Matan hadith
مَن صلّى على جِنازَةٍ
فاتَّبَعَها؛ فلَه قيراطان مِثلُ أُحُدٍ، ومن صلّى ولَم يَتبَعها؛ فلَه قيراطٌ
مِثلُ أُحُدٍ. قال ابنُ بَكرٍ: القيراطُ مِثلُ أُحُدٍ
Terjemahan
Barangsiapa menziarah jenazah Orang Muslim kerana iman dan lkhlas serta
turut solat jenazah bersama-sama dan menguruskan pengkebumiannya sampai selesai
maka orang itu pulang membawa pahala dua qirat (satu qirat kira-kira sebesar
Bukit Uhud). Dan siapa yang hanya mengikuti solat jenazah sahaja kemudian dia
pulang sebelum pengkebumian maka orang itu pulang membawa pahala satu qirat
Takhrij
HR. Bukhari no. 47, Muslim no. 945, Abu Daud no. 3168, Tirmidzi no.
1040, Nasaie no. 1997, Ibnu Majah no. 1539 dan Ahmad no. 9016, daripada Abu
Hurairah ra.
Matan hadith
مَنْ غَسَّلَ مَيِّتًا
فَكَتَمَ عَلَيْهِ غُفِرَ لَهُ أَرْبَعِيْنَ مَرَّةً, وَ مَنْ كَفَّنَ مَيِّتًا
كَسَاهُ اللهُ مِنَ السُّنْدُسِ وَ إِسْتَبْرَقِ الْجَنَّةِ وَمَنْ حَفَرَ
لَمَيِّتٍ قَبْرًا فَأَجَنَّهُ فِيْهِ أُجْرِيَ لَهُ مِنَ الأَجْرِ كَأَجْرِ
مَسْكَنٍ أَسْكَنَهُ إِلَيَ يَوْمِ الْقِيَامَةِ
Terjemahan
“Barang siapa yang memandikan jenazah dan ia menyembunyikan cacat
jenazah tersebut, nescaya dosanya diampuni sebanyak 40 kali. Barang siapa yang
mengafani jenazah (mayit), nescaya Allah akan memakaikan kepadanya kain sutera
yang halus dan tebal dari syurga. Barang siapa yang menggali kubur untuk
jenazah, dan dia memasukkannya ke dalam kuburan tersebut, maka dia akan diberi
pahala seperti pahala membuatkan rumah, yang jenazah itu ditempatkan (di
dalamnya) sampai hari kiamat.”
Takhrij
HR. Al-Hakim 1/354, 362; Al-Baihaqi, 3/395, daripada Abu Rafi’ ra.
Al-Hakim mengatakan bahawa hadith ini sahih sesuai syarat Muslim dan
lafaznya adalah dari Al-Hakim.
Syeikh Al-Albani dalam Sahih At-Targhib wa At-Tarhib, no. 3492
menyatakan bahawa hadith ini sahih).
Juga ada riwayat lainnya, dari Rafi’ bin Khadij, Rasulullah saw
bersabda,
مَنْ غَسَّلَ مَيِّتًا
فَكَتَمَ عَلَيْهِ غَفَرَ اللهُ لَهُ أَرْبَعِيْنَ كَبِيْرَةٍ, وَ مَنْ حَفَرَ
لأَخِيْهِ قَبْرًا حَتَّى يُجِنَّهُ فَكَأَنَّمَا أَسْكَنَهُ سَكَنًا حَتَّى
يُبْعَثُ
“Barang siapa yang memandikan jenazah dan dia menyembunyikan cacat
jenazah tersebut, nescaya Allah mengampuni 40 dosa besar yang ada padanya.
Barang siapa yang membuat liang kubur untuk saudaranya, sampai ia memasukkannya
ke dalam kuburan itu maka seakan-akan ia membuatkan rumah baginya sampai ia
dibangkitkan.” (HR. At-Targhib wa At-Tarhin karya Al-Mundziri 4/257.
Al-Haithami dalam Majma’ Zawaid
3/24 menyatakan bahawa perawi hadith ini sahih. Syeikh Al-Albani
menyatakan hadith ini syadz dalam Dhaif Targhib no. 2049.
No comments:
Post a Comment