Tuesday, 5 October 2021

Hadith ganjaran pelepasan azab kubur bagi jenazah yang didoakan 70 orang soleh

 

Hadith yang tular oleh seorang ustaz di media sosial

 

Seseorang yang meniggal dunia apabila mendapat doa 70 orang yang soleh semasa pengebumiannya, dijanjikan Allah akan terlepas daripada azab seksa kubur

 

Takhrij

 

Saya tak jumpa matan asal seperti teks di atas.

 

 

Akan tetapi jikalau ada pun, ia telah bercanggah dengan hadith lebih sahih, pada dua poin:-

 

 

-masih terkena himpitan kubur walupun telah didoakan 70 ribu malaikat

 

-dan yang mendoakan adalah malaikat bukan orang soleh

 

 

Hadith tersebut adalah dari Abdullah bin Umar Radhiallahu’anhu, bahawa Nabi Shallallahu’alaihi wasallam bersabda ketika Sa’ad bin Mu’adz Radhiallahu’anhu meninggal,

 

هَذَا الَّذِي تَحَرَّكَ لَهُ الْعَرْشُ وَفُتِحَتْ لَهُ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَشَهِدَهُ سَبْعُونَ أَلْفًا مِنْ الْمَلَائِكَةِ لَقَدْ ضُمَّ ضَمَّةً ثُمَّ فُرِّجَ عَنْهُ

 

Lelaki ini membuat Arsy bergoncang, dan akan dibukakan baginya pintu-pintu langit, dan ia akan dipersaksikan oleh 70 ribu Malaikat sebagai orang yang baik. Namun ia mengalami himpitan di alam kubur kemudian terlepas darinya (HR. An-Nasaie no. 2055, disahihkan oleh syeikh al-Albani dalam Sahih An-Nasaie).

 

Wallahu taala 'alam

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...