Thursday, 27 May 2021

Apakah raudhah tempat mustajabnya doa?

 Secara eksplisit tidak ditemukan dengan jelas dalil dan pendapat ulama yang menerangkan hal demikian.

 

 

Yang ada cuma keutamaan tempat

 

Raudhah adalah tempat yang memiliki keutamaan sebagaimana yang Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam sabdakan:

 

مَا بَيْنَ بَيْتِي وَمِنْبَرِي رَوْضَةٌ مِنْ رِيَاضِ الجَنَّةِ

 

"Tempat yang ada diantara rumahku dan mimbarku adalah raudhah (taman) diantara taman-taman syurga. Bukhari no.1195 dan Muslim no.1390.

 

Dan ulama berbeza pendapat akan maksud taman-taman syurga itu kepada:-

 

 

Pertama, bahawa makna hadith ini sesuai tekstualnya. Ertinya, bahawa tempat ini (antara rumah dan mimbar Nabi) akan diangkat oleh Allah dan dijadikan taman syurga.

 

Kedua, Sehingga ibadah di sana akan mengantarkan seseorang itu menuju syurga.

 

Ketiga, bahwa hadith ini berbentuk majaz (kiasan), dalam erti, tempat antara rumah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan mimbar beliau disebut sebagai raudhah, kerana di zaman Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, di tempat ini wahyu disampaikan, kajian dirutinkan, iman ditumbuhkan, ibadah disemarakkan, semua sahabat khusyu dan tunduk di hadapan Allah Ta’ala.

 

Kesimpulan ini disampaikan al-Hafidz Ibnu Hajar – rahimahullah –. Dan menurut beliau, pendapat ketiga paling mendekati kebenaran. (Fathul Bari, 4/100).

 

kerana bersesuaian dengan maksud hadith:-

 

إِذَا مَرَرْتُمْ بِرِيَاضِ الْجَنَّةِ، فَارْتَعُوا “، قَالُوا: وَمَا رِيَاضُ الْجَنَّةِ؟ قَالَ: ” حِلَقُ الذِّكْرِ

 

Apabila kalian melewati taman syurga, mendekatlah. Sahabat bertanya, “Apa itu taman surga?” beliau bersabda, “Halaqah ilmu.” (HR. Tirmidzi no. 3852, Ahmad no. 12523 dan disahihkan al-Hakim).

 

Disebabkan kemulian tempat tersebut, maka sebahagian ulama mensunnahkan untuk beribadat di sana kerana pahalanya akan berlipat ganda, tetapi tidak pula menyebut tempat terkabulnya doa (Fatwa Thariqah Islamiyyah no. 26461).

 

Meski memiliki segudang keistimewaan, tanah Madinah seperti tanah yang lain tidak mampu mensucikan penghuninya, sebagaimana dikatakan oleh Salman al-Farisi Radhiyallahu anhu :

 

 إِنَّ الْأَرْضَ لَا تُقَدِّسُ أَحَدًا, وَإِنَّمَا يُقَدِّسُ الْإِنْسَانَ عَمَلُهُ

 

Sungguh tanah tidak mensucikan orang, yang mensucikannya hanyalah amalannya (HR. Malik dalam al-Muwaththa` no. 2842, munqathi').

 

Rujukan

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 115693

 

http://www.salamdakwah.com/pertanyaan/2671-apakah-benar-raudhah-adalah-tempat-yang-baik-untuk-berdoa-supaya-dikabulkan

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...