Hadith pertama
Dari Anas bin Malik
radhiallahu’anhu, beliau berkata:
أنَّ رسولَ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ لم يزَلْ يقنُتُ في
الصُّبحِ حتَّى فارقَ الدُّنيا
Sesungguhnya Rasulullah
Shallallahu’alaihi Wasallam senantiasa qunut subuh sampai beliau meninggal
dunia
Takhrij
HR. Abdurrazaq no. 4964, Ibnu Abi
Syaibah no. 7002, Ahmad 3/162, Ath-Thahawi 1/244, Daruquthni 2/39, al-Hakim
dalam Al Arba’in dan Baihaqi 2/201 dari beberapa jalan dari Abu Ja’far
Ar-Razi dari Rabi bin Anas dari Anas bin Malik secara marfu‘.
Sisi cacatnya adalah Abu Ja’far,
dia orang yang buruk hafalannya, hanya boleh digunakan untuk syawahid, namun
kalau sendirian maka hadithnya lemah.
Hadith ini dilemahkan Ibnul
Jauzi, Ibnu Taimiyah, Ibnu Turkumani, Ibnul Qayyim, Syeikh al-Albani dan
lainnya. Berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar: “hadith semacam ini tidak boleh dijadikan
hujjah (dalil)”.
Hadithnya munkar menurut Ibnu
Katsir, kerana bertentangan dengan
riwayat lain yang sahih berikut:-
Pertama: Riwayat Anas bin Malik bahawasanya
beliau berkata:
أنَّ النبي صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ كان لا يَقنطُ إلَّا إذا دَعَى
لِقومٍ ، أوْ دَعَى على قومٍ
“Sesungguhnya Rasulullah
Shallallahu’alaihi Wasallam tidak pernah qunut kecuali apabila mendoakan
kebaikan atau kehancuran suatu kaum“ (HR. Ibnu Khuzaimah no. 620, sanadnya
jayyid menurut Syeikh al-ALbani dalam Silsilah Hadith Sahih no. 639).
Kedua: Riwayat Abu Hurairah:
عن أبي هريرة قال: كان رسول الله صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ كان لا
يَقنطُ في صلاة الصبح إلَّا أن يدعو لِقومٍ ، أوْ على قومٍ
“Dari Abu Hurairah ia berkata:
Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam tidak qunut dalam shalat
Shubuh kecuali kalau mendoakan akan kebaikan atau kehancuran suatu kaum“ (HR.
Abu Hanifah dalam Musnadnya no. 106, sanadnya sahih menurut Mulla Ali Qari
dalam Syarah Musnad Abu Hanifah, sanadnya disahihkan juga oleh Ibnu hajar
al-Asqalani dalam al-Dirayah 1/195 dan Syeikh al-Arnauth dalam takhrij Siyar
‘Alam an-Nubala 6/185).
Ketiga (Qunut subuh terus menerus
adalah bidaah)
عن أبي مالك الأشجعي قال: قُلْت لِأَبِي يَا أَبَتِ إنَّكَ قَدْ صَلَّيْتَ
خَلْفَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَبِي بَكْرٍ
وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ وَعَلِيٍّ بِالْكُوفَةِ نَحْوًا مِنْ خَمْسِ سِنِينَ أَكَانُوا
يَقْنُتُونَ فِي الْفَجْرِ ؟ قَالَ : أَيْ بُنَيَّ مُحْدَثٌ
“Dari Abu Malik Al-Asyja’i ia
berkata: Saya bertanya kepada bapakku: ‘Wahai bapaku, Sesungguhnya engkau
pernah solat di belakang Rasulullah Shallallahu’alaihi Wassallam, Abu Bakar,
Umar, Utsman dan Ali bin Abi Thalib di sini di kota Kufah selama lima tahun.
Apakah mereka semua qunut?’. Maka bapanya menjawab: ‘Wahai anakku, itu adalah
perbuatan bidaah’. (HR. Ahmad no. 15879, Tirmidzi no. 402, Ibnu Majah no. 1241,
Nasaie no. 1080 dan lainnya dengan sanad sahih. Imam Tirmidzi menilai hadith
ini hasan sahih, Syeikh al-Albani, dan
Syeikh al-Wadi’ie menilai hadith ini sahih).
Sila lihat perincian dalam Zadul
Ma’ad 1/271, Silsilah Hadith Dhaif no. 1238, 5574, Irwa Ghalil no. 435, Takhrij
Azkar Nawawiyah no. 137.
Kemudian al-Hafiz al-Baihaqi
telah membawakan beberapa syawahid (penguat) bagi hadith Anas (hadith pertama),
sebagaimana yang dikatakan oleh al-Hafiz al-Baihaqi sendiri dalam kitab Sunanl
Kubra dan Imam an-Nawawi dalam kitab Majmu’ Syarah Muhazzab.
Dan riwayat-riwayatnya adalah
sebagai berikut:
Hadith kedua
قَنَتَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأ َبُوْبَكْرٍ
وَعُمَرُ وَعُثْمَان رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ (وَأَحْسَبُهُمْ قَالَ: رَابِع)
حَتَّى فَارَقَهُمْ.أخرجه الدارقطني والبيهقي وقال: لا نحتجّ بإسماعيل ولا بعمرو
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa
sallam pernah qunut, begitu juga Abu bakar, Umar, Utsman sampai meninggal
dunia.
Takhrij
HR. Daruquthni no. 1679, dan
al-Baihaqi dalam Sunan Kubra 2/201
Al-Baihaqi kemudian ia berkata:
“Kami tidak dapat berhujjah dengan Isma’il al-Makki dan ‘Amr bin Ubaid.”
Keduanya telah meriwayatkan hadith yang kedua ini dari jalan Ismail bin Muslim
al-Makki dan Ibnu Ubaid (yang keduanya telah terima hadith ini ) dari al-Hasan
al-Bashri (yang telah terima hadith ini) dari Anas (bin Malik).
Ismail al-Makki adalah perawi
yang lemah, munkarul hadith, matruk, tertuduh dusta, dan hadithnya tidak boleh
ditulis (Minazul I’tidal no. 945, Taqribut Tahdzib no. 485).
Amr bin bin Ubaid pula seorang muktazilah
dan mengajak orang kepada bidaah, dia matrukul hadith dan hadithnya tidak boleh
ditulis (Mizanul I’tidal no. 6406 dan Taqribut Tahdzib no. 5087).
Hasan al-Basri pula banyak
melakukan tadlis dan memursalkan hadith, dan dalam hadith di atas ia menggunakan
sighat “an”. (Minazul I’tidal 1/527, Taqribut Tahdzib no. 1231).
Kesemua penilaian ini menjadikan
hadith ini dhaif jiddan (sangat lemah), sehigga tidak dapat dijadikan penguat
bagi hadith Anas (Hadith 1) di atas.
Hadith ketiga
صَلَّيْتُ خَلْفَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
فَقَنَتَ، وَخَلْفَ عُمَرَ فَقَنَتَ وَخَلْفَ عُثْمَانَ فَقَنَتَ.رواه البيهقي
“Aku pernah shalat di belakang
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau qunut di belakang ‘Umar dan di
belakang ‘Utsman, mereka semuanya qunut.”
Takhrij
HR. al-Baihaqi 2/202.
Imam Ibnu Turkamani berkata
tentang hadith ini: “Kita harus lihat kepada seorang perawi Khulaid bin Da’laj,
apakah ia boleh dipakai sebagai penguat hadith atau tidak?’ Kerana Imam Ahmad
bin Hambal, Ibnu Ma’in dan Daraquthni melemahkannya. Pernah sekali Ibnu Ma’in
berkata: ‘Ia tidak ada apa-apanya (ia tidak boleh dipakai hujjah).’ Imam
an-Nasa-i berkata: ‘Ia bukan orang yang boleh dipercaya. Dan di dalam Mizaanul
I’tidal (I/663) disebutkan bahawa Imam ad-Daraquthni memasukkannya dalam
kelompok para perawi yang matruk.’”
Ada sesuatu hal yang aneh dalam
membawakan ini iaitu mengapa riwayat Khulaid dijadikan penguat pada-hal di situ
tidak ada sebutan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam qunut terus-menerus
pada shalat Subuh. Dalam riwayat itu hanya disebut qunut. Kalau soal Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wa sallam qunut banyak hadithnya yang sahih, akan tetapi
yang jadi persoalan adalah “Ada tidak hadith yang sahih yang menerangkan beliau
terus-menerus qunut Shubuh?” (Sunan Kubra 2/201-202).
Hadith Keempat
Hadith lain yang dikatakan
sebagai ‘syahid’ (penguat) ialah hadith:
مَا زَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ يَقْنُتُ فِيْ صَلاَةِ الصُّبْحِ حَتَّى مَاتَ. أخرجه الخطيب في كتاب
القنوت
“Senantiasa Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wa sallam qunut pada solat Subuh hingga beliau wafat.”
HR. al-Khathib al-Baghdadi dalam
Kitab al-Qunut.
Ibnul Jauzi telah mengkritik
al-Khathib (al-Baghdadi), mengapa ia memasukkan hadith ini di dalam kitabnya
al-Qunut padahal di dalamnya ada seorang perawi yang bernama Dinar bin
‘Abdillah. Ibnu Hibban berkata: “Dinar bin ‘Abdillah banyak meriwayatkan atsar
yang maudhu’ (palsu) dengan mengatasnamakan Anas, maka sudah sewajarnya hadith
yang ia riwayatkan tidak halal untuk disebutkan (dimuat) di dalam berbagai
kitab, kecuali bila ingin menerangkan cacatnya.” Ibnu ‘Adi berkata: “Ia (Dinar)
dhaif dzahib (sangat lemah). (Mizanul I’tidal 2/30-31).
Dari sini dapatlah kita ketahui
bersama bahawa perkataan Imam an-Nawawi bahawa hadith Anas mempunyai penguat
dari beberapa jalan yang shahih (?) yang diriwayatkan oleh al-Hakim, al-Baihaqi
dan ad-Daraquthni, adalah perkataan yang tidak benar dan sangat keliru sekali,
kerana semua jalan yang disebutkan oleh Imam an-Nawawi ada cacat dan celanya,
sebagaimana yang sudah diterangkan di atas.
Kelemahan hadith-hadith di atas
bukanlah kelemahan yang ringan yang dengannya, hadith Anas boleh terangkat
menjadi hasan lighairihi, maka tidaklah demikian. Akan tetapi kelemahan hadith-hadith
di atas adalah kelemahan yang sangat menyangkut masalah ‘adalatur rawi
(keadilan seorang perawi).
Jadi, kesimpulannya hadith-hadith
di atas sangat lemah dan tidak boleh dipakai sebagai hujjah. Al-Hafiz Ibnu
Hajar al-Asqalani berkata: “Hadith-hadith
Anas terjadi kegoncangan dan perselisihan, maka yang seperti ini tidak boleh
dijadikan hujjah. (Yakni hadith Abu Ja’far tidak boleh dijadikan hujjah) (Talkhisul
Habir ma’asy Syarhil Muhadzdzab 3/418).
Bila dilihat dari segi matannya
(isi hadits), maka matan hadits (kedua dan keempat) bertentangan dengan matan
hadith-hadith Anas yang lain dan bertentangan pula dengan hadith-hadith shahih
yang menerangkan bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam qunut pada
waktu ada nazilah (musibah).
Hadith Kelima
Riwayat dari Anas yang membantah
adanya qunut Shubuh terus-menerus:
قَالَ عَاصِمُ بْنُ سُلَيْمَانَ ِلأَنَسٍ: إِنَّ قَوْمًا يَزْعُمُوْنَ
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمْ يَزَلْ يَقْنُتُ
بِالْفَجْرِ، فَقَالَ: كَذَّبُوْا، وَإِنَّمَا قَنَتَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَهْرًا وَاحِدًا يَدْعُوْ عَلَى حَيٍّ مِنْ أَحْيَاءِ
الْعَرَبِ.
“Ashim bin Sulaiman berkata
kepada Anas, “Sesungguhnya orang-orang menyangka bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi
wa sallam senantiasa qunut dalam shalat Shubuh.” Jawab Anas bin Malik: “Mereka
dusta! Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam qunut satu bulan mendo’akan
kecelakaan atas satu qabilah dari qabilah-qabilah bangsa ‘Arab.”
Takhrij
HR. al-Khathib al-Baghdadi sebagaimana yang
dikatakan oleh al-‘Allamah Ibnul Qayyim dalam kitab Zaadul Ma’aad 1/278.
Hadith ini juga tidak sahih kerana
dalam sanadnya ada Qais bin Rabi’, ia dilemahkan oleh Ibnu Ma’in dan ulama
lainnya mengatakan ia tsiqah. Qais ini lebih tsiqah dari Abu Ja’far semestinya
orang lebih condong memakai riwayat Qais berbanding riwayat Abu Ja’far, dan
lagi pula riwayat Qais ada penguatnya dari hadith-hadih yang sah dari Anas
sendiri dan dari para Sahabat yang lainnya.
Hadith Keenam
عَنْ أَنَسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ لاَيَقْنُتُ إِلاَّ إِذَا دَعَا لِقَوْمٍ أَوْ دَعَا عَلَى قَوْمٍ. رواه
ابن خزيمة رقم (620) وغيره وإسناده صحيح
Dari Anas bahwasanya Nabi
Shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah qunut melainkan apabila beliau
mendo’akan kecelakaan bagi kaum (kafir).
Takhrij
Hadith ini telah diriwayatkan
oleh Imam Ibnu Khuzaimah dalam kitab Shahihnya no. 620
Atsar sahabat menunjukkan mereka tidak
melakukan qunut terus menerus
عَنْ أَبِيْ مِجْلَزٍ قَالَ: صَلَّيْتُ مَعَ ابْنِ
عُمَرَ صَلاَةَ الصُّبْحِ. فَلَمْ يَقْنُتْ، فَقُلْتُ لَهُ: لاَ أَرَاكَ تَقْنُتُ،
فَقَالَ: لاَ أَحْفَظُهُ عَنْ أَحَدٍ مِنْ أَصْحَابِنَا.رواه البيهقي (2/213)
بإسناد حسن.
Dari Abi Mijlaz, ia berkata: “Aku
pernah solat subuh bersama Ibnu ‘Umar, tetapi ia tidak qunut.” Lalu aku
bertanya kepadanya: ‘Aku tidak lihat engkau qunut subuh?’ Ia jawab: ‘Aku tidak
dapati seorang sahabat pun yang melakukan hal itu.’”
Takhrij
Atsar ini telah diriwayatkan oleh
Imam al-Baihaqi di dalam kitab Sunanul Kubra 2/213, dengan sanad yang hasan,
sebagaimana yang telah dikatakan oleh Syaikh Syuaib al-Arnauth dalam tahqiq
beliau atas kitab Zadul Ma’ad 1/272.
Ibnu ‘Umar seorang sahabat yang
zuhud dan wara’ yang selalu menemani Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam,
beliau (Ibnu ‘Umar) mengatakan: “Tidak satu sahabat yang melakukan qunut subuh
terus-menerus. Para sahabat yang sudah jelas mendapat pujian dari Allah tidak
melakukan qunut subuh,…
Hukum membaca qunut dalam solat
subuh, adalah perlu untuk memahami perkara-perkara di bawah:
1) Masalah ini adalah masalah
khilaf. Iaitu masalah yang berlaku perbezaan pendapat di kalangan ulama.
2) Perbezaan pendapat dalam
masalah ini berlaku di kalangan ulama-ulama besar umat Islam. Perbezaan
pendapat dalam masalah ini berlaku di antara
Imam Shafie' sendiri dan Imam Abu Hanifah dan lain-lain.
3) Perbezaan berlaku berpunca
daripada perbezaan metodologi dalam penerimaan hadith sebagai sumber hukum.
Jika para sahabat nabi yang sama-sama mendengar
hadith di hadapan Nabi saw boleh berbeza fahaman dalam kes solat Asar di
Bani Quraizah seperti hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, maka berlaku
perbezaan pendapat di kalangan imam-imam mazhab lebih mudah untuk difahami.
Apalagi wujud lebih daripada satu hadith dalam membicarakan masalah ini.
4) Hukum membaca qunut dalam
solat subuh di kalangan ulama mazhab adalah seperti berikut:
Pandangan Pertama:
Sunat membaca qunut dalam solat
subuh - ini adalah pandangan mazhab Shafie' dan Maliki.
Pandangan Kedua:
Tidak harus membaca qunut dalam
solat subuh - ini adalah pandangan mazhab Hanafi dan Hanbali.
Bagi orang awam, hukum membaca
qunut dalam solat subuh adalah mengikut
mazhab yang menjadi pegangannya. Bagi mereka yang mempelajari fiqh
perbandingan, adalah harus beramal dengan pandangan yang telah ditarjih (dipilih
sebagai pandangan yang lebih kuat) jika yang ditarjih itu bukan pandangan
mazhabnya. Di sini kita perlu menerima satu lagi hakikat bahawa dalam melakukan
tarjih, hasil tarjih boleh berbeza antara seorang ulama dengan ulama yang lain.
Sebagai contoh, mazhab makmum
menganggap sunat membaca qunut sedangkan mazhab imam menganggapnya tidak sunat.
Bagi menyelesai masalah ini, kita perlu beramal dengan kaedah yang telah di
susun oleh para ulama. Kaedahnya berbunyi seperti berikut:
العبرة بمذهب الإمام وليس بمذهب المأموم
Yang diambil kira (yang perlu
diikuti) adalah mazhab imam bukan mazhab makmum.
Daripada Abu Hurairah RA,
Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّمَا جُعِلَ الإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ، فَإِذَا كَبَّرَ فَكَبِّرُوا،
وَإِذَا رَكَعَ فَارْكَعُوا، وَإِذَا قَالَ: سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ،
فَقُولُوا: رَبَّنَا وَلَكَ الحَمْدُ، وَإِذَا سَجَدَ فَاسْجُدُوا، وَإِذَا صَلَّى
جَالِسًا فَصَلُّوا جُلُوسًا أَجْمَعُونَ
Sesungguhnya seseorang imam itu
dijadikan supaya diikuti. Oleh itu janganlah kamu melakukan perkara-perkara
yang berbeza dengannya. Apabila dia
rukuk, maka rukuklah. Apabila dia membaca 'Sami’Allahu li man Hamidah' maka
katalah 'Rabbana wa lak al-Hamd' . Apabila dia sujud, maka sujudlah. Dan
apabila dia solat duduk maka bersolat duduklah kamu semua (dalam jemaah). (HR. Bukhari
no. 734 dan Muslim no. 414).
Imam al-Nawawi menyebut dalam
syarahnya, “Pada hadith ini menunjukkan bahawa wajib makmum mengikut imam pada
takbir, pada berdiri, pada duduk, pada ruku' dan pada sujud.” (Syarah al-Nawawi
'ala Sahih Muslim,4/132).
Oleh itu setiap makmum tanpa
mengira mazhabnya perlu mengikut mazhab orang yang menjadi imam dalam solat
subuh tersebut. InsyaAllah, semua solat mereka (makmum dan imam) adalah sahih.
Ibn Kathir dalam tafsirnya
mengatakan: Pendapat-pendapat dalam kalangan manusia dalam perkara agama,
iktiqad, caraa hidup, mazhab dan pandangan akan terus berlaku. Kata Ikrimah,
“Manusia adalah berbeza dalam menerima petunjuk dan hidayah Allah,”. Kata
al-Hasan al-Basri pula,”Perbezaan juga berlaku dalam menerima rezeki, ada yang
kaya memperoleh banyak rezeki, ada yang miskin, sedikit rezekinya.” Dan
pendapat masyhur yang lebih tepat adalah pandangan yang pertama. (Tafsir
al-Quran al-‘Azim, 4/361)
Kata Ibn Qudamah: Maka mereka
yang berbeza pada perkara furu’ seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam
al-Syafi’e, solat di belakang mereka sah dan tidak makruh. Imam Ahmad
memberikan nas bahawa para sahabat dan tabi’in dan generasi selepas mereka,
terus menerus solat berimamkan sesama mereka walaupun mereka berbeza pandangan
pada perkara furu’, hal ini seolah-olah menunjukkan mereka ijma’ dalam perkara
ini. (al-Mughni, 2/141).
Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah
pernah ditanya: Adakah sah solat makmum di belakang imam yang berbeza dengan
mazhabnya?, maka beliau menjawab: Solat seseorang lelaki di belakang orang yang
berbeza mazhab dengannya sah dengan kata sepakat para sahabat, tabi’in dan
mazhab imam yang empat. (Majmu’ al-Fatawa, 23/378).
Rujukan
Fatwa Soaljawab Islam no. 112016
Irsyad al-Fatwa no. 309
https://muis.org.my/2010/04/beberapa-isu-berkaitan-hukum-membaca-qunut-dalam-solat-subuh/
No comments:
Post a Comment