Thursday, 29 July 2021

Kadang-kadang tidak semua yang utama itu dikedepankan

 

Yang afdhal tidaklah selalunya diutamakan

 

Adakalanya perkara yang afdhal (lebih utama) itu ditinggalkan kerana adanya mudharat atau adanya maslahat yang lebih besar.

 

Rasulullah mengurungkan niatnya untuk mengembalikan tapak binaan Ka'bah seperti yang dibangun oleh Nabi Ibrahim kerana mengkhawatirkan mudharat iaitu larinya manusia dari Islam:

 

يا عائشة لو لا أن قومك حديثوا عهد بجاهلية لأمرت بالبيت فهدم فأدخلت فيه ما أخرج منه وألزقته بالأرض

 

"Wahai Aisyah, andaikata bukan kerana kaummu yang baru saja meninggalkan jahiliyyah, maka akan kuperintahkan mereka merombak baitullah kemudian aku masukkan apa yang dikeluarkan darinya dan aku turunkan sejajar dengan tanah." (Muttafaqun 'alaih)

 

Rasulullah tidak mengerjakan puasa Nabi Daud yang merupakan seutama-utamanya puasa kerana tidak ingin memberatkan umatnya.

 

Rasulullah lebih sering berqurban dengan domba juga kerana tidak ingin memberatkan umatnya, tetapi ingin memberi kemudahan, dan ini kemaslahatan yang besar.

 

Kerana qurban dengan unta di samping besar biayanya dan unta juga hanya selalu ditemukan di zoo bagi sesetengah negara.

 

Begitupula dalam perkara yang di sana ada hajat atau keperluan yang lebih besar maka Rasulullah akan lebih mengedepankannya seperti larangan beliau menyimpan daging qurban pada hari banyak orang sedang mengalami kesulitan.

 

Semua ini menunjukkan agama yang dibawa oleh Rasulullah adalah ajaran yang rahmatan lil 'alamin.

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...