Kisah tersebut terdapat dalam
Tafsir Ibnu Katsir 1/82, tafsir ayat al-Baqarah ayat 35-36.
Ibnu Katsir menyatakan kisah ini
dinukilkan dari ahli kitab (ahli taurat), ahli ilmu lainnya.
Ini merupakan kisah israiliyat
(Syarah Tafsir Ibnu Katsir, Syeikh ar-Rajhi 4/29).
فيما بلغنا عن أهل الكتاب من أهل التوراة وغيرهم من أهل العلم ، عن ابن
عباس وغيره - ثم أخذ ضلعا من أضلاعه من شقه الأيسر ، ولأم مكانه لحما ، وآدم نائم
لم يهب من نومه ، حتى خلق الله من ضلعه تلك زوجته حواء ، فسواها امرأة ليسكن إليها
. فلما كشف عنه السنة وهب من نومه ، رآها إلى جنبه ، فقال - فيما يزعمون والله
أعلم - : لحمي ودمي وروحي . فسكن إليها . فلما زوجه الله ، وجعل له سكنا من نفسه ،
قال له قبلا ( يا آدم اسكن أنت وزوجك الجنة وكلا منها رغدا حيث شئتما ولا تقربا
هذه الشجرة فتكونا من الظالمين )
Muhammad ibnu Ishaq melanjutkan
kisahnya, "Setelah itu ditimpakan rasa mengantuk kepada Adam, menurut
keterangan yang sampai kepada kami dari kaum ahli kitab yang mempunyai kitab
Taurat, juga dari kalangan ahli ilmu selain mereka yang bersumber dari Ibnu
Abbas dan lain-lainnya. Kemudian Allah mengambil salah satu dari tulang rusuk
sebelah kirinya dan menampal tempatnya dengan daging, sedangkan Adam masih
tetap dalam keadaan tidur, belum terbangun. Lalu Allah menjadikan tulang
rusuknya itu isterinya —iaitu Siti Hawa berupa seorang wanita yang sempurna
agar Adam merasa tenang hidup dengannya.
Ketika tidur dicabut darinya dan
Adam terbangun, ia melihat Siti Hawa telah berada di sampingnya, lalu ia
berkata —menurut apa yang mereka dugakan, tetapi Allahlah Yang lebih mengetahui
kebenarannya—, "Oh dagingku, darahku, dan isteriku," lalu Adam merasa
tenang dan tenteram bersamanya. Setelah Allah mengahwinkannya dan menjadikan
rasa tenang dan tenteram dalam diri Adam, maka Allah berfirman kepadanya secara
langsung:
Hai Adam, diamilah oleh kamu dan
istrimu syurga ini, dan makanlah makanannya yang banyak lagi baik di mana saja
yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini yang menyebabkan kamu
termasuk orang-orang yang zalim. (Al-Baqarah: 35)
No comments:
Post a Comment