Sunday, 21 February 2021

Kisah pemuda yang ditunda kematian

 

Kisah yang tular

 

Dikisahkan Nabi Daud a.s. saat itu sedang duduk dengan seorang pemuda dan mengetahui waktu ajalnya datang setelah berjumpa dengan malaikat maut.Namun hingga datang waktunya, malaikat tersebut tak kunjung mencabut nyawanya. Ternyata ada alasan dibaliknya.Nabi Daud a.s. duduk di suatu tempat. Kemudian di sampingnya, ada seorang pemuda soleh yang duduk dengan tenang tanpa banyak bicara.Tiba-tiba, datang Malaikat Maut yang mengucapkan salam kepada Nabi Daud. Anehnya, Malaikat Maut terus memandangi pemuda itu dengan serius dan tak berpaling sama sekali.

 

Nabi Daud berkata kepadanya, “Mengapa engkau memandangi dia?”

 

Malaikat Maut menjawab, “Aku diperintahkan oleh Allah SWT untuk mencabut nyawanya tujuh hari lagi di tempat ini!”

 

Nabi Daud pun merasa hiba dan kasihan kepada pemuda tersebut. Beliau pun berkata kepadanya, “Wahai Anak Muda, apakah engkau mempunyai isteri?”

 

“Tidak, saya belum pernah menikah,” jawabnya.

 

“Datanglah engkau kepada Fulan – seseorang yang sangat dihormati di kalangan Bani Israil – dan katakan kepadanya, ‘Daud menyuruhmu untuk mengawinkan anakmu denganku.’ Lalu, kau bawa perempuan itu malam ini juga. Bawalah bekal yang engkau perlukan dan tinggallah bersamanya. Setelah tujuh hari, temuilah aku di tempat ini.”

 

Pemuda itu pergi dan melaksanakan nasihat Nabi Daud kepadanya. Dia pun dinikahkan oleh orang tua si Gadis. Kemudian dia tinggal bersama isterinya selama tujuh hari.Pada hari kedelapan pernikahannya, dia menepati janjinya untuk bertemu dengan Nabi Daud.

 

“Wahai Pemuda, bagaimana engkau melihat peristiwa itu?”

 

“Seumur hidupku, aku belum pernah merasakan kenikmatan dan kebahagiaan seperti yang kualami beberapa hari ini,” jawabnya.

 

Kemudian, Nabi Daud memerintahkan pemuda itu untuk duduk di sampingnya sembari menunggu kedatangan malaikat yang hendak menjemput kematiannya.Setelah cukup lama menunggu, akhirnya Nabi Daud berkata, “Pulanglah kepada keluargamu dan kembalilah ke sini untuk menemuiku di tempat ini delapan hari setelah ini.”Pemuda itu pun pergi meninggalkan tempat itu menuju ke rumahnya. Pada hari kelapan, dia menemui kembali Nabi Daud di tempat tersebut dan duduk di sampingnya.Kemudian, kembali lagi pada minggu berikutnya, dan begitu seterusnya. Waktu berjalan terus hingga kemudian datanglah Malaikat Maut kepada Nabi Daud.

 

“Bukankah engkau pernah mengatakan kepadaku bahawa engkau akan mencabut nyawa anak pemuda ini dalam waktu tujuh hari ke depan?”

 

Malaikat itu menjawab, “Ya.

 

Nabi Daud berkata lagi, “Telah berlalu lapan hari, lapan hari lagi, lapan hari lagi, dan engkau belum juga mencabut nyawanya.”

 

“Wahai Daud, sesungguhnya Allah swt merasa hiba kepadanya lalu dia menunda ajalnya sampai tiga puluh tahun yang akan datang.”

 

Malaikat Maut menjawab bahawa dirinya memang akan mencabut nyawa anak muda tersebut, tapi Allah menahannya.“Apa sebab yang membuat Allah menahan tanganmu untuk tidak mencabut nyawa anak muda tersebut, dulu?”

 

“Wahai Ibrahim, di malam menjelang perkahwinannya, anak muda tersebut menyedekahkan separuh dari kekayaannya. Dan ini yang membuat Allah memutuskan untuk memanjangkan umur anak muda tersebut, hingga engkau masih melihatnya hidup.”

 

Takhrij

 

KIsah ini tiada asalnya. Buktinya, kisah ini terdapat banyak sangat versi, ada versi Nabi Ibrahim as, Nabi Daud as, dan Nabi Sulaiman as. Ada pula 70 tahun, ada pula 60 tahun, dan ada pula 30 tahun. Variasi yang terlalu besar ini menunjukkan bahawasanya kisah ini tidak sahih.

 

 

Kisah ini ditemukan dalam kitab ‘Uqubah ahlil Kabair hal. 68 oleh Syeikh Abu Laits al-Samarqandi.Abu Laits al-Samarqandi dikritik oleh az-Zahabi dan Ibnu Utsaimin kerana memasukkan sejumlah besar hadith palsu dalam kitabnya (Syiar ‘Alam an-Nubala 16/322; Majmu Fatawa 26/352). Ini adalah kisah yang tidak sahih (Fatwa Soaljawab Islam no. 303969).

 

Malah kisah ini dijumpai di dalam sumber kitab Syiah seperti Bihar al-Anwar 14/37, perawinya dalam sanadnya tidak dikenali.

 

دخل ملك الموت ع نبى الله داوود فنهض النبي عليه السلام . وقال : أهلا بأخي وحبيبي ملك الموت ، أجئتني قابضاً أم زائرا قال لا جئت أعلمك بأمر هذا الشاب

الذي في مجلسك بقي من عمره عشرة أيام والشاب عمره عشرين سنة يأتي

ليجالس نبي الله ؟؟؟ فاغتم نبي الله داوود ، واخذ يراقب هذا الشاب ،

ومضت الايام العشر ولم يأتيه الموت لهذا الشاب واذ بملك الموت يدخل ع نبي الله فنهض وقال : اهلا بأخي وحبيبي ملك الموت أجئتني قابضا أم زائرا

قال ملك الموت : لا جئت أعلمك بأمر هذا الشاب الذي خرج من مجلسك

قال نبي الله : بلى ياملك الموت قلت لي عشرة أيام و إلى اليوم ستة عشرة يوما !!! قال أمرني ربي أن أقبض روحه فمشيت شرقا وغرباً فلم أجد له لقمة يأكلها ولا جرعة ماء يشربها ومابقي له إلا انفاساً معدودة هو يمشي وانا أمشي بجانبة

فمر به فقيرا وقال أعطني بالله عليك .. فمد يده في جيبه وأخرج ستة دنانير وأعطاها للفقير .. فقال الفقير :أطال الله ف عمرك وجعلك رفيق داوود في الجنة

فناداه رب العزة تعال ياملك الموت لاتقبض ؟ قال ملك الموت: ربي لم يكن له لقمة يأكلها ولا جرعة ماء يشربها ومابقي له إلا انفاس معدودة ؟

قال الله : اما رأيت ماأعطى الفقير قال بلى ؟ اما سمعت دعاء الفقير

قال بلى : قال اذهب الى نبي الله وقل السلام يقرؤك السلام ويقول لك ان الله اعطاه بستة دنانير ستين عاماً ولايموت الا وله من العمر ثمانين عاما وهو رفيقك ياداوود في الجنة .

اكثرو من الصدقات فانها ترفع البلاء وتغير الاقدار اللهم اكرمنا بما تحب وترضى واجعلنا ممن نظرت اليهم بعين الرضى اللهم آمين

 

Rujukan

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 303969

 

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...