Matan hadith
مَنْ يُحْرَمِ الرِّفْقَ يُحْرَمِ الْخَيْرَ
Terjemahan
Barangsiapa yang tidak memiliki
sifat lembut, maka tidak akan mendapatkan kebaikan
Takhrij
HR. Muslim no. 2592 daripada
Jabir bin Abdullah ra.
Kelembutan tutur kata dan
perbuatan merupakan landasan dalam membangunkan keharmonian antara sesama
manusia, kunci dalam menasihati, dan penyelesai kepada permasalahan serta
penyebab datangnya kebaikan.
Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda dalam sebuah hadith:
فَإِنَّ الرِّفْقَ لَمْ يَكُنْ فِى شَىْءٍ قَطُّ إِلاَّ زَانَهُ وَلاَ
نُزِعَ مِنْ شَىْءٍ قَطُّ إِلاَّ شَانَهُ
Sesungguhnya lemah lembut
tidaklah ada pada sesuatu kecuali akan menghiasinya, dan tidaklah dicabut dari
sesuatu kecuali akan memperkeruhnya (HR. Abu Daud no. 4804, sanadnya sahih).
Ar-Rifq adalah sifat lemah lembut
di dalam perkataan dan tindakan serta memilih untuk melakukan cara yang paling
mudah. (Fathul Bari Syarah Sahih Bukhari 10/464)
Sudah sepatutnya bagi seorang
muslim untuk berhias dengan sifat yang sangat mulia tersebut, kerana ia
merupakan bahagian dari sifat-sifat yang dicintai oleh Allah subhanahu wa
ta’ala. Dengannya pula merupakan sebab seseorang dapat meraih berbagai kunci
kebaikan dan keutamaan. Sebaliknya, orang yang tidak memiliki sifat lemah
lembut, maka ia tidak akan boleh meraih berbagai kebaikan dan keutamaan.
Syaikh Abdul Aziz bin Baz
rahimahullah mengatakan: “Zaman ini adalah zaman lemah lembut, kesabaran dan
hikmah, bukan masanya kekerasan, sebab kebanyakan manusia berada dalam
kebodohan, dalam kelalaian, lebih banyak mengedepankan urusan dunia, maka
diharuskan untuk banyak bersabar dan lemah lembut sehingga dakwah boleh
tersebar dan sampai kepada manusia dan mereka menjadi mengerti, mudah-mudahan
Allah memberikan hidayah-Nya kepada semua (Majmu’ Fatawa 8/376 dan 10/91).
Rujukan
Fatwa Syabakah Islamiyah no. 171485
No comments:
Post a Comment