Hadith 1
مَنْ سَدَّ فُرْجَةً رَفَعَ الله بِهَا دَرَجَةً وُبُنِىَ لَهُ بَيْتاً فِي الْجَنَّةِ
Barangsiapa yang menutup
(memasuki) celah kosong diantara saf, maka Allah akan meninggikan darjatnya dan
membangunkan rumah baginya di al Jannah (HR. Ibnu Majah no. 995, Ahmad no. 24587, ad-Dailami no.
5661, at-Thabarani dalam Mu’jam Al-Ausath no. 5797, daripada Aisyah ra, Syeikh
al-Albani dalam Sahih Targhib wat At-Tarhib no. 555 berkata , sahih lighairih)
Hadith 2
أَقِيمُوا الصُّفُوفَ؛ حَاذُوا بَيْنَ الْمَنَاكِبِ وَسُدُّوا الْخَلَلَ، وَلَا تَذَرُوا فُرُجَاتِ الشَّيَاطِينِ وَمَنْ وَصَلَ صَفًّا وَصَلَهُ اللَّهُ وَمَنْ قَطَعَ صَفًّا قَطَعَهُ اللهُ
Luruskanlah saf kalian.
Sejajarkanlah pundak-pundak kalian. Tutuplah celah. Janganlah kalian membiarkan
ada celah untuk syaitan. Barangsiapa yang menyambung saf, maka Allah akan
menyambung hubungan dengannya dan barangsiapa memutus saf maka Allah akan
memutuskan hubungan dengannya (HR. Abu Daud no. 666, Ahmad no. 5724,
at-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir no. 14113, daripada Katsir bin Murrah ra,
disahihkan syeikh al-Albani dan syeikh al-Arnauth).
Hadith 3
سَوُّوا صُفُوفَكُمْ ؛ فَإنَّ تَسْوِيَةَ الصَّفِّ مِنْ تَمَامِ الصَّلاَةِ
Luruskanlah saf-saf kalian, kerana
lurusnya saf termasuk kesempurnaan solat (HR. Bukhari, no. 723 dan Muslim no.
433, daripada Anas bin Malik ra).
وَفِي رِوَايَةٍ لِلْبُخَارِي فَإنَّ تَسْوِيَةَ الصُّفُوفِ مِنْ إقَامَةِ الصَّلاَةِ
Dalam riwayat Al-Bukhari no. 723
disebutkan, “Kerana lurusnya saf termasuk mendirikan solat.”
Hadith 4
لَتُسَوُّنَّ صُفُوفَكُمْ أَوْ لَيُخَالِفَنَّ اللَّهُ بَيْنَ وُجُوهِكُمْ
Hendaknya kalian meluruskan saf
kalian atau tidak Allah akan membuat wajah kalian berselisih (HR. Bukhari no. 717 dan Muslim no. 436,
daripada An-Nu’man bin Basyir ra).
Hadith 5
اقيمو صفوفكم وتراصوا, فانيِّ اراكم من وراء ظهري
Luruskan saf kalian dan hendaknya
kalian saling menempel, kerana aku melihat kalian dari balik punggungku (HR. Al
Bukhari no. 719).
Dalam riwayat lain, terdapat
penjelasan dari perkataan dari Anas bin Malik,
كان أحدُنا يَلزَقُ مَنكِبَه بمَنكِبِ صاحبِه، وقدمَه بقدمِه
Setiap orang dari kami (para
sahabat), merapatkan bahu kami dengan bahu sebelahnya, dan merapatkan kaki kami
dengan kaki sebelahnya (HR. Bukhari no. 725).
Hadith 6
كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَمْسَحُ مَنَاكِبَنَا فِي الصَّلَاةِ، وَيَقُولُ: اسْتَوُوا، وَلَا تَخْتَلِفُوا، فَتَخْتَلِفَ قُلُوبُكُمْ
Adapun Rasulullah SAW memegang
bahu-bahu kami ketika hendak solat sambil berkata: Luruskanlah (saf kamu) dan
jangan kamu berselisih sehingga hati kamu juga turut berselisih HR. Muslim no. 432,
daripada Ibnu Mas’ud ra).
Hadith 7
خِيَارُكُمْ أَلْيَنُكُمْ مَنَاكِبِ فِي الصَّلاَةِ, وَمَا مِنْ خَطْوَةٍ أَعْظَمُ أَجْرًا مِنْ خَطْوَةٍ مَشَاهَا رَجُلٌ إِلَي فُرْجَةٍ فِي الصَّفِّ فَسَدَّهَا
Orang yang terbaik di antara
kalian adalah orang yang paling lembut bahunya dalam solat. Tak ada suatu
langkahpun yang lebih besar pahalanya dibandingkan langkah yang dilangkahkan
menuju celah dalam saf, lalu ia menutupinya (HR. At-Thabarani dalam Mu’jam
al-Awsath no. 5240, al-Bazzar no. 5922, daripada Ibnu Umar ra, sahih lighairih menurut Syeikh al-Albani dalam
Silsilah Hadith Sahih no. 2533)
Hadith 8
عَنْ أَنَسٍ أَنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ((رَاصُّوا صُفُوفَكُمْ وَقَارِبُوا بَيْنَهَا وَحَاذُوا بِالْأَعْنَاقِ فَوَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ إِنِّي لَأَرَى الشَّيَاطِينَ تَدْخُلُ مِنْ خَلَلِ الصَّفِّ كَأَنَّهَا الْحَذَفُ
Rapatkanlah saf-saf kamu,
dekatkanlah antara saf-saf, sejajarkanlah leher-leher. Demi (Allah) Yang jiwa
Muhammad di tanganNya, sesungguhnya aku melihat syaitan-syaitan masuk dari
sela-sela saf seolah-olah seekor anak kambing (HR. An-Nasaie no. 815, Abu Daud
no. 667, daripada Anas ra, dinilai sahih oleh syeikh al-Albani).
Hadith 9
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّهُ قَدِمَ الْمَدِينَةَ فَقِيلَ لَهُ مَا أَنْكَرْتَ مِنَّا مُنْذُ يَوْمِ عَهِدْتَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا أَنْكَرْتُ شَيْئًا إِلَّا أَنَّكُمْ لَا تُقِيمُونَ الصُّفُوفَ
Dari Anas bin Malik, bahawa dia
datang ke kota Madinah, lalu dia ditanya, “Apakah yang anda ingkari dari
(perbuatan) kami semenjak hari anda mengenal Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa
sallam ?”. Dia menjawab, “Aku tidak mengingkari sesuatu, kecuali keadaan kamu
yang tidak menegakkan saf (HR. Bukhari no. 724).
Hadith 10
عَنْ مَالِكِ بْنِ أَبِيْ عَامِرٍ قَالَ : سَمِعْتُ عُثْمَانَ وَهُوَ يَقُوْلُ اِسْتَوُوْا وَحَاذُوْا بَيْنَ الْمَنَاكِبِ فَإِنَّ مِنْ تَمَامِ الصَّلاَةِ إِقَامَةَ الصَّفِ قَالَ : وَكَانَ لَا يُكَبِّرُ حَتَّى يَأْتِيْهِ رِجَالٌ قَدْ وَكَّلَهُمْ بِإِقَامَةِ الصفوف.
Dari Malik bin Abi ‘Aamir, dia
berkata, “Aku mendengar ‘Utsman mengatakan, “Luruslah! Sejajarkan bahu-bahu,
sesungguhnya meluruskan saf termasuk kesempurnaan solat”. Malik bin Abi ‘Aamir
berkata, “‘Dahulu, Utsman Radhiyallahu anhu tidak (mulai) bertakbir sampai
datang orang-orang yang dia tugaskan untuk meluruskan saf”. (Mushannaf Ibnu Abi
Syaibah, 1/387).
Khilaf ulama tentang hukum
merapatkan dan meluruskan saf
Imam Muhammad Anwar Syah
Al-Kasymiri Al-Hindi (w.1353 H) –rahimahullah- :
قال الحافظ: المراد بذلك المبالغة في تعديل الصفِّ وسدِّ خلله. قلتُ: وهو مراده عند الفقهاء الأربعة
Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata :
“Yang diinginkan dengan hal itu penyangatan dalam meluruskan saf dan menutup
(mengisi) celah-celahnya (yang masih kosong).” Aku (Al-Kasymiri) berkata : DAN
INILAH (MAKNA) YANG DIINGINKAN OLEH PARA IMAM YANG EMPAT.” (Faidhul Bari ‘Ala
Shahih Al-Bukhari 2/302).
Pendapat ini (menempelkan bahu
dan kaki) yang dikuatkan oleh Syaikh Al Albani berdasarkan zahir dari
dalil-dalil. Namun sebagian ulama mengatakan maksud dari hadith-hadith ini
bukanlah menempel lahiriyah, namun maksudnya agar tidak ada celah. Sehingga
tidak harus menempel. Syaikh Ibnu Al Utsaimin mengatakan:
ولكن المراد بالتَّراصِّ أن لا يَدَعُوا فُرَجاً للشياطين ، وليس المراد بالتَّراص التَّزاحم ؛ لأن هناك فَرْقاً بين التَّراصِّ والتَّزاحم … لا يكون بينكم فُرَج تدخل منها الشياطين ؛ لأن الشياطِين يدخلون بين الصُّفوفِ كأولاد الضأن الصِّغارِ ؛ من أجل أن يُشوِّشوا على المصلين صلاتَهم
Namun yang dimaksudkan dengan
merapatkan adalah hendaknya tidak membiarkan ada celah untuk syaitan. Namun
maksudnya rapat yang sangat rapat. Kerana ada perbezaan antara at tarash
(merapatkan) dan at tazahum (rapat yang sangat rapat) … maka hendaknya tidak
membiarkan ada celah yang boleh membuat syaitan masuk. Kerana syaitan biasa
masuk ke saf-saf, berupa anak kambing yang kecil, sehingga boleh membuat solat
terganggu (Asy Syarhul Mumthi’, 7/3-13).
Dari penjelasan beliau di atas,
rapatnya saf tidak harus saling menempel namun sekedar boleh menghalangi anak
kambing kecil untuk boleh lalu.
Tatacara merapatkan dan meluruskan
saf
Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsamin
mengatakan:
المعتبر المناكب في أعلى البَدَن ، والأكعُب في أسفل البَدَن
Yang menjadi patokan meluruskan saf
adalah bahu untuk bahagian atas badan dan mata kaki untuk bahagian bawah badan
(Asy Syarhul Mumthi’, 3/7-13).
Dalam kesempatan lain, beliau
menjelaskan:
وهذا بلا شكٍّ وعيدٌ على مَن تَرَكَ التسويةَ ، ولذا ذهب بعضُ أهل العِلم إلى وجوب تسوية الصَّفِّ . واستدلُّوا لذلك : بأمْرِ النبي صلى الله عليه وسلم به ، وتوعُّدِه على مخالفته ، وشيء يأتي الأمرُ به ، ويُتوعَّد على مخالفته لا يمكن أن يُقال : إنه سُنَّة فقط . ولهذا كان القولُ الرَّاجحُ في هذه المسألة : وجوب تسوية الصَّفِّ ، وأنَّ الجماعة إذا لم يسوُّوا الصَّفَّ فهم آثمون ، وهذا هو ظاهر كلام شيخ الإِسلام ابن تيمية
Ini tidak diragukan lagi
merupakan ancaman keras bagi orang yang tidak meluruskan saf. Oleh kerana itu
sebagian ulama mengatakan bahawa meluruskan saf hukumnya wajib. Mereka berdalil
dengan perintah Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam dalam hadith ini. Dan beliau
mengancam orang yang menyelisihi perintah ini. Maka perkara yang diperintahkan
dan diancam pelakunya ketika meninggalkannya, ini tidak mungkin dikatakan
hukumnya sunnah saja. Oleh kerana itu pendapat yang rajih dalam masalah ini
adalah bahawa meluruskan saf hukumnya wajib. Dan jamaah yang tidak meluruskan saf
mereka berdosa. Ini adalah pendapat yang dikuatkan oleh Syaikhul Islam Ibnu
Taimiyah” (Syarhul Mumthi’, 3/6).
Imam Al Karmani mengatakan:
الصواب أن يقول فلتكن التسوية واجبة بمقتضى الأمر ولكنها ليست من واجبات الصلاة بحيث أنه إذا تركها فسدت صلاته
Yang benar adalah yang mengatakan
bahawa meluruskan saf adalah wajib sebagai konsekuensi dari perintah yang ada,
tetapi itu bukan termasuk kewajipan-kewajipan solat yang jika ditinggalkan akan
merosak solat (‘Umdatul Qari, 8/455)
Syekh al-Azhim Abadi dalam ‘Aunul
Ma‘bud 2/256 menjelaskan, Imam Ibnu Batthal menganggap bahawa merapatkan saf
itu bahagian dari sunnah, bukan suatu kewajiban. Ia beralasan bahawa merapatkan
saf itu bentuk dari kesempurnaan solat, bukan bahagian dari syarat sah solat.
Menurut Dr. Syauqi Ibrahim Allam,
salah satu ulama anggota Lembaga Fatwa Mesir (Darul Ifta al-Mishriyyah),
menyatakan bahawa majoriti ulama merapatkan barisan saat solat jamaah itu
sunnah. Hanya sebagian ulama yang mewajibkan merapatkan barisan saat solat.
Di sisi lain, Ibnu Hazm, Imam
Bukhari, Ibnu Taimiyah dan Asy-Syaukani berpendapat hukum meluruskan saf dalam
salat itu hukumnya wajib.
Namun, Imam Ibnu Hajar
menanggapinya dengan mengatakan:
وأفرط ابن حزم فجزم بالبطلان
Ibnu Hazm telah melampui batas
ketika menegaskan batalnya (solat) (Fathul Bari 2/210. Darul Fikr)
Berdasarkan hujah dan dalil yang
disertakan, didapati bahawa Ilzaq (إلزاق) merupakan Sunnah yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW dalam
mendirikan saf. Iaitu dengan cara merapatkan kaki dan bahu serta meluruskan
barisan. Namun ia perlu dilakukan secara berhemah agar ia tidak menyakiti
jemaah yang berada di bersebelahan. Kepentingannya adalah merapatkan saf kerana
Ibnu Hajar menyatakan bahawa mereka yang memutuskan saf adalah tergolong mereka
yang berdosa besar.
Inilah pendapat Abu Hanifah,
Syafi’I, dan Malik (‘Umdatul Qari, 8/455). Bahkan Imam An Nawawi mengklaim para
ulama telah ijma’ atas kesunahannya. Berikut perkataannya:
وَقَدْ أَجْمَعَ الْعُلَمَاء عَلَى اِسْتِحْبَاب تَعْدِيل الصُّفُوف وَالتَّرَاصّ فِيهَا
Ulama telah ijmak atas sunnahnya meluruskan saf dan merapatkan
saf (Al-Minhaj Syarah Sahih Muslim 2/384).
Apa yang dikatakan Imam An Nawawi
ini, didukung oleh Imam Ibnu Baththal dengan perkataannya:
تسوية الصفوف من سنة الصلاة عند العلماء
Meluruskan Saf merupakan sunnahnya
solat menurut para ulama (Ibnu Baththal, Syarah Shahih Bukhari 2/344. Dar Ar
Rusyd).
Hal ini dikutip oleh Imam Al
‘Aini, dari Ibnu Baththal, sebagai berikut:
لأن حسن الشيء زيادة على تمامه وأورد عليه رواية من تمام الصلاة
Kerana, sesungguhnya membaguskan
sesuatu hanyalah tambahan atas kesempurnaannya, dan hal itu telah ditegaskan
dalam riwayat tentang kesempurnaan solat (‘Umdatul Qari, 8/462).
Riwayat yang dimaksudkan adalah:
أقيموا الصف في الصلاة. فإن إقامة الصف من حسن الصلاة
Aqimush Saf (tegakkan/luruskan
saf) kerana tegaknya saf merupakan di antara pembagusnya solat (HR. Bukhari No.
689. Muslim No. 435)
Imam An Nawawi mengatakan, maksud
aqimush saf adalah meluruskan menyeimbangkan, dan merapatkan saf. (Al-Minhaj
Syarah Sahih Muslim, 2/177. Maktabah Misykah)
Berkata Al-Qadhi ‘Iyadh tentang
hadith ini:
دليل على أن تعديل الصفوف غير واجب ، وأنه سنة مستحبة .
Hadith ini adalah dalil bahawa
meluruskan saf tidak wajib, dia adalah sunnah yang disukai (Al Qadhi ‘Iyadh,
Ikmal Al-Mu’allim Syarah Sahih Muslim 2/193. Maktabah Misykah)
Demikianlah perselisihan para
imam kaum muslimin tentang hukum meluruskan dan merapatkan saf dalam solat.
Yang pasti, merapatkan dan
meluruskan saf adalah budaya solat pada zaman terbaik Islam. Sehinggakan Umar
ra memukul kaki Abu Utsman Al Hindi untuk merapatkan saf. Begitu pula Bilal bin
Rabbah telah memukul bahu para sahabat yang tidak rapat. Ini diceritakan oleh
Al Hafiz Ibnu Hajar (Fathul Bari, 2/210), dan Imam Al ‘Aini (‘Umdatul Qari,
8/463. Maktabah Misykah).
Merapatkan saf ketika wabak
Dalam kaedah fiqh disebutkan:
الأصل في الأمر الوجوب إلا إذا دلت قرينة على غيره
Hukum asal dari perintah adalah
wajib, kecuali jika adanya petunjuk yang mengalihkannya kepada selain wajib
(Imam Al ‘Aini, ‘Umdah Al Qari, 8/463. Maktabah Misykah)
Rujukan
https://muslim.or.id/52382-merapatkan-dan-meluruskan-saf-solat-jamaah.html
Irsyad al-Hadith no. 353
Al-Kafi li al-Fatawi no. 1208
No comments:
Post a Comment