1.
Daripada Anas bin Malik RA,
bahawa Nabi SAW:
حَمْلُ العَصَا عَلَامَةُ المُؤْمِنِ وَسُنَّةُ الأَنْبِيَاءِ
Membawa tongkat adalah tanda
seorang itu mukmin dan sunnah para anbiya’ (nabi-nabi) (HR. ad-Dailami
dalamMusnad Firdaus no. 2750).
Dhaif menurut Muhammad Jarullah
al-Sa’adi dalam al-Nuwafih al-I’thrah no. 127.
Palsu menurut Syeikh al-Albani
dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 535
Dalam sanadnya terdapat perawi
yang pendusta bernama Yahya bin Hashim al-Ghasani (al-Tanwir Syarah Jamius
Saghir as-San’ani 5/382).
2.
Daripada Abdullah bin Abbas RA,
beliau berkata:
التوكؤُ على العصا من أخلاقِ الأنبياءِ قال وكان لرسولِ اللهِ
صلى اللهُ عليهِ وسلَّمَ عصا يتوكأُ عليها ويأمرُ بالتوكؤِ عليها
Berpegang pada tongkat adalah
daripada akhlak nabi-nabi dan Rasulullah SAW mempunyai tongkat yang mana
Baginda SAW berpegang padanya dan juga Baginda SAW memerintahkan agar berpegang
pada tongkat (HR. Abu Syaikh al-Ashabani dalam Akhlak Nabi no. 764, al-Baghawi
dalam al-Anwar fi Syamail NAbi no. 873, Ibnu Adi dalam al-Kamil fi Dhuafa’
8/101)
Paslu menurut Ibnu Adi.
Terdapat pendusta, pemalsu hadith
dalam sanadnya iaitu Ma’la bin Hilal, dia juga matruk (Majma Zawaid 4/254;
Mizanul I’tidal 4/153)
3.
Syeikh Mula Ali Qari menyebut dua
buah hadith mengenai tongkat di dalam karyanya berkaitan hadith-hadith palsu
iaitu al-Asrar al-Marfu’ah fi al-Akhbar al-Maudhu’ah yang dikenali juga sebagai
al-Maudhu’at al-Kubra:
a.
التَّوَكُؤُ عَلَى العَصَا مِنْ سُنَّةِ الأَنْبِيَاءِ
Berpegang pada tongkat adalah
daripada sunnah nabi-nabi (al-Asrar al-Marfu’ah hal. 179)
Beliau dan al-Qawaqaji (dalam
al-Lu’ Lu’ wal Marsu’ no. 67) berkata:
Perkataan ini benar tetapi “tiada
baginya asal yang sarih (jelas)”. Selain itu juga, hal ini juga dilakukan oleh
Nabi SAW pada sebahagian waktu. Maksud perkataan ini benar adalah berdasarkan
firman Allah SWT:
وَمَا تِلْكَ بِيَمِينِكَ يَا مُوسَىٰ ﴿١٧﴾ قَالَ هِيَ عَصَايَ
أَتَوَكَّأُ عَلَيْهَا وَأَهُشُّ بِهَا عَلَىٰ غَنَمِي وَلِيَ فِيهَا مَآرِبُ أُخْرَىٰ
﴿١٨
Dan apa (bendanya) yang di tangan
kananmu itu wahai Musa? (17) Nabi Musa menjawab: "Ini ialah tongkatku; aku
bertekan atasnya semasa, berjalan, dan aku memukul dengannya daun-daun kayu
supaya gugur kepada kambing-kambingku, dan ada lagi lain-lain keperluanku pada
tongkat itu (18)”. [QS. Taha:17 dan 18]
b.
مَنْ بَلَغَ الأَرْبَعِيْنَ وَلَمْ يُمْسِكِ العَصَا فقدْ
عَصَى
Barangsiapa yang sampai (umurnya)
kepada empat puluh dan dia tidak menggunakan tongkat, sesungguhnya dia telah melakukan
dosa (al-Asrar al-Marfu’ah hal. 179)
Beliau berkata:
Tiada asal baginya
4.
Daripada Abu Umamah, beliau
berkata:
خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ مُتَوَكِّئًا عَلَى عَصًا
Rasulullah SAW telah keluar
menemui kami dalam keadaan berpegang pada tongkat (HR. Abu Daud no. 4553)
Imam Ibn Hibban menyatakan pada
sanad ini terdapat Abu Marzuq yang mana riwayatnya tidak boleh dijadikan hujjah
apabila dia bersendiri (al-Majruhin 3/159).
Dhaif menurut Syeikh al-Albani
dalam Dhaif Abu Daud no. 5230.
Sanadnya turut didhaifkan oleh
Syeikh al-Arnauth dalam takhrijnya Sunan Abu Daud
Ibn Hajar al-Haithami dalam
al-Zawajir 2/282 mengatakan sanadnya hasan (baik).
5.
Bawa tongkat ketika bermusafir
(tongkat kayu Luz)
قال أمير المؤمنين عليه السلام: " قال رسول الله صلى
الله عليه وآله: من خرج في سفر ومعه عصا لوزمر
وتلا هذه الآية: " ولما توجه تلقاء مدين قال عسى ربي أن يهديني سواء السبيل
- إلى قول الله عز وجل - والله على ما نقول وكيل " آمنه الله عز وجل من كل سبع
ضار ومن كل لص عاد، وكل ذات حمة حتى يرجع إلى
أهله و منزله، وكان معه سبعة وسبعون من المعقبات
يستغفرون له حتى يرجع ويضعها
Telah berkata Amirul Mukminin
(Ali ra), telah bersabda Rasulullah saw, Sesiapa yang keluar bermusafir dan
membawa bersamanya tongkat yang dibuat daripada KAYU LUZ (pahit), maka Allah
akan menyelamatkannya daripada segala marabahaya binatang buas yang
membahayakan dan daripada setiap pencuri yang durjana dan daripada penyakit
demam sehinggalah dia kembali semula ke rumahnya. Bersamanya juga 77 Pengiring
(Malaikat) yang memohon keampunan dosanya sehingga dia pulang meletakkan
tongkat itu.
Tidak ditemukan dalam kitab
hadith muktabar sunnah. Melainkan ditemukan dalam kitab Syiah Man La Yadhurruh
al-Faqih karangan Syeikh Shaduq 2/270 no. 2409. Sebahagian matan ini telah
dinilai direka-reka (palsu) oleh as-Suyuthi sepertimana sebutkan oleh Ibnu
Hajar al-Makki (dinukilkan oleh al-Ajluni dalam Kasyhful Khafa’ 1/321 no.
1025).
Berikut adalah hadith-hadith
tongkat dari sumber Syiah yang lain:
6.
حَمْلُ العصا يَنفي الفقرَ، ولا يجاورهُ شيطانٌ
Membawa tongkat menghilangkan
kemiskinan, dan tidak ada syaitan yang dapat mendekatinya (Bihar al-Anwar
73/234)
7.
من مشى مع العصا في السَّفرِ والحضرِ للتواضعِ، يُكتبُ له
بكلِّ خطوةٍ ألفُ حسنةٍ، ومحا عنه ألف سيئة، ورُفعَ له ألف درجة
Barangsiapa berjalan dengan
tongkat dalam perjalanan dan di rumah kerana kerendahan hati, seribu kebaikan
akan ditulis baginya untuk setiap langkah, seribu keburukan akan dihapus
darinya, dan seribu darjat akan dinaikkan untuknya (Mustadrak Wasail Syiah
8/127)
Penggunaan tongkat adalah ibadah?
Penggunaan tongkat termasuk di
dalam sunnah jibiliyyah yang berkait dengan adat sesuatu tempat atau masyarakat
dan tongkat boleh digunakan bagi sesiapa yang berhajat padanya. Dalam masa yang
sama, kita tidak boleh mempercayai bahawa terdapat fadhilat atau
kelebihan-kelebihan tertentu padanya (tongkat tersebut).
Dalam banyak riwayat, disebutkan
kadang-kadang Nabi SAW menggunakan tongkat apabila Baginda SAW menjadikan ia
sutrah (HR. Bukhari no. 5340) dan juga ketika Baginda SAW sedang berkhutbah
(HR. Muslim no. 7574, Abu Daud no. 1147, hasan), dan keperluan umum yang lain
(QS. Taha: 18).
Firman Allah SWT:
وَلِيَ فِيهَا مَآرِبُ أُخْرَىٰ
Dan ada lagi lain-lain
keperluanku pada tongkat itu [QS. Taha:18]
Kebanyakan ahli tafsir
menafsirkan perkataan “مآرب” dengan hajat, keperluan atau manfaat. Imam
al-Baghawi menyatakan yang dimaksudkan dengan maarib (مآرب) ini adalah apa yang
digunakan padanya (tongkat) ketika bermusafir seperti membawa bekalan makanan,
mengambil air dari perigi, membunuh ular, memerangi binatang buas, berteduh
ketika berehat dan lain-lain lagi. [Tafsir al-Baghawi 3/259]
Telah berkata Imam al-Hasan al-Basri:
Terdapat padanya (penggunaan
tongkat) enam sifat:
• Sunnah para anbiya’.
• perhiasan bagi orang yang
soleh.
• senjata ke atas musuh.
• perlindungan bagi orang yang
lemah.
• menyedihkan orang munafiq.
• menambahkan ketaatan [Tafsir
al-Qurthubi 11/188]
Termasuk di dalam kesalahan di
dalam syarak apabila membawa tongkat di jalanan tanpa ada padanya faedah untuk
diri si pembawa tersebut. Tidak sepatutnya menukar sesuatu yang Jibiliyah atau
sunnah adat kepada sunnah ibadah yang kemudian dijadikan penggunaan tongkat
(dalam keadaan tidak berhajat) kepada sunnah Nabi SAW serta menggalak orang
ramai untuk menggunakannya. Penggunaan tongkat adalah termasuk di dalam
perkara-perkara adat, jika berhajat padanya maka gunakanlah ia dan jika
sebaliknya maka tinggalkanlah ia.
Pendapat Syeikh Muhammad bin Muhammad
al-Mukhtar al-Syinqiti:
Nabi SAW membawa bersamanya
al-Anazah (tongkat) dan para sahabat pula tidak membawa bersama mereka tongkat.
Ini menunjukkan terdapat perbezaan (dari sudut kedudukan) antara Nabi SAW dan
para sahabat. Hal ini juga dilakukan oleh para khulafa’, para imam, para hakim
dan yang seumpama dengan mereka apabila terdapat padanya keperluan. Adapun pada
orang awam, ia bukanlah sunnah sebagaimana yang dinyatakan oleh para ulama’. Ia
adalah sunnah kepada sesiapa yang mempunyai kelebihan berbanding manusia biasa
seperti para imam, para pemimpin dan yang seumpama dengan mereka. Ini termasuk
di dalam membesarkan mereka dan ia tidak menjadi masalah kerana mengikut Nabi
SAW.
Pendapat Syeikh Mustafa al-‘Adawi:
Syeikh Mustafa berpendapat bahawa
tongkat bukanlah untuk orang yang muda ataupun untuk orang yang sudah berumur
tetapi ia adalah untuk orang–orang yang berhajat kepadanya maka gunalah ia
ketika berhajat padanya dan kepada yang tidak berhajat kepadanya maka
tinggalkanlah ia.
Kesimpulan
Nabi SAW tidak menggunakan
tongkat dalam setiap masa dan juga keadaan melainkan dalam keadaan tertentu
sahaja.
Rujukan
Irsyad al-Fatwa no. 56
Fatwa Syabakah Islamiyah no. 35774
Fatwa Syeikh al-Naasan no. 8612
No comments:
Post a Comment