمد ي...