Matan hadith
فاتِحَةُ الْكِتَابِ شِفَاءٌ مِنَ السَّم
Terjemahan
Al-Fatihah adalah penawar dari
racun
Takhrij
HR. ad-Dailami dalam Musnadnya
2/332, Ibn Nasir al-Damsyiqibdalam al-Fawaid 2/2262, Baihaqi dalam Syuabul Iman
daripada Abu Said al-Khudri ra.
Palsu menurut Syeikh al-Albani
dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 3997
Tapi ada hadith sahih yang lain
yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dalam sahih mereka:-
عَنْ أَبِى سَعِيدٍ الْخُدْرِىِّ أَنَّ نَاسًا مِنْ أَصْحَابِ رَسُولِ
اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- كَانُوا فى سَفَرٍ فَمَرُّوا بِحَىٍّ مِنْ أَحْيَاءِ
الْعَرَبِ فَاسْتَضَافُوهُمْ فَلَمْ يُضِيفُوهُمْ. فَقَالُوا لَهُمْ هَلْ فِيكُمْ
رَاقٍ فَإِنَّ سَيِّدَ الْحَىِّ لَدِيغٌ أَوْ مُصَابٌ. فَقَالَ رَجُلٌ مِنْهُمْ
نَعَمْ فَأَتَاهُ فَرَقَاهُ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ فَبَرَأَ الرَّجُلُ فَأُعْطِىَ
قَطِيعًا مِنْ غَنَمٍ فَأَبَى أَنْ يَقْبَلَهَا. وَقَالَ حَتَّى أَذْكُرَ ذَلِكَ
لِلنَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم-. فَأَتَى النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم-
فَذَكَرَ ذَلِكَ لَهُ. فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَاللَّهِ مَا رَقَيْتُ إِلاَّ
بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ. فَتَبَسَّمَ وَقَالَ « وَمَا أَدْرَاكَ أَنَّهَا رُقْيَةٌ
». ثُمَّ قَالَ « خُذُوا مِنْهُمْ وَاضْرِبُوا لِى بِسَهْمٍ مَعَكُمْ ».
Abu Sa‘id al-Khudri meriwayatkan
bahwa beberapa orang dari sahabat Nabi Saw melakukan perjalanan jauh. Suatu
kali mereka melewati salah satu suku Arab. Para sahabat Nabi Saw meminta untuk
dijamu, tetapi mereka tidak mau menjamu para sahabat. Lalu mereka berkata:
“Apakah ada di antara kalian yang boleh meruqyah (menjampi)? Sesungguhnya
pemimpin kami digigit oleh binatang berbisa (atau sedang mendapat musibah).”
Maka salah seorang sahabat Nabi Saw menjawab: “Ya, ada”. Lalu sahabat tersebut
mendatangi pemimpin kaum, dan membacakan ruqyah dengan al-Fatihah, sehingga
pemimpin tersebut sembuh. Oleh kerana itu, para sahabat Nabi Saw diberikan
beberapa kambing. Namun ia enggan menerimanya sampai disebutkan permasalahan
ini kepada Nabi Saw. Lalu sahabat tersebut menceritakan pengalaman mereka
kepada Nabi Saw ketika datang kepada mereka. Sahabat tersebut berkata: “Aku
tidak meruqyah kecuali dengan al-Fatihah”. Nabi Saw tersenyum, lalu bersabda:
“Apa yang membuatmu tahu bahwa itu ruqyah?”. Beliau bersabda lagi: “Ambil saja
pemberian tersebut, dan sisihkan bagiku satu bahagian.” (HR. Bukhari no. 2276
dan Muslim no. 2201).
No comments:
Post a Comment