Matan hadith
طُوبَى لِلْمُخْلِصِينَ , أُولَئِكَ مَصَابِيحُ الْهُدَى تَنْجَلِي
عَنْهُمْ كُلُّ فِتْنَةٍ ظَلْمَاءُ
Terjemahan
Syurga bagi orang-orang
yangg ikhlas. Mereka itu adalah lampu hidayah, dan dari merekaa tersingkir
setiap fitnah kegelapan
Takhrij
HR. Abu Nua’im dalam
Hilyatul Auliya’ 1/15 no. 26, daripada Tsauban ra.
Al-Dimyathi dalam
al-Matjir al-Rabih no. 343 berkata sanad hadith ini saqim (parah).
Al-Mundziri dalam
al-Targhib wa al-Tarhib 1/39 berkata tidak mungkin untu dihasankan.
Hadith dhaif menurut
pentahqiq Hilyatul Auliya, dalam sanadnya terdapat Amr bin Jabir As-Sinjari
yang statusnya dhaif.
Hadith palsu menurut
Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 2225.
Matan hadith
عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ قَالَ لِرَسُولِ
اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ بَعَثَهُ إِلَى الْيَمَنِ: يَا
رَسُولَ اللَّهِ أَوْصِنِي، قَالَ: أَخْلِصْ دِينَكَ يَكْفِكَ الْعَمَلُ
الْقَلِيلُ
Terjemahan
dari Muadz bin Jabal ra, baHawa
dia berkata kepada Rasulullah saw, ketika beliau mengutusnya ke Yaman, Wahai
Rasulullah, berilah nasihat kepadaku, Beliau bersabda, Ikhlaskanlah agamamu, nescaya
amal yang sedikit pun cukup bagimu
Takhrij
HR. Abu Nua’im dalam Hilyatul
Auliya’ 1/244, al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 6859, al-Hakim dalam
Mustadraknya no. 7844, daripada Muadz bin Jabal ra.
Al-Hakim menilai sanad
hadith ini sahih, tetapi dibantah oleh az-Zahabi dalam al-Talkhish, beliau
berkata hadith ini tidaklah sahih.
As-Suyuthi menilai
hadith ini sahih dalam Jamius Saghir no. 297.
Syeikh al-Albani
menilai hadith ini dhaif dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 2160.
Syeikh al-Arnauth
juga mendhaifkan hadith ini dalam Takhrij Minhajul Qashidin no. 364.
Matan hadith
إِنَّمَا يَنْصُرُ اللَّهُ هَذِهِ الْأُمَّةَ بِضَعِيفِهَا بِدَعْوَتِهِمْ
وَصَلَاتِهِمْ وَإِخْلَاصِهِمْ
Terjemahan
Sesungguhnya Allah
menolong umat ini dengan orang lemahnya, dengan doa mereka, solat mereka, dan
keikhlasan mereka
Takhrij
HR. Bukhari no. 2896,
an-Nasaie no. 3178, Ahmad no. 1493, daripada Sa’ad bin Abi Waqqas ra.
Sahih menurut Syeikh
al-Albani, al-Arnauth dan al-Hafiz Abu Thahir
Rujukan
No comments:
Post a Comment