Sunday, 18 April 2021

Hadith 3 golongan Allah swt tidak terima amalan fardhu dan sunat mereka

 

Matan hadith

 

ثلاثة لا يقبل الله منهم يوم القيامة صرفا ولا عدلا: عاق ومنان ومكذب بالقدر

 

Terjemahan

 

Ada 3 golongan manusia yang Allah tidak akan menerima dari mereka amalan wajib (fardhu) dan tidak pula amalan sunnat (nafilah) mereka pada Hari Qiyamat kelak, iaitu: seseorang yang derhaka kepada orangtuanya, seseorang yang mengungkit sedekahnya dan seseorang yang mendustakan taqdir.

 

Takhrij

 

HR. at-Thabrani dalam Mu'jam al-Kabir no. 7547, Ibn Abi Ashim dalm al-Sunnah no  323 dan Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq 41/218, daripada Abu Umamah al-Bahili ra.

 

Dihasankan oleh syeikh al-Albani dalam Sahih Jami' no. 3065 dan Silsilah Hadith Sahih no. 1785.

No comments:

Post a Comment

Hadith amalan diangkat di hari Nisfu Syaaban

  Matan hadith   إن جبريل أتاني ليلة النصف من شعبان قال قم فصل وارفع رأسك ويديك إلى السماء قال فقلت يا جبريل ما هذه الليلة قال يا محمد ي...