Daripada Saidina Khalid bin
Al-Walid RA berkata:
“Telah datang seorang Arab Badawi
kepada Rasulullah SAW dan dia menyatakan tujuannya:
Wahai Rasulullah...!
Kedatanganku untuk bertanya
engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku didunia dan akhirat.”
Rasulullah berkata kepadanya:
“Tanyalah apa yang engkau
kehendaki.”
Arab Baduwi itu berkata:
Aku mahu menjadi orang alim.
Baginda menjawab:
"Takutlah kepada Allah
SWT"
Dia bertanya lagi:
“Aku mahu menjadi orang paling
kaya.”
Rasulullah menjawab:
“Jadilah orang yang yakin pada
diri.”
Bertanya lagi Arab Baduwi itu:
“Aku mahu menjadi orang yang
adil.”
Lalu dijawab oleh Rasulullah:
“Kasihanilah manusia lain seperti
engkau kasih pada diri.”
Dia bertanya:
“Aku mahu menjadi orang paling
baik.”
Baginda menjawab:
“Jadilah orang yang berguna
kepada masyarakat.”
Dia bertanya lagi:
“Aku mahu menjadi orang istimewa
di sisi Allah.”
Dan dijawab oleh Rasulullah:
“Banyakkan zikrullah.”
Arab Baduwi itu bertanya:
“Aku mahu sempurnakan imanku.”
Baginda menjawab:
“Perelokkan akhlakmu.”
Dia bertanya lagi:
“Aku mahu termasuk dalam golongan
orang yang muhsini (baik). “
Baginda menjawab:
Beribadatlah kepada Allah
seolah-olah engkau melihat-Nya dan jika engkau tidak berasa begitu,
sekurang-kurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau.”
Arab Baduwi bertanya lagi:
“Aku mahu termasuk dalam golongan
yang taat,”
Lalu dijawab baginda:
“Tunaikan segala kewajipan yang
difardukan.”
Dia bertanya lagi:
“ Aku mahu berjumpa Allah dalam
keadaan bersih daripada dosa.”
Rasulullah menjawab:
“Bersihkan dirimu daripada najis
dosa.”
Dia terus bertanya:
“Aku mahu dihimpun pada hari
kiamat di bawah cahaya.”
Baginda menjawab:
“Jangan menzalimi seseorang.”
Dia bertanya lagi:
“Aku mahu dikasihi oleh Allah
pada hari kiamat.”
Baginda berkata:
“Kasihanilah dirimu dan
kasihanilah orang lain.”
Dia bertanya:
Aku mahu dihapuskan segala
dosaku.”
Baginda menjawab:
“Banyakkan beristighfar.”
Dia berkata:
“Bagaimana pula aku mahu menjadi
semulia-mulia manusia,”
Lalu baginda menjawab:
“Jangan mengesyaki sesuatu
perkara pada orang lain.”
Dia bertanya:
“Aku mahu menjadi segagah-gagah
manusia.”
Baginda menjawab:
“ Sentiasa menyerah diri
(tawakal) kepada Allah.”
Dia bertanya lagi:
“Aku mahu dimurahkan rezeki oleh
Allah.”
Baginda menjawab:
“Sentiasa berada dalam keadaan
bersih (daripada hadas).”
Dia bertanya:
“Aku mahu termasuk dalam golongan
yang dikasihi Allah dan rasul-Nya.”
Baginda menjawab:
“Cintailah segala yang disukai
Allah dan Rasul-Nya.”
Dia bertanya:
“ Aku mahu diselamatkan daripada
kemurkaan Allah pada hari kiamat.”
Baginda menjawab:
“Jangan marah kepada orang lain.”
Dia bertanya lagi kepada Rasulullah:
“Aku mahu diterima segala
permohonanku.”
Baginda menjawab:
“Jauhilah makanan haram.”
Dia bertanya:
“ Aku mahu Allah menutupkan
segala keaibanku pada hari kiamat.”
Baginda pun menjawab:
“Tutuplah keburukan orang lain.”
Dia bertanya:
“Siapa yang terselamat daripada
dosa?”
Rasulullah menjawab:
“Orang yang sentiasa mengalir air
mata penyesalan, meraka yang tunduk pada kehendak-Nya dan mereka yang ditimpa
kesakitan.”
Dia terus bertanya:
“Apakah sebesar-besar kebaikan
disisi Allah?”
Baginda menjawab:
“Elok budi pekerti, rendah diri
dan sabar dengan ujian (bala).”
Dia bertanya lagi:
“ Apakah sebesar-besar kejahatan
di sisi Allah?”
Baginda menjawab:
“Buruk akhlak dan sedikit
ketaatan.”
Dia bertanya:
“Apakah yang meredakan kemurkaan
Allah di dunia dan akhirat?”
Baginda menjawab:
“Sedekah dalam keadaan sembunyi
(tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang.”
Dia bertanya lagi:
“Apa yang akan memadamkan api
neraka pada hari kiamat?”
Baginda menjawab:
“Sabar didunia dengan bala dan
musibah.”
Dan telah berkata Imam
Mustaghfirin: “Aku tidak pernah menemui hadis sebegini lengkap merangkumi
kesempurnaan agama dan kehidupan selain hadis ini.”
Maka tugas antum sekelian yang
seterusnya adalah berkongsi Hadis Nabi Shallallahu 'al aihi Wasallam ini dengan orang l
ain, moga ianya memberikan
manfaat kepada semua. Insyallah..amiinn.
Takhrij
Hadith ini dinukil oleh Alauddin
al Muttaqi al Hindi dalam kitab Kanzul Ummal daripada iman Sayuti. Imam Sayuti
menyatakan, beliau menjumpai tulisan ibnu al Qammah dari Abu al Abbas al
Mustaghfiri, beliau meriwayatkan hadis ini dari Abu Hamid al Misri dengan
sanadnya kepada Khalid bin al Walid seterusnya meriwayatkan hadis panjang
tersebut.
Hadith ini palsu menurut Ibn Baaz
dalam Majmu Fatawanya 26/321 dan Dr.
Rozaime. Ia tidak wujud dalam kitab-kitab hadih yang muktabar, hanya ada dalam
Kanzul Umal no. 44154 tanpa sebarang sanad.
قال الشيخ جلال الدين السيوطي رحمه الله تعالى: وجدت بخط الشيخ شمس الدين
بن القماح في مجموع له عن أبي العباس المستغفري قال: قصدت مصر أريد طلب العلم من
الإمام أبي حامد المصري والتمست منه حديث خالد بن الوليد فأمرني بصوم سنة، ثم
عاودته في ذلك فأخبرني باسناده عن مشايخه إلى خالد بن الوليد قال: جاء رجل إلى
النبي صلى الله عليه وسلم فقال: إني سائلك عما في الدنيا والآخرة، فقال له: سل عما
بدا لك ، قال: يا نبي الله! أحب أن أكون
أعلم الناس، قال: اتق الله تكن أعلم الناس ، فقال: أحب أن أكون أغنى الناس،
قال: كن قنعا تكن أغنى الناس ، قال: أحب أن أكون خير الناس، فقال: خير الناس من
ينفع الناس فكن نافعا لهم ، فقال: أحب أن أكون أعدل الناس، قال: أحب للناس ما تحب
لنفسك تكن أعدل الناس ، قال: أحب أن أكون أخص الناس إلى الله تعالى، قال: أكثر ذكر
الله تكن أخص العباد إلى الله تعالى ، قال: أحب أن أكون من المحسنين، قال: اعبد
الله كأنك تراه فإن لم تكن تراه فإنه يراك ، قال: أحب أن يكمل إيماني، قال: حسن
خلقك يكمل إيمانك ، فقال: أحب أن أكون من المطيعين، قال: أد فرائض الله تكن مطيعا،
فقال: أحب أن ألقى الله نقيا من الذنوب، قال اغتسل من الجنابة متطهرا تلقى الله
يوم القيامة وما عليك ذنب ، قال: أحب أن أحشر يوم القيامة في النور، قال: لا تظلم
أحدا تحشر يوم القيامة في النور، قال: أحب أن يرحمني ربي، قال: ارحم نفسك وارحم
خلق الله يرحمك الله، قال: أحب أن تقل ذنوبي، قال: استغفر الله تقل ذنوبك، قال:
أحب أن أكون أكرم الناس، قال: لا تشكون الله إلى الخلق تكن أكرم الناس ، فقال: أحب
أن يوسع علي في الرزق، قال:
دم على الطهارة يوسع عليك في الرزق ، قال: أحب أن أكون من أحباء الله
ورسوله، قال : أحب ما أحب الله ورسوله وأبغض ما أبغض الله ورسوله، قال: أحب أن
أكون آمنا من سخط الله، قال: لا تغضب على أحد تأمن من غضب الله وسخطه ، قال: أحب
أن تستجاب دعوتي، قال: اجتنب الحرام تستجب دعوتك، قال: أحب لا يفضحني الله على رؤس
الأشهاد، قال: احفظ فرجك كيلا تفتضح على رؤس الأشهاد ، قال: أحب أن يستر الله على
عيوبي، قال: استر عيوب إخوانك يستر الله عليك عيوبك ، قال: ما الذي يمحو عني
الخطايا، قال: الدموع والخضوع والأمراض، قال: أي حسنة أفضل عند الله، قال: حسن
الخلق والتواضع والصبر على البلية والرضاء بالقضاء ، قال: أي سيئة أعظم عند الله،
قال: سوء الخلق والشح المطاع ، قال: ما الذي يسكن غضب الرحمن؟ قال: إخفاء الصدقة
وصلة الرحم، قال: ما الذي يطفئ نار جهنم؟ قال: الصوم .
Setakat ini, itulah satunya
sumber yang menukil hadis ini - setakat pengetahuan saya (Dr. Muslim) - . Sanad
antara Abu Hamid dan Sayidina Khalid tidak diketahui perawi - perawinya. Abu
Hamid al Misri juga tidak diketahui - sepanjang pengetahuan saya - siapa kah
gerangannya.
Bahkan imam al Zahabi menyatakan
imam Abu al Abbas al Mustaghfiri dikenali telah meriwayatkan beberapa hadith
palsu. Kemungkinan hadith panjang yang tidak ditemui asalnya ini dalam kitab
hadith; adalah salah satu daripadanya.
Wallahualam.
Rujukan
Dr. Ustaz Rozaimi Ramle – Hadith
Telegram: D. Ustaz Muslim
Mustapha - MSO-D1 Hadith,25/12/2017
Fatwa Syabakah Islamiyah no. 64025
No comments:
Post a Comment