Thursday, 19 August 2021

Hadith palsu burung-burung berpuasa dihari Asyura?

 

Dan berkata oleh pengarang kitab iaitu al-Faqih Abdullah al-Jarhazi dalam Hasyiyah al-Jarhazi ‘ala Manhaj al-Qawim hal. 636 :

 

أَنَّ هذا اليوم يصومُهُ الطُّيورُ

 

Sesungguhnya hari ini (hari A'syura) burung-burung berpuasa

 

 

أَنَّ أَوَّلَ طائرٍ صامَهُ الصُّردُ

 

Sesungguhnya seawal-awal burung yang berpuasa hari Asyura adalah burung Shrike

 

 

و شاهدَ بعضُ الصَّالحينَ الوحشَ و الطَّيرَ واقفين عندَ ميتةٍ لَم يَطْعَموها حتَّى  غَرَبَتْ شمسُهُ و ذكرَ نحوَهُ الأَشخرُ في شرح البهجةِ.

 

Dan telah menyaksikan oleh sebahagian orang-orang soleh akan binatang buas dan burung berdiri di sisi bangkai (pada hari ‘Asyura), mereka tidak memakannya sehinggalah tenggelam matahari (masuk waktu maghrib) . Dan telah menyebut seperti kisah ini oleh al-Asykhar di dalam kitab 'Syarah al-Bahjah'.”

 

Takhrij

 

Hadith berkenaan burung beerpuasa pada hari Asyura tidak ada yang sahih, dan kesemuanya ditemukan dalam kitab pengumpulan hadith palsu oleh para imam hadith:

 

Kasyaful Khafa’ al-Ajuluni 2/555; Tanzih Syariah al-Kinani 2/156; al-Fawaid Majmuah as-Syaukani 1/97; al-Asrar Marfuah Mulla Ali al-Qari 1/415; al-La’li al-Maudhuah as-Suyuthi 2/93 dan Tazkiratul Maudhuat oleh Syeikh Fatani hal. 118 https://dorar.net/fake-hadith/179.

 

No comments:

Post a Comment

Hadith amalan diangkat di hari Nisfu Syaaban

  Matan hadith   إن جبريل أتاني ليلة النصف من شعبان قال قم فصل وارفع رأسك ويديك إلى السماء قال فقلت يا جبريل ما هذه الليلة قال يا محمد ي...