Matan hadith
قَلٍّمْ أَظْفَارَكَ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَقْعُدُ عَلَى مَا طَالَ
مِنْهَا
Terjemahan
Potonglah kuku-kukumu kerana syaitan
duduk di atas sesuatu yang panjang dari kuku-kuku itu
Takhrij
Hadith ini tidak ditemukan Musnad
Ahmad.
Hadith ini ditemukan dalam Musnad
Firdaus 3/205 no. 4579, karangan Ad-Dailami, daripada Ali bin Abi Thalib ra.
Dalam redaksi lain oleh Jabir ra:
Diriwayatkan oleh Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyq 53/247 dan
ad-Dailami dalam Musnad Firdaus 2/168 no. 2843.
Juga dinukilkan oleh Imam al-Ghazali
dalam Ihya' Ulumiddin 1/141, daripada Abu Hurairah ra, tanpa sanad.
Al-Iraqi dalam Takhrij Ihya’
1/193, membawakan sumbernya dari al-Khatib dalam Jami’ al-Akhlak al-Rawi no.
860, dari Jabir ra, dan beliau menilai
sanad hadith ini dhaif.
Tajuddin As-Subki rah berkata,
وهذا فصل جمعت فيه جميع ما في كتاب الإحياء من الأحاديث التي لم أجد لها
إسنادا من كتاب العلم
Ini adalah fasal yang aku kumpulkan
di dalamnya semua hadith-hadith yang terdapat dalam Kitab Al-Ihya' berupa hadith-hadith
yang tidak aku temukan sanadnya dalam kitab-kitab ilmu…(kemudian beliau
sebutkan hadith di atas dari riwayat Abu Hurairah ra (Thabaqat Asy-Syafi'iyyah
Al-Kubra 6/287 & 293).
Palsu menurut Syeikh al-Albani
dalam Silsilah Hadith Dhaif 4/197.
Tidak sahih/ sah dari Nabi saw
(Fatwa Syabakah Islamiyah no. 118661).
No comments:
Post a Comment