Friday, 18 December 2020

Hadith larangan mencela pelaku maksiat yang sudah bertaubat dengan dosa tersebut

 

Matan hadith

 

مَنْ عَيَّرَ أَخَاهُ بِذَنْبٍ لَمْ يَمُتْ حَتَّى يَعْمَلَهُ

 

Terjemahan

 

“Siapa yang mengejek-ejek/memburuk-burukkan saudaranya kerana suatu dosa, maka ia tidak akan mati kecuali mengamalkan dosa tersebut.”

 

Takhrij

 

HR. Tirmidzi no. 2505, Ibnu Hibban dalam al-Majruhin 2/212, daripada Mu’adz bin Jabal ra.

 

Hadithnya gharib dan sanadnya tidak bersambung menurut Imam Tirmidzi.

 

Dhaif menurut az-Zahabi dalam Tartib Maudhuat no.245 kerana terdapat perawi yang matruk, Muhammad bin al-Hasan bin Abi Yazid

 

Palsu menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 178

 

Palsu menurut as-Saghani dalam Maudhuat beliau no. 45

 

Palsu menurut as-Syaukani dalam Fawaid Majmuah no. 229

 

Majoriti mendhaifkan hadith ini, dan as-Suyuthi pula menghasankan hadith tersebut dalam Jamius Saghir no. 8850

No comments:

Post a Comment

Hadith amalan diangkat di hari Nisfu Syaaban

  Matan hadith   إن جبريل أتاني ليلة النصف من شعبان قال قم فصل وارفع رأسك ويديك إلى السماء قال فقلت يا جبريل ما هذه الليلة قال يا محمد ي...