Matan hadith
عن أبي هريرة رضي الله عنه، عن النبي صلى الله عليه وسلم، قال: " خلق
الله آدم وطوله ستون ذراعا، ثم قال: اذهب فسلم على أولئك من الملائكة، فاستمع ما
يحيونك، تحيتك وتحية ذريتك، فقال السلام عليكم، فقالوا: السلام عليك ورحمة الله ،
فزادوه: ورحمة الله، فكل من يدخل الجنة على صورة آدم، فلم يزل الخلق ينقص حتى الآن "
Terjemahan
Dari Abu Hurairah radiyaAllahu
‘anhu, dari nabi sallahu ‘alaihi wassalam, katanya, “Allah menciptakan Adam
dengan tingginya 60 hasta. Kemudian (Allah s.w.t) berkata, ‘Pergilah dan
ucaplah salam kepada kumpulan malaikat, dengarkanlah bagaimana mereka senjawab
salam kepada engkau, itulah ucapan salam bagi engkau dan zuriatmu lalu
‘alaihisalam (Adam) berkata, ‘Assalamualaikum’. Mereka menjawab,’Assalamualaika
wa rahmatullah’. Mereka menambahkan ‘warahmatullah’. Setiap yang akan memasuki
syurga adalah dalam rupa Adam, manusia sentiasa berkurangan sejak penciptaanya
sehingga sekarang’.
Takhrij
HR. Bukhari no. 3326, Muslim no.
2841.
Konteks hadith ini sebenarnya
merujuk kepada penciptaan Adam as di syurga dimana Adam as memberikan salam
kepada para malaikat dan juga konteks selepas yang merujuk kepada keadaan
mereka yang memasuki syurga.
Terdapat perbezaan ulama
berkenaan ketinggian 60 hasta ini adakah di syurga sahaja atau di dunia juga.
Imam an-Nawawi berpendapat tinggi
itu adalah juga di bumi:-
المراد أنه خُلِقَ فِي أَوَّلِ نَشْأَتِهِ عَلَى صُورَتِهِ الَّتِي كَانَ
عَلَيْهَا فِي الْأَرْضِ وَتُوُفِّيَ عَلَيْهَا وَهِيَ طُولُهُ سِتُّونَ ذِرَاعًا
وَلَمْ يَنْتَقِلْ أَطْوَارًا كَذُرِّيَّتِهِ وَكَانَتْ صُورَتُهُ فِي الْجَنَّةِ
هِيَ صُورَتُهُ فِي الْأَرْضِ لَمْ تَتَغَيَّرْ
Yang dimaksudkan bahawa
diciptakan (Adam a.s) pada awal penciptaan di bumi dan wafat padanya adalah
ketinggiannya 60 hasta, tidak berubah berperingkat-peringkat sebagaimana
zuriatnya, adapun rupa Adam di syurga maka itu jugalah rupanya di bumi tidak
berubah(Syarah Sahih Muslim 17/178).
Akan tetapi Ibnu Hajar meragui
pendapat tersebut:-
Ibnu Hajar al-Asqalani apabila
membandingkannya dengan peninggalan kaum thamud.
وَيَشْكُلُ عَلَى هَذَا مَا يُوجَدُ الْآنَ مِنْ آثَارِ الْأُمَمِ
السَّالِفَةِ كَدِيَارِ ثَمُودَ فَإِنَّ مَسَاكِنَهُمْ تَدُلُّ عَلَى أَنَّ
قَامَاتِهِمْ لَمْ تَكُنْ مُفْرِطَةَ الطُّولِ عَلَى حَسَبِ مَا يَقْتَضِيهِ
التَّرْتِيبُ السَّابِقُ وَلَا شَكَّ أَنَّ عَهْدَهُمْ قَدِيمٌ وَأَنَّ الزَّمَانَ
الَّذِي بَيْنَهُمْ وَبَيْنَ آدَمَ دُونَ الزَّمَانِ الَّذِي بَيْنَهُمْ وَبَيْنَ
أَوَّلِ هَذِهِ الْأُمَّةِ وَلَمْ يَظْهَرْ لِي إِلَى الْآنَ مَا يُزِيلُ هَذَا
الْإِشْكَالِ الْحَدِيثُ
Juga dipermasalahkan disini akan
apa didapati dari riwayat-riwayat imam salaf seperti rumah-rumah kaum Thamud,
sesungguhnya tempat-tempat tinggal mereka tidak terlalu tinggi seperti yang
disebutkan sebelumnya, tidak syak bahawa zaman mereka adalah zaman awal dan
sesungguhnya jarak zaman diantara mereka dan Adam lebih kurang dari jarak
antara zaman mereka dengan permulaan zaman umat ini. Masih belum jelas kepadaku
sehingga sekarang sesuatu penjelasan yang menghilangkan perkara yang tidak
jelas dalam memahami hadith ini (Fathul Bari, 6/367).
Manakala sebahagian yang
lainnya berpendapat ia adalah ketinggian
di syurga.
al-Qurthubi dan al-Kashmiri
berpendapat zahir hadith menunjukkan ia adalah ketinggian di syurga (al-Mufhim
lima Ashkala fi Talkhis Kitab Muslim 23/45; Faidhul Bari 6/5).
Dan ini jugalah pendapat Ibnu
Khaldun. Beliau berkata ketinggian 60 hasta itu adalah ketinggian Adam as di
syurga, apabila diturunkan ke bumi, beliau diberikan bersesuaian dengan
kehidupan di bumi.
Mufti Taqi Uthmani yang
menaqalkan dari Maulana Shah al-Kashmiri
ليس معناه أن قامات الناس لم تزل تنقص في كل قرن، بل المراد أن الجسم
الإنسان لم يزل ناقصاً بعده. ويؤخذ هذا مما قدمناه عن شيخ مشايخنا الكشميري رحمه
الله أن ستين ذراعاً إنما كانت مقدار قامة آدم عليه السلام في الجنّة، فلما نزل
عنها عاد إلى القصر، ولم يزل أبناؤه يولدون بقرب من هذه القامة إلى يومنا الآن،
وإنما يرجعون إلى أصل قامتهم حينما يعودون إلى الجنّة.
فقوله عليه السلام: "لم يزل ينقص": معناه: أنه لم يزل يولد
ناقصاً،
Ia bukanlah bermakna ketinggian
manusia terus menerus berkurangan pada setiap zaman bahkan yang dimaksudkan
tubuh manusia sentiasa berada dalam keadaan berkurangan itu selepas dari Adam.
Ini diambil dari guru kepada guru-guru kami iaitu al-Kashmiri rahimahullah
bahawa 60 hasta merujuk kepada kadar ketinggian Adam as di syurga, setelah
turun dari syurga, ia berkurangan dan keturunannya dilahirkan dalam
anggaran ketinggian itu (ketinggian yang
berkurang itu) sehingga hari ini. Sesungguhnya mereka akan dikembalikan kepada
ketinggian asal bilamana kembali ke syurga. Kata baginda, ‘Berterusan
berkurangan” maknanya ‘Sesungguhnya mereka berterusan dilahirkan dalam
kekurangan (dari ketinggian Adam). (Takmila Fathul Mulhim 6/158).
Wallahu wata’ala ‘Alam
Rujukan
Fatwa Soaljawab Islam no. 22058
https://www.abuaminaelias.com/was-adam-sixty-cubits-tall/
No comments:
Post a Comment