Matan hadith
حَدَّثَنَا هَنَّادٌ حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ عَنْ إِسْمَعِيلَ بْنِ
أَبِي خَالِدٍ عَنْ قَيْسِ بْنِ أَبِي حَازِمٍ عَنْ جَرِيرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعَثَ سَرِيَّةً إِلَى
خَثْعَمٍ فَاعْتَصَمَ نَاسٌ بِالسُّجُودِ فَأَسْرَعَ فِيهِمْ الْقَتْلَ فَبَلَغَ
ذَلِكَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَمَرَ لَهُمْ بِنِصْفِ
الْعَقْلِ وَقَالَ أَنَا بَرِيءٌ مِنْ كُلِّ مُسْلِمٍ يُقِيمُ بَيْنَ أَظْهُرِ
الْمُشْرِكِينَ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَلِمَ قَالَ لَا تَرَايَا
نَارَاهُمَا
Terjemahan
Telah menceritakan kepada kami
Hannad berkata, telah menceritakan kepada kami Abu Mu'awiyah dari Isma'il bin
Abu Khalid dari Qais bin Abu Hazim dari Jarir bin Abdullah bahawa Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam mengutus ekspedisi kepada Khats'am, lalu ada
beberapa orang (Khats'am) yang bersujud. Namun pasukan ekspedisi tersebut segera
membunuh mereka. Khabar tersebut akhirnya sampai kepada Nabi shallallahu
'alaihi wasallam, lalu beliau pun memerintakan mereka untuk memberi setengah
tebusan (denda).", kemudian Beliau bersabda: "Aku berlepas diri dari
setiap muslim yang tinggal bersama orang-orang musyrik." Para sahabat
bertanya, "Wahai Rasulullah, kenapa?" beliau menjawab: "Tidak
pantas rumah mereka saling berhadapan."
Takhrij
HR. Abu Daud no. 2645, Tirmidzi
no. 1604,1605, daripada Jarir bin Abdullah ra.
Imam Tirmidzi menilai hadith ini
mursal.
Imam Bukhari menilai hadith ini
sahih mursal (marfu' tabieen) dalam Ilal al-Kabir no 264. Kerana hadith ni
sebenarnya tidak ada nama Jarir melainkan dari Qais.
Namun istilah al-Bukhari, sahih
mursal itu diperbincangkan oleh para ulama' mutaakhirin, seperti Ibn Hazm, Ibn
Hajar, al-Albani, as-Syaukani, mursal sahih dapat dijadikan hujah, tambahan
pula di sisi mereka hadith ini sahih atau hasan. Dr al-Qardhawi juga berhujah
dengan hadith ini.
Setengah orang memahami hadith
ini mengandungi larangan umum untuk umat Islam menetap di negara kafir tanpa
kecuali, juga melarang umat islam berhijrah ke negara kafir. Sedangkan ini
tidak munasabah, dan tidak tepat.
Ia perlulah diperhalusi dengan
konteks hadith, bahawasanya ia berlaku ketika perang, yakni keselamatan orang
Islam tidak dapat diberi jaminan jikalau tentera Islam datang menyerang. Maka
pada waktu itu, amatlah dilarang untuk orang Islam berhijrah dan tinggal ke
sana di negara kafir harbi dan yang bermusuh dengan Islam.
Jika melihat konteks dunia
sekarang, mana mana negara yang menjalinkan hubungan baik dalam pelbagai bidang
seperti pelancongan, pendidikan, ekonomi dll, maka ia tidaklah termasuk dalam
hadith di atas.
Dan umat Islam dituntut untuk
berhijrah jika di tempat tinggalnya sekarang membuatkan beliau hilang kebebasan
mengamalkan agama Islam sekalipun di negara Muslim. Ini juga merupakan
pandangan Ibnu Hajar dalam Fathul Bari 6/39.
Manakala menurut al-Haithami
bolehnya seorang muslim tinggal di negara musyrik jika dia selamat dan amalan
agama beliau lakukan itu tidak memberikan rasa tidak selamat kepada orang bukan
Islam di negara tersebut. (Dar Alifta Jordan no. 2870).
Contoh terbesar adalah Nabi saw
dan para sahabat berhijrah ke Habsyah sebuah negara Kristian. Ini menunjukkan
hadith di atas tidak boleh dipukul rata, dan mestilah mengikut keadaan.
Rujukan
Dar Alifta Jordan no. 2870
http://bicarathtl.blogspot.com/2012/03/20-hadith-maqlubah-edisi-bonus-21-haram.html?m=1
No comments:
Post a Comment