الناس معادن، خِيَارُهُمْ فِي الْجَاهِلِيّةِ خِيَارُهُمْ فِي الإِسْلاَمِ.
إِذَا فَقُهُوا
Manusia seperti logam; terpilihnya
semasa jahilliyah; terpilihnya semasa Islam; jika mereka ‘faham’ (HR. Bukhari
no. 2526, daripada Abu Hurairah ra. Sahih).
Secara ringkas menjelaskan
kualiti manusia bermacam macam ibarat pelbagai jenis logam yang ada diperut
bumi.
Ada yang boleh dilentur,
mengembang menyejuk, lembut keras dsb. Ini menunjukkan adanya perbedaan watak
manusia dan sifat akhlak serta psikologinya.
Juga menunjukkan isyarat
perbezaan manusia dalam menerima nasihat, ada orang yang menerima dengan mudah,
ada yang memerlukankesabaran, ada juga yang tidak boleh menerima.
Jika seseorang itu hebat/ bagus
semasa jahiliyah maka bagus dan hebatlah jugalah setelah dapat hidayah. Dengan
syarat mereka memahami dan mempelajari agama Allah.
Demikianlah sifat kemuliaan, pada
dasarnya tidak akan pernah berubah. Dan kemuliaan dalam Islam tidak mungkin
tercapai kecuali dengan fiqh (pemahaman) terhadap agama.
Jika mereka tidak memahami agama
meski berasal dari nasab keturunan yang mulia sekalipun, maka mereka bukanlah
manusia paling mulia di sisi Allah dan mereka bukan manusia pilihan.
(Fathul Bari, syarah hadith no.
2526)
Rujukan
No comments:
Post a Comment