Friday, 18 February 2022

Hadith membaca doa selepas al-Fatihah dalam solat

 

Matan hadith

 

 

عَنْ وَائِلِ بْنِ حُجْرٍ : أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- حِينَ قَالَ (غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ) قَالَ :« رَبِّ اغْفِرْ لِى آمِينَ

 

Terjemahan

 

Dari Wa`il bin Hujr, baHawasanya dia mendengar Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam ketika membaca GHAIRIL MAGHDHUUBI 'ALAIHIM WALADHDHAALLIN beliau membaca RABBIGHFIRLII AAMIIN...

 

Takhrij

 

HR. al-Baihaqi dalam Sunan Kubra no. 2551, at-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir no. 107.

 

Az-Zahabi dalam al-Muhazzab 1/508, menilai hadith tersebut munkar.

 

Sanadnya didhaifkan oleh al-Arnauth dalam Takhrij Musnad 31/137.

 

Al-Qastallani mendhaifkan hadith dalam Irsyad al-Sari 2/100, ini kerana terdapat perawi yang dhaif, Abu Bakar an-Nahsyali.

 

Walaupun amalan ini ada disebutkan dalam kitab-kitab fiqh Syafie seperti I’anah Thalibin 1/148, Hasiyah al-Qalyubi 2/291, Hasiyah al-Jamal 3/305, tapi sayangnya hadith yang menjadi patokan amalan ini tidak sahih.

 

Ibn Baz dalam Fatawa Nurun ‘Ala Darb 11/333-334 menyatakan amalan membaca doa selepas fatihah ini tidak disyariatkan.

 

Manakala dalam Irsyad al-Fatwa no. 323, menyatakan amalan membaca doa selepas fatihah ini menyalahi keutamaan. Sebaiknya berdoalah di tempat-tempat di dalam solat yang disunatkan untuk berdoa. Ini lebih selamat dan jalan keluar dari khilaf.

 

Rujukan

 

Irsyad al-Fatwa no. 323

 

Fatwapedia no. 43926

No comments:

Post a Comment

Hadith amalan diangkat di hari Nisfu Syaaban

  Matan hadith   إن جبريل أتاني ليلة النصف من شعبان قال قم فصل وارفع رأسك ويديك إلى السماء قال فقلت يا جبريل ما هذه الليلة قال يا محمد ي...