Thursday, 27 May 2021

Hadith asal usul tahiyat / tasyahhud

 

Matan hadith [1]

 

روي عن الحسن ومجاهد والضحاك : أن هذه الآية كانت في قصة المعراج ، وهكذا روي في بعض الروايات عن ابن عباس ، وقال بعضهم : جميع القرآن نزل به جبريل عليه السلام على محمد صلى الله عليه وسلم إلا هذه الآية فإن النبي صلى الله عليه وسلم هو الذي سمع ليلة المعراج . وقال بعضهم : لم يكن ذلك في قصة المعراج ؛ لأن ليلة المعراج كانت بمكة وهذه السورة كلها مدنية ، فَأَمَّا مَنْ قَالَ: إِنَّهَا كَانَتْ لَيْلَةَ الْمِعْرَاجِ قَالَ: لَمَّا صَعِدَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وبلغ في السموات فِي مَكَانٍ مُرْتَفِعٍ وَمَعَهُ جِبْرِيلُ حَتَّى جَاوَزَ سِدْرَةَ الْمُنْتَهَى فَقَالَ لَهُ جِبْرِيلُ: إِنِّي لَمْ أُجَاوِزْ هَذَا الْمَوْضِعَ وَلَمْ يُؤْمَرْ بِالْمُجَاوَزَةِ أَحَدٌ هَذَا الْمَوْضِعَ غَيْرُكَ فَجَاوَزَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى بَلَغَ الْمَوْضِعَ الَّذِي شَاءَ اللَّهُ، فَأَشَارَ إِلَيْهِ جِبْرِيلُ بِأَنْ سَلِّمْ عَلَى رَبِّكَ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: التَّحِيَّاتُ لِلَّهِ وَالصَّلَوَاتُ وَالطَّيِّبَاتُ. قَالَ اللَّهُ تَعَالَى: السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، فَأَرَادَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يَكُونَ لِأُمَّتِهِ حَظٌّ فِي السَّلَامِ فَقَالَ: السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ، فَقَالَ جِبْرِيلُ واهل السموات كُلُّهُمْ: أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أن محمدا عبده وَرَسُولُهُ

 

Terjemahan

 

Diriwayatkan dari al-Hasan, Mujahid and al-Dahhak bahawa ayat ini (surah al-Baqarah ayat 285) ada dalam kisah Mikraj, sebagaimana diriwayatkan dalam beberapa riwayat dari Ibnu Abbas. Sebahagian berkata: Keseluruhan al-Quran diturunkan melalui Jibril AS kepada Nabi Muhammad kecuali ayat ini, kerana Nabi mendengarnya sendiri pada malam Mikraj. Sebahagian berkata: Ia tidak berlaku dalam kisah Mikraj, kerana malam Mikraj berlaku ketika (era Nabi) berada di Mekah, dan surah ini keseluruhannya diturunkan di Madinah. Seterusnya, mereka  yang menyatakan ia berlaku pada malam al-Mikraj juga berkata: Ketika Nabi naik dan sampai di langit di tempat yang tertinggi, Jibril bersamanya sehingga Nabi pergi melangkaui Sidrat al-Muntaha. Jibril berkata kepadanya:  Aku tidak boleh melangkaui batasan ini, dan tiada siapa dibenarkan melangkaui batasan ini selain engkau. Maka Nabi berlalu sehingga sampai ke tempat yang dikehendaki Allah. Jibril mengisyaratkan kepada Nabi untuk memberi salam kepada Rabbnya. Lalu Nabi mengucapkan: “Segala penghormatan, selawat, dan kebaikan adalah bagi Allah”. Allah Ta’ala menjawab: “Salam sejahtera ke atas kamu wahai Nabi beserta rahmat Allah dan barakah-Nya”.  Maka Nabi menginginkan umatnya juga mendapat bahagian dalam kesejahteraan itu lalu berkata: “Salam sejahtera ke atas kami dan ke atas semua hamba Allah yang salih”. Lalu Jibril dan ahli langit kesemuanya berkata: “Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah selain Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba-Nya dan utusan-Nya”...

 

Matan hadith [2]:

 

رُوِيَ: أَنَّهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمَّا عُرِجَ بِهِ أَثْنَى عَلَى اللَّهِ تَعَالَى بِهَذِهِ الْكَلِمَاتِ فَقَالَ اللَّهُ تَعَالَى: «السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، فَقَالَ عَلَيْهِ السَّلَامُ: السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ، فَقَالَ جِبْرِيلُ: أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ»

 

Terjemahan

 

Diriwayatkan bahawasanya ketika dimikrajkan Nabi memberi penghormatan kepada Allah Ta’ala dengan kalimah ini (al-tahiyyat Allah...), Allah Ta’ala menjawab: “Salam sejahtera ke atas kamu wahai Nabi beserta rahmat Allah dan barakah-Nya”. Lalu berkata: “Salam sejahtera ke atas kami dan ke atas semua hamba Allah yang salih”. Maka Jibril berkata: “Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah selain Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba-Nya dan utusan-Nya”.

 

Takhrij

 

[1] HN.  al-Samarqandi dalam Tafsirnya 1/189,  al-Qurtubi dalam Tafsirnya 3/424-425 dll.

 

[2] HN. Ibnu Malak al-Karmani dalam Mabariq al-Azhar 1/244, Mulla Ali al-Qari dalam Mirqat al-Mafatih 2/730 dll.

 

Anwar Shah al-Kashmiri: Walaubagaimanapun, aku tidak menjumpai sanad bagi riwayat ini (al-‘Arf al-Syazi 289).

 

Abd al-Haq al-Dehlawi: al-Faqih Abu al-Lais menyebutkan dengan sanad yang tidak lengkap dalam Tanbih al-Ghafilin hal.396 (Madarij al-Nubuwwah).

 

Shahin-ur Rahman: Meskipun kisah ini telah dituliskan oleh beberapa ahli ilmu dan sering diceritakan dalam ceramah umum, namun ia tiada landasan ilmu dalam syari’ah. Ini disebabkan tiga perkara:

 

a.  Tiada sanad periwayatan untuk kisah ini, sama ada sahih mahupun daif.

b)  Hadith-hadith berkenaan Mikraj telah diriwayatkan secara sahih dengan terperinci dan tiada riwayat yang mengisahkan keadaan di atas.

c)  Asal usul tasyahhud telah diriwayatkan secara khusus sebagaimana banyak dalam riwayat-riwayat sahih.

 

Rujukan

 

(https://t.me/KoleksiKajianHadis/1611)

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...