Sunday, 11 July 2021

Doa penyembuh bagi segala penyakit oleh Nabi Khidir 'alaihis salam

 

Syeikh Abdul Hadi Al-Kharsah - semoga Allah sentiasa merahmatinya - berkata:

 

"Tidaklah aku membaca doa ini kepada pesakit melainkan dia akan sembuh dengan izin Allah. Doanya:

 

أَقْسَمْتُ عَلَيْكَ أَيَّتُهَا الْعِلَّةُ بِعِزَّةِ عِزَّةِ اللَّهِ، وَعَظَمَةِ عَظَمَةِ اللَّهِ، وَبِجَلَالِ جَلَالِ اللَّهِ، وَبِقُدْرَةِ قُدْرَةِ اللَّهِ، وَبِسُلْطَانِ سُلْطَانِ اللَّهِ، وَبِلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَبِمَا جَرَى بِهِ الْقَلَمُ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ، وَبِلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ إِلَّا انْصَرَفْتَ

 

Maksudnya:

 

Aku bersumpah ke atasmu wahai penyakit dengan suatu kekuatan ianya adalah kekuatan Allah, dengan suatu keagungan ianya adalah keagungan Allah, dengan suatu kebesaran ianya adalah kebesaran Allah, dengan suatu kekuasaan ianya adalah kekuasan Allah, dengan suatu penguasaan ianya adalah penguasaan Allah, dengan kalimah "Tiada tuhan melainkan Allah", dengan ketetapan yang telah tertulis oleh Al-Qalam di sisi Allah, dengan kalimah "Tiada daya dan upaya melainkan hanya dengan Allah" melainkan engkau pergi beredarlah.

 

Doa ini disebutkan di dalam kitab Hayatul Hayawan Al-Kubra oleh Ad-Damiriy beliau menulis:

 

روى ابن بشكوال، في كتاب المستغيثين بالله عز وجل، عن عبد الله بن المبارك المجمع على دينه وعلمه وورعه، أنه قال: خرجت إلى الجهاد ومعي فرس فبينا أنا في بعض الطريق إذ صرع الفرس، فمر بي رجل حسن الوجه طيب الرائحة، فقال: أتحب أن تركب فرسك؟ قلت: نعم. فوضع يده على جبهة الفرس حتى انتهى إلى مؤخره، وقال: أقسمت عليك أيتها العلة بعزة عزة الله وبعظمة عظمة الله وبجلال جلال الله وبقدرة قدرة الله وبسلطان سلطان الله وبلا إله إلا الله وبما جرى به القلم من عند الله وبلا حول ولا قوة إلا بالله إلا انصرفت. قال: فانتفض الفرس وقام، فأخذ الرجل بركابي وقال: اركب فركبت ولحقت بأصحابي، فلما كان من غداة غد وظهرنا على العدو فإذا هو بين أيدينا، فقلت: ألست صاحبي بالأمس؟ قال: بلى. فقلت: سألتك بالله من أنت؟ فوثب قائما فاهتزت الأرض تحته خضراء، فإذا هو الخضر عليه السلام. قال ابن المبارك رضي الله تعالى عنه: فما قلت هذه الكلمات على عليل إلا شفي بإذن الله تعالى.

 

Daripada Riwayat Ibnu Basykuwal yang tetulis di dalam kitab Al-Mustaghisin Billahi 'Azza Wa Jalla. Daripada Abdullah bin Al-Mubarak yang terkenal dengan keilmuannya, agamanya dan kewarakannya.  Beliau berkata: "Aku telah pergi berjihad menunggang seekor kuda. Ketika aku dalam perjalanan, tiba-tiba kudaku berteriak dan jatuh. Setelah itu lalu di sampingku seorang lelaki yang elok rupa wajahnya dan harum baunya, lalu dia berkata kepadaku: "Adakah kamu suka dapat menunggang semula kudamu ini?" Aku menyahut: "Ya". Lantas beliau terus meletakkan tangannya di bahagian dahi kudaku sehingga ke hujung badannya dan berkata (membaca doa di atas). Parawi berkata: lantas kuda tadi terus bangkit dan berdiri. Lelaki tadi mengambil dan memegangnya dan berkata: "Tunggangilah dia". Aku pun terus menunggangnya dan dapat mengikut sahabat-sahabatku di medan jihad. Setelah waktu petang dan selepas kami dapat mengalah musuh, aku mendapati lelaki tadi ada bersama kami. Aku bertanya kepadanya: "Bukankah tuan yang bersamaku semalam?" Lelaki itu berkata: "Ya" lantas aku bertanya: "Demi Allah, siapakah gerangan tuan?" Lelaki itu terus berdiri. Serentak ketika itu juga berubah tanah yang dipijaknya kehijauan. Maka tahulah aku bahawasanya dia adalah Sadina Al-Khidr – Alaihis Salam –. Ibnu Al-Mubarak – Semoga Allah meredhainya – berkata: "Tidaklah aku mengucapkan doa ini kepada oang yang sakit melainkan dia akan sembuh dengan izin Allah Taala." 

 

Kemudian Syeikh Abdul Hadi Al-Kharsah berkata:

"Aku ijazahkan doa ini kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat."

 

Disediakan oleh:

Abul Faqeeh Muhammad Na'im

 

Takhrij

 

Kisah ini ditemukan dalam kitab Hayatul Hayawan al-Kubra 2/298, karangan Kamaluddin Muhammad al-Damiri.

 

Kisah tersebut tidak sahih, Al-Alusi membantah penisbatan cerita ini ke atas Ibn Mubarak, kisah tersebut adalah mustahil ke atas seorang ulama yang berwibawa seperti beliau.

 

Manakala kandungan serta lafaz doanya tidak ada masalah untuk di amalkan. Akan tetapi beramal dengan doa yang matsur adalah lebih aula.

 

Rujukan

 

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 194323

No comments:

Post a Comment

Hadith Keutamaan Menziarahi Orang Sakit

  Matan hadith   قَالَ -صلىّ الله عليه وسلّم-: إِذَا عَادَ الرَّجُلُ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ مَشَى فِيْ خِرَافَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَجْلِسَ...