Matan kisah
في زمن الامام مالك رحمه الله
ماتت امراة من نساء المدينة المنورة فجيء بها الى المغسلة كي تغسلها ولما وضع الجثمان ليغسل جاءت المغسلة تصب الماء على جسد الميتة فذكرتها بسوء وقالت كثيرا ما زنا هذا الجسد فالتصقت يد المغسلة بجسم الميتة بحيث اصبحت لا تقوى على تحريك يدها فاغلقت الباب حتى لا يراها احد وهي على هذا الحال واهل الميتة خارج الحجرة ينتظرون تكفين الجثة فقالوا لها انحضر الكفن فقالت لهم مهلا وكرروا عليها القول وهي تقول مهلا وبعد ذلك دخلت احدى انساء فرات ما رات فاخذوا راي العلماء فمنهم من قال تقطع يد المغسلة لتدفن الميتة لان دفن الميت امر واجب وقال بعضهم نقطع قطعة من جسد الميتة لنخلص المغسلة لان الحي ابقي من الميت واشتد الخلاف ووقف علماء المدينة المنورة حائرين ايقطعوا يد المغسلة ام يقطعوا قطعة من جسد الميتة
واخيرا اهتدوا الى ان يسألوا الامام مالك بن انس رحمه الله وقالوا كيف نختلف وبيننا الامام ملك وذهبوا اليه وسالوه واذا بالامام ياتي على جناح السرعة وبينه و بين المغسلة و الميتة باب سالها الامام قائلا ماذا قلت في حق الميتة اجابته رميتها بالزنا فقال الامام
تدخل بعض النسوة على المغسلة ويجلدونها ثمانين جلدة حد القذف مصداقا لقوله تعالى :
"والذين يرمون المحصنات ثم لم يأتوا باربعة شهداء فإجلدوهم ثمانين جلدة ولا تقبلوا لهم شهادة أبدا وأولائك هم الفاسقون" (النور:4)
فدخلت النسوة وجلدن المرأة المغسلة القاذفة وبعد تمام الجلدة الثمانين انفصلت يدها عن جسد الميتة.....
Terjemahan
Pada zaman Imam Malik, terdapat
seorang wanita yg buruk akhlaknya. Dia selalu tidur bersama lelaki & tidak
pernah menolak ajakan lelaki (pelacur).
Tiba pada hari kematiannya,
ketika mayatnya dimandikan oleh seorang wanita yg kerjanya memandikan mayat, tiba2
tangan si pemandi mayat itu terlekat pada batang tubuh jenazah wanita itu.
Semua penduduk & Ulama' gempar akan hal itu. Mana tidaknya, tangan si
pemandi mayat terlekat sehingga semua orang di situ mati akal untuk melepaskan
tangannya dari mayat wanita terbabit.
Terdapat berbagai cadangan &
pandangan untuk menyelesaikan masalah itu. Akhirnya ada 2 pandangan yg
dirasakan sesuai tetapi berat untuk dijalankan. Pertama, memotong tangan wanita
pemandi mayat dan yg kedua pula tanam/kebumikan kedua-duanya iaitu pemandi mayat
& jenazah itu sekaligus. Oleh kerana kedua2 cadangan tersebut masih lagi
kurang sesuai, salah seorang dari mereka memutuskan untuk meminta pendapat
daripada Imam Malik. Imam Malik bukan calang2 orang yg memberi fatwa.
Apabila Imam Malik sampai dan melihat
apa yg berlaku, Imam Malik bertanya kepada wanita pemandi mayat itu:
"Apakah kamu lakukan/berkata apa-apa kepada si mati semasa
memandikannya?" Perempuan memandikan mayat tersebut bersungguh-sungguh
menjawab bahawa dirinya tidak berbuat/tidak berkata apa-apa pun ketika
menguruskan jenazah.
Selepas diasak dengan berbagai
pertanyaan dan takut tangannya akan dipotong/ditanam sekali dengan mayat,
akhirnya wanita pemandi mayat itu berkata bahawa dia ada berkata: "Berapa
kalilah tubuh ini telah melakukan zina sambil menampar-menampar & memukul berkali2
pada batang tubuh si mati." Imam Malik membacakan firman Allah swt:
وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاءَ فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
Dan orang-orang yang menuduh
wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat
orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan
janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah
orang-orang yang fasik.(An-Nuur: 4).
Dan beliau berkata:
"Kamu telah menjatuhkan Qazaf (tuduhan
zina) pada wanita tersebut sedangkan kamu tidak mendatangkan 4 orang saksi. Dalam
situasi begini, di mana kamu nak cari saksi? Maka kamu harus dijatuhkan hukuman
hudud 80 kali sebatan kerana membuat pertuduhan zina tanpa mendatangkan 4
saksi." Semasa wanita pemandi mayat itu dikenakan hukuman, bila tiba
sebatan yang ke 80, maka dengan kuasa Allah SWT, terlepaslah tangannya dari
mayat tersebut.
Takhrij
Kisah ini disebutkan berserta
sanadnya dalam kitab Lisan al-Mizan 6/304 karya Ibnu Hajar al-Asqalani dan
al-Khutbah al-Mimbariyah 12/7-11.
Sanad kisah ini mempunyai 3
masalah.
Pertama, dalam sanadnya terdapat Ya’qub
bin Ishaq al-Asqalani. Berkata az-Zahabi, beliau adalah pendusta. (Mizan
al-I’tidal, 4/449)
Kedua, al-Musayyib bin Abdul Karim.
Beliau dituduh sebagai pendusta oleh ad-Daraquthni. (Mizan al-I’tidal,
4/116)
Ketiga, padanya Ibrahim bin Uqbah,
seorang yang majhul. (Mizan al-I’tidal, 1.49)
Berkata Ibnu Hajar al-Asqalani
sebelum menukilkan kisah ini dalam biografi Ya’qub bin Ishaq al-Asqalani, “Dan
aku telah mendapati hikayat daripadanya, seolah-olah ia daripada pemalsuannya.”
(Lizan al-Mizan, 6/304)
Ali Ibrahim Hasyisy menjelaskan
lebih lanjut kepalsuan kisah ini dalam Silsilah Ahadith al-Wahiyah wa Sahih
Hadithsak 1/92-96.
Al-Khatib Syarbini dalam Mughni
Muhtaj 1/358, mengisyaratkan kedhaifan kisah ini dengan lafaz tamridh
“dihikayatkan” pada permulaan kisah dan seluruh kisah tersebut gharib (ganjil)
Syeikh Masyhur Hasan dalam Qusas
la Tsabit 2/78-79 menilai kisah ini palsu.
Rujukan
Fatwa Syabakah Islamiyah no.
80305
https://m.facebook.com/ahadeth.daeefa.batela/posts/968594373210892
https://al-maktaba.org/book/31621/37330
No comments:
Post a Comment