Tuesday, 2 February 2021

Kisah imam Ahmad dan seorang wanita miskin, perajut benang

 

 

وجاءت أخت بشر الحافي إلى أحمد بن حنبل، وقالت: إنا نغزل على سطوحنا فتمر بنا مشاعل الظاهرية، ويقع الشعاع علينا، أفيجوز لنا الغزل في شعاعها؟ (يعني: هل يجوز لنا أن نغزل في ضوء شعاع غيرنا؟) فقال أحمد: من أنت عافاك الله؟ قالت: أخت (بشر الحافي) فبكى أحمد!! وقال: من بيتكم يخرج الورع الصادق، لا تغزلي في شعاعها ( 3).

- قلت: هذه حيطة بالغة، وربما يدخل هذا في باب التنطع في الورع، ولكنه يدل على حرص شديد وورع عظيم واتقاء للشبهات، وبعد في النظر لتحري الحلال المحض، وترك كل ما يأتي عن طريق آخر، مما يشك فيه خشية الوقوع في الشبهات

 

Terjemahan (lebih kurang begini, maaf jika kurang tepat)

 

Ada seorang wanita adik kepada Bisyr al-Hafi datang bertemu dengan Imam Ahmad. “Ustadz, saya adalah seorang ibu rumah tangga yang sudah lama ditinggal mati suami. Saya ini sangat miskin, sehingga untuk menghidupi anak-anak saya, saya merajut benang di malam hari, sementara siang hari saya gunakan untuk mengurus anak-anak saya dan menyambil sebagai buruh kasar di sela waktu yang ada. Kerana saya tak mampu membeli lampu, maka pekerjaan merajut itu saya lakukan apabila sedang terang bulan.”

 

Imam Ahmad rahimahullah mendengar dengan serius penuturan ibu tadi. Perasaannya sayu mendengar ceritanya yang memprihatinkan.

 

Wanita itu melanjutkan ceritanya, “Pada suatu hari, ada rombongan pegawai negara berkemah di depan rumah saya. Mereka menyalakan lampu yang jumlahnya amat banyak sehingga sinarnya terang benderang.Tanpa sepengetahuan mereka, saya segera merajut benang dengan memanfaatkan cahaya lampu-lampu itu.

 

Tetapi setelah selesai saya sulam, saya bimbang, apakah hasilnya halal atau haram kalau saya jual? Bolehkah saya makan dari hasil penjualan itu?

 

Sebab, saya melakukan pekerjaan itu dengan diterangi lampu yang minyaknya dibeli dengan wang negara, dan tentu saja itu tidak lain adalah wang rakyat.”

 

Maka dengan penuh rasa ingin tahu, Imam Ahmad rahimahullah bertanya, “Siapa sebenarnya engkau ini?”

 

Dengan suara serak kerana penderitaannya yang melarat, wanita ini mengaku, “Saya ini adik perempuan Basyar Al-Hafi.”

 

Imam Ahmad rahimahullah makin terkejut.!

 

Dengan menghela nafas berat, Imam Ahmad rahimahullah berkata,“Pada masa kini, ketika orang-orang sibuk memupuk kekayaan dengan berbagai cara, bahkan dengan menghabisi wang negara dan menipu serta membebani rakyat yang sudah miskin, ternyata masih ada wanita terhormat seperti engkau, ibu.

 

Sungguh, sehelai rambutmu yang terurai dari sela-sela tudungmu jauh lebih mulia dibanding dengan berlapis-lapis serban yang kupakai dan berlembar-lembar jubah yang dikenakan para ulama.

 

Subhanallah, sungguh mulianya engkau, hasil rajutan itu engkau haramkan?

 

Padahal bagi kami itu tidak apa-apa, sebab yang engkau lakukan itu tidak merugikan kewangan negara…”

 

Kemudian Imam Ahmad rahimahullah melanjutkan, “Ibu, izinkan aku memberi penghormatan untukmu. Silakan engkau meminta apa saja dariku, bahkan sebagian besar hartaku, niscaya akan kuberikan kepada wanita semulia engkau…”

 

Diriwayatkan dari Abu Bakr Ash-Siddiq, dari Rasulullah, beliau bersabda:

 

لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ جَسَدٌ غُذِيَ بِحَرَامٍ

 

“Tidak akan masuk ke dalam surga jasad yang diberi makan dengan yang haram.”

 

(Sahih Lighairihi, HR. Abu Ya’la, Al-Bazzar, Ath-Thabarani dalam kitab Al-Ausath dan Al-Baihaqi, dan sebagian sanadnya hasan. Sahih Targhib 2/150 no. 1730)

 

Takhrij

 

Kisah ini saya tak jumpa asalnya sebiji tepat dengan terjemahan.

 

Kisah direkodkan oleh Al - Qushairy dalam ar-Risalah hal. 54 dan al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin 2/96.

 

Bisyir al-Hafi adalah seorang sufi di zaman Imam Ahmad (Hilyah Al Auliya, 8/352).

 

Dalam  Irsyad al-Sari 1/144 mengisahkan kisah yang sama dengan sedikit perbezaan:-

 

 

جاءت أخت بشر الحافي إلى أحمد بن حنبل ـ رحمه الله ـ وقالت:

إنا نغزل على سطوحنا بشعلة الملك، هل يجوز لنا الغزل في شعاعها، وقد وقع علينا المشاعل الظاهرية؟

 

فقال: من أنت عافاك الله؟

 

قالت: أخت بشر الحافي، فبكى أحمد، وقال: من بيتكم يخرج الورع الصادق، لا تغزلي في شعاعها."اهـ.

 

إرشاد الساري (١\١٤٤)

 

Cerita ini dikisahkan juga oleh as-Syatibi, Ibnu Jauzi dalam Hayatus Shafwah dan Syeikh al-Huwaini dalam ceramah-ceramahnya, maka menurut kajian Fatwa Syabakah Islamiyah no. 32921, kisah ini tidak nampak sebarang kedhaifannya, kerana dibawakan oleh para ilmuan hadith.

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...