Daripada Abdullah bin Amr
radhiallahu ‘anhu beliau menegaskan:
إِنَّ أَدْنَى أَهْلِ الْجَنَّةِ مَنْزِلَةً مَنْ يَسْعَى عَلَيْهِ أَلْفُ
خَادِمٍ كُلُّ خَادِمٍ عَلَى عَمَلٍ لَيْسَ عَلَيْهِ صَاحِبُهُ
Sesungguhnya penghuni syurga yang
paling bawah adalah seseorang yang memiliki 1000 pelayan yang selalu siap
melayaninya. Setiap pelayan memiliki tugas yang berbeza antara yang satu dengan
yang lainnya". (HR. Baihaqi dan disahihkan syeikh al-Albani dalam Sahih
Targhib no. 3705).
Walaupun di ditas adalah perkataan
seorang sahabat (mauquf), tetapi kerana ini bersangkutan perkara ghaib, maka,
tak mungkin sahabat menyatakannya dari sisi ijtihad.
Maka hadith mauquf di atas tetap
dihukumkan marfu' (bersambung pada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam),
sebagaimana hal ini telah banyak dijelaskan oleh para ahli hadith.
No comments:
Post a Comment