Hadith 1
Dari Suraqah bin Malik
radhiyallahu ‘anhu, beliau mengatakan,
أن النبي صلى الله عليه وسلم أمرنا أن نتكئ على اليسري وأن ننصب اليمني
Nabi shallallahu ‘alaihi wa
sallam memerintahkan kami untuk menyangkung, dengan duduk di atas tumit kaki
kiri dan menegakkan kaki kanan.
Takhrij
HR. al-Baihaqi (kitab Thaharah, 1/96), dan at-Thabarani
dalam Mu’jam al-Kabir 7/161, daripada Anas bin Malik ra.
Didhaifkan al-Hafidz Ibnu Hajar
dalam Bulughul Maram hlm. 21, juga an-Nawawi dalam al-Majmu’ Syarh Muhadzab 2/98,
kerana ada 2 perawi yang majhul. Juga didhaifkan oleh al-Bushiri dalam Ithaf
al-Khiyarah 1/277.
Hadith 2
إِذَا بَالَ أَحَدُكُمْ فَلْيَنْتُرْ ذَكَرَهُ ثَلاثَ مَرَّاتٍ
Apabila kalian kencing, hendaknya
dia gerakkan zakarnya (melurut) 3 kali.
Takhrij
HR. Ibnu Majah no. 326, Ahmad no. 19077, dari jalur
Zam’ah, dari Yazdad ra.
Berkata Abu Hatim, Yazdad bukan
sahabat, dan Zam’ah dhaif (Sunan wal Ahkam Dhiya al-Maqdisi 1/56).
Dhaif menurut Imam Nawawi dalam
al-Majmu’ 2/91.
Dhaif menurut syeikh al-Albani
dalam Dhaif Ibnu Majah no. 68, Ibn Baz, dan Ibnu Utsaimin.
Sementara untuk berdehem, tidak dijumpai
dalilnya.
Ertinya, baik duduk menyangkung,
mengurut atau melurut kemaluan, termasuk berdehem seusai kencing, sama sekali
tidak boleh ditegaskan sebagai sebahagian dari sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi
wa sallam. Kerana tidak ditemukan riwayat yang sahih bahawa itu ajaran beliau.
Syaikhul Islam pernah ditanya,
untuk orang yang selesai kencing, agar lebih bersih, apakah harus berdehem,
naik turun, bergerak, dan seterusnya, untuk memastikan kencingnya lawas keluarnya.
التنحنح بعد البول والمشي والطفر إلى فوق والصعود في السلم والتعلق في الحبل وتفتيش الذكر بإسالته وغير ذلك : كل ذلك بدعة ليس بواجب ولا مستحب عند أئمة المسلمين بل وكذلك نتر الذكر بدعة على الصحيح لم يشرع ذلك رسول الله صلى الله عليه وسلم
Berdehem setelah kencing,
bergerak, gerakan naik turun, atau menggunakan tali, mengurut zakar agar
mengalir, atau semacamnya, semua itu tidak ada ajaranya, tidak wajib, tidak
pula sunah menurut para ulama. Termasuk melurut zakar, tidak ada ajarannya menurut
pendapat yang benar, tidak pernah diajarkan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.
(Majmu’ al-Fatawa, 21/106)
No comments:
Post a Comment