Thursday, 29 July 2021

Hadith tidak ada rasa gerun bagi ahli Lailahaillallah saat kematian, di dalam kubur mahupun hari kebangkitan

 

Matan hadith

 

لَيْسَ عَلَى أَهْلِ "لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ" وَحْشَةٌ فِي قُبُورِهِمْ وَلَا فِي مَنْشَرِهِمْ، وَكَأَنِّي بِأَهْلِ "لَا إِلَهَ إِلَّا الله" ينفضون التراب عن رؤوسهم، وَيَقُولُونَ: الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَذْهَبَ عَنَّا الْحَزَنَ

 

Terjemahan

 

Tidak ada rasa gerun bagi ahli Lailahaillallah di dalam kubur mereka dan tidak pula pada hari berbangkit. Seakan-akan aku melihat saat mereka dibangunkan dari kuburnya sedang menepiskan debu dari kepala mereka dan mereka mengucapkan, "Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan duka cita dari kami".

 

Takhrij

 

HR. Ibnu Abi Hatim dalam Tafsirnya pada ayat 34 surah Fathir, Ibnu Hibban dalam al-Majruhin 1/238, at-Thabarani dalam Mu'jam al-Awsath no. 9478, Ibnu Adi dalam al-Kamil fi Dhuafa' 2/65, daripada Ibnu Umar ra.

 

Majoriti ulama hadith mendhaifkan hadith ini kerana terdapat perawi- perawi yang dikritik dhaif seperti Abdur Rahman ibnu Zaid ibnu Aslam oleh Ibnu Hajar al-Asqalani dalam al-Kafi al-Syaf no. 236, Ibnu Hibban berkata dalam al-Majruhin 2/24 beliau pantas ditinggalkan. Az-Zailaie menilai beliau dhaif jiddan dalam Takrij al-Kasyaf 1/153.

 

Ibnu Adi menilai hadith ini tidak sahih (ghairu mahfuz).

 

al-Baihaqi mendhaifkan hadith ini dalam Syuabul Iman 1/86 kerana tafarrudnya Zaid bin Aslam dan dia juga dhaif.

 

Ibnu Asakir mendhaifkan hadith ini dalam Mu'jam al-Syuyyukh 1/136

 

al-Dimyathi dalam al-Mutjir al-Rabih no. 209, berkata sanadnya parah.

 

Syeikh al-Albani menilai hadith ini dhaif jiddan dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 3853.

 

Manakala riwayat penyokong lainnya juga tidak sahih.

 

 

Dari jalan Ibnu Abbas ra dinilai batil oleh Ibnu Hibban dan palsu oleh Abu Nuaim (Tahzibut Tahzib 9/191).

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...