Monday, 14 December 2020

Hadith tidak melagukan al-Quran bukan golongan kami

 

Matan hadith

 

لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يَتَغَنَّ بِالْقُرْآنِ"‌‌‏.‏ وَزَادَ غَيْرُهُ ‏"يَجْهَرُ بِهِ"

 

Terjemahan

 

“Bukan dari kalangan kami mereka yang tidak memperindahkan bacaan al-Quran”. Sebahagian yang lain menyebut ”menyaringkannya”.

 

Takhrij

 

HR. Bukhari no.7527, daripada Sa'ad bin Abi Waqqas ra.

 

Syarah

 

Makna yang benar untuk melagukan al-Quran adalah melantunkannya dengan suara indah, membuat orang boleh lebih khusyuk. Diistilahkan Imam as-Syafii dengan at-Tahazun (membuat sedih hati). Sebagaimana dinyatakan oleh Ibnu Hajar al-Asqalani dalam Fathul Bari, Syarah Sahih Bukhari 9/70.

 

Menurut Imam Nawawi dalam Al-Tibyan, Muhyiddin Al-Nawawi Hal. 115:-

 

Membaca quran dengan betul sepertimana nabi dan para sahabat baca.

 

Perindahkan bacaan itu adalah

a)       baca dengan meraikan tartil dan tajwid.

b)      memperelokkan suara serta memperindahkannya apabila membaca al-Quran selama mana tidak keluar daripada had bacaan sehingga memanjang-manjangkannya. Sekiranya berlebihan sehingga sampai ke tahap menambah huruf atau menyembunyikan sebahagian huruf maka perbuatan itu adalah haram.

 

Rujukan

 

al-Kahfi li al-Fatawi no. 614

No comments:

Post a Comment

Hadith amalan diangkat di hari Nisfu Syaaban

  Matan hadith   إن جبريل أتاني ليلة النصف من شعبان قال قم فصل وارفع رأسك ويديك إلى السماء قال فقلت يا جبريل ما هذه الليلة قال يا محمد ي...