Sanad dan matan hadith
حدثنا بقية بن الوليد عن صفوان عن بعض المشيخة عن أبي هريرة رضي الله عنه
قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم وذكر الهند فقال ليغزون الهند لكم جيش يفتح
الله عليهم حتى يأتوا بملوكهم مغللين بالسلاسل يغفر الله ذنوبهم فينصرفون حين
ينصرفون فيجدون ابن مريم بالشام
Terjemahan
India akan diperangi oleh satu pasukan
tentera yang akan dibuka di tangannya negara tersebut. Sehingga mereka berjaya
menangkap raja-raja mereka dengan belenggu rantai. Allah mengampunkan dosa-dosa
mereka. Selepas itu pasukan ini meninggalkan mereka, ketika meninggalkan itu,
pasukan tersebut mendapat Nabi Isa bin Maryam sudah berada di Syam
Takhrij
HR. Nua'im bin Hammad dalam Kitab
Fitan hal. 252, daripada Abu Hurairah ra.
Dhaif kerana sanadnya terputus
antara Safwan dan Abu Hurairah.
dan Kitab al-Fitan karangan
beliau adalah sebuah kitab yang bermasalah
An-Nasaie menyebutnya: “Dia
seorang yang dhaif” (al-Dhu’afa wa Al-Matrukin 1/101 no.589).
Abu Daud berkata: “Nu’aim bin
Hammad meriwayatkan dari Nabi dua puluh hadith yang tidak mempunyai dasar
sanad).
Al-Azdi mengatakan: “Dia termasuk
orang yang memalsukan hadith dalam membela As-Sunnah, dan membuat kisah-kisah
palsu tentang keburukan An-Nu’man (Abu Hanifah), yang semuanya dusta” (Mizan
Al-I’tidal 4/267).
Imam Az-Zahabi berkata: “Tidak
boleh bagi siapa pun berhujjah dengannya, dan ia telah menyusun kitab Al-Fitan,
dan menyebutkan di dalamnya keanehan-keanehan dan kemungkaran-kemungkaran”
(As-Siyar A’lam An-Nubala 10/609).
Hadith-hadith lain yang
berkaitan:-
عن أبي هريرة قال وعدنا رسول الله صلى الله عليه وسلم غزوة الهند فإن أدركتها
أنفق فيها نفسي ومالي وإن قتلت كنت أفضل الشهداء وإن رجعت فأنا أبو هريرة المحرر
Diriwayatkan bahawa Abu Hurairah
mengatakan: "Utusan Allah berjanji bahawa kita akan menyerang India. Jika
aku hidup (cukup lama) untuk melihatnya, maka aku akan mengorbankan diriku dan
kekayaanku. Jika aku terbunuh, maka aku termasuk ke dalam golongan syahid, dan
jika aku selamat, maka aku akan menjadi Abu Hurairah Al-Muharrar ((yang
terbebas dari Api Neraka)." (HR. an-Nasaie no. 3174, sahih).
عن ثوبان, مولى رسول الله صلى الله
عليه وسلم , قال: قال رسول الله صلى الله
عليه وسلم : عصابتان من أمتي, أحرزهما الله من النار: عصابة تغزو الهند, وعصابة
تكون مع عيسى ابن مريم عليهما السلام
Diriwayatkan bahawa Thawban,
budak yang dibebaskan dari Rasulullah , berkata: "Nabi Muhammad SAW
bersabda: 'Ada dua golongan dari umatku yang Allah akan bebas dari api: iaitu
golongan yang akan menyerang India, dan golongan yang akan bersama Isa bin
Maryam, AS." (HR. an-Nasaie no. 3175,
Ahmad no. 22759, hasan)
No comments:
Post a Comment