Thursday, 29 July 2021

Hadith berkaitan pakaian dihari kiamat

 

Manusia pada asalnya di padang Mahsyar itu bertelanjang. Ini telah dijelaskan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:

 

يُحْشَرُ النَّاسُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حُفَاةً عُرَاةً غُرْلاً

 

Manusia akan dikumpulkan pada hari Kiamat dalam keadaan tidak beralas kaki, tidak berpakaian dan belum dikhitan (HR. Muslim no. 5102 dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha)

 

Dan manusia yang pertama kali diberi pakaian adalah Nabi Ibrahim ‘alaihis salam. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

 

إِنَّ أَوَّلَ مَنْ يُكْسَى يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِبْرَاهِيْمُ

 

Sesungguhnya orang pertama yang diberi pakaian pada hari Kiamat adalah Nabi Ibrahim (HR. Bukhari no. 4371).

 

Adapun pakaian yang dikenakannya ketika itu adalah pakaian yang dikenakan ketika mati. Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu mengatakan, “Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

 

اَلْمَيِّتُ يُبْعَثُ فِيْ ثِيَابِهِ الَّتِيْ يَمُوْتُ فِيْهَا

 

Mayit akan dibangkitkan dengan pakaian yang dikenakannya ketika mati (HR. Abu Daud no. 3114, al-Hakim no. 1260 dan Ibnu Hibban no. 7316. Hadith ini dinilai sahih oleh syeikh al-Albani dalam Sahih at-Targhib wat-Tarhib no. 3575)

 

عن حذيفة بن أسيد قال : قام أبو ذر فقال : يا بني غفار ، قولوا ولا تحلفوا ، فإن الصادق المصدوق حدثني أن الناس يحشرون على ثلاثة أفواج : فوج راكبين طاعمين كاسين ، وفوج يمشون ويسعون ، وفوج تسحبهم الملائكة على وجوههم وتحشرهم إلى النار . فقال قائل منهم : هذان قد عرفناهما ، فما بال الذين يمشون ويسعون ؟ قال : يلقي الله - عز وجل - الآفة على الظهر حتى لا يبقى ظهر ، حتى إن الرجل لتكون له الحديقة المعجبة ، فيعطيها بالشارف ذات القتب ، فلا يقدر عليها

 

Daripada Huzaifah Ibn Asad yang mengatakan bahawa sahabat Abu Zar R.Anhu bangkit berdiri lalu berkata: “Hai Bani Ghifar, katakanlah janganlah kalian berselisih kerana sesungguhnya orang yang benar dan dibenarkan (yakni Nabi SAW pernah bercerita kepadaku bahawa manusia dikumpulkan (kelak pada hari kiamat) menjadi tiga golongan. “Satu golongan dalam kalangan mereka berkenderaan, mendapat makanan dan diberi pakaian manakala satu golongan lagi diiring dengan berjalan kaki dan juga sambil berlari-lari dan satu golongan lain pula diseret oleh para malaikat di atas wajah mereka, lalu diiring ke neraka.” (HR. Ahmad no. 21456, an-Nasaie no. 2086, sanadnya dikuatkan oleh syeikh al-Arnauth dan hadith ini dihasankan oleh al-Hafiz Abu Thahir, manakala syeikh al-Albani mendhaifkan hadith tersebut).

 

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...